Rasa Anak Emak Anak Bapak episod keempat menampilkan gelagat Instafamous, Bengah dan adik istimewanya Cik Pia memasak roti John untuk ayah tersayang Hj Mohammad Noor. Kalau nak tahu instagram @ makhlokmacho yang memaparkan kisah bengah dan telatah adiknya Cik Pia kini telah mencapai follower 854K. Kisah rutin hidup mereka rupanya berjaya menyentuh hati followernya.
Bengah atau nama sebenarnya Hamad Zamakhsari mengajak Cik Pia sama-sama membeli bahan masakan. Mereka berdua memasak di warung Burger Ria John, di Taman Len Sen, Cheras. Ceria sungguh Cik Pia. Habis memasak ada kejutan pulak, roti John dibawa ke kediaman penggubah lagu artis Sufian Suhaimi untuk dimakan bersama-sama ayah mereka Hj Mohammad.
"Sedap jugak roti John ko, boleh tahanlah sedapnya", puji Hj Mohammad saat menikmati Roti John air tangan kedua anaknya Bengah dan Cik Pia. Yang pasti Cik Pia tersenyum bahagia apabila Suffian mendendangkan lagu untuknya.
Jom semak resipi Roti John mereka.
ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN:
- Roti john/roti oblong (belah tengah)
- Daging burger secukupnya| dihancurkan @ dikisar
- 1- 2 biji bawang merah,
- 2-3 biji telur
- Majerin planta secukupnya
- Sos cili secukupnya
- Mayones secukupnya
- Sos Thousand Island secukupnya
- Sos lada hitam secukupnya
- Kepingan keju @ sos keju
- Sayuran : Timun, kubis, lobak merah – disagat halus
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.
2. Sapukan planta pada roti. Ketepikan.
3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.
4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika apabilaa dah masak, angkat.Baru terbalikkan.
5. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.
6. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
Jangan lupa teruskan menonton Rasa Anak Emak Anak Bapak di episod seterusnya di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121, setiap hari Selasa jam 1.00 tengahari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI