Makan

Sedap! Resipi Puding Roti Krim Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Share

Wow, sedapnya Puding Roti Krim ni. Biasanya jika but Puding Roti, kita akan guna lebihan roti sandwich. Tapi kali ini saudari Rozmaliza Omar berkongsi resipi yang menggunakan roti krim. Nampak enak dan warnanya juga menarik. Jom cuba! Keluarga anda pasti sukakan rasanya.

CARA BUAT PUDING ROTI KRIM YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:

1 1/2 cawan susu segar
Esen vanila secukupnya beli online disini
3 biji telur gred A
2 sudu besar gula (empunya resipi kurangkan gula sebab guna roti krim) – beli online disini
4 bungkus roti krim pelbagai perisa
Mentega untuk sapu pada loyang 6″
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dan gula hingga hancur. Masukkan susu segar dan esen vanila. Kacau rata. Ketepikan.
2. Koyak-koyakkan roti dan susun dalam mangkuk tahan panas yang sudah disapu mentega.
3. Setelah itu, tuangkan adunan telur hingga rata. Letakkan sedikit mentega di atas adunan.
4. Biarkan sebentar untuk roti menyerap cecair. Kemudian bakar selama 40 minit pada suhu 150c.
5. Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan sos kastard.

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN