Sajian Nasi ada banyak variasinya. Bukan sekadar daging dan ayam , ada juga daripada jagung, halia, serai dan yang uniknya daripada Ikan.
Cuba perhatikan resipi no 5 , daripada beras perang yang menyihatkan. Dan no 3 pun sangat unik daripada isi Ikan Merah. Pastinya ia menjanjikan kelainan dalam keenakan hidangan Nasi yang biasa dihidangkan. Bolehlah dicuba nanti….
1. NASI BERINGIN AYAM BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 10 minit dan toskan
2 cawan air
2 cawan susu cair
3 sudu makan minyak sapi
1 biji bawang besar |mayang halus
3 ulas bawang putih |kisar
2cm halia |kisar
2cm kunyit hidup | kisar
1 batang serai | ketuk
2 helai daun pandan | siat & simpul
Garam secukup rasa
Air ros secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
BAHAN-BAHAN C (AYAM BEREMPAH);
1 ekor ayam |belah empat
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tomato puri
1 biji bawang besar | kisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis serai, bahan-bahan kisar berserta bahan-bahan B hingga wangi. 2. Masukkan beras, air, susu, daun pandan dan garam secukup rasa. 3. Didihkan hingga nasi tanak. Renjiskan air ros secukupnya. Gemburkan dengan garpu. Ketepikan. 4. Sementara itu, untuk memasak ayam rempah; perap kesemua bahan-bahan C selama sejam atau semalaman. Goreng di dalam minyak yang panas hingga ayam masak. Hidangkan bersama nasi tadi.
Saiz hidangan: 4-6 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa lemak dan wangi serai Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus, didih dan goreng
Info chef:Daging ayam boleh dihiris dan diletakkan di bahagian atas nasi ketika menghidang.
2. NASI HALIA SERAI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi | rendam sejam dan toskan
3 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
6 batang serai |ambil bahagian dalam yang lembut dan hiris nipis
4cm halia muda | mayang halus
1 labu bawang besar |kisar halus
4 ulas bawang putih |kisar halus
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan serai dan halia lalu tumis lagi hingga wangi. 3. Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. 4. Masukkan beras dan air. 5. Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak. 6. Angkat dan sedia dinikmati bersama lauk lain.
Saiz hidangan: 2-3 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Aroma serai dan halia beri rasa unik Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Enak dimakan bersama lauk bersambal dan sebagainya.
3. NASI IKAN MINYAK SAPI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi |rendam dan toskan
2 keping isi ikan merah |potong dadu
3 cawan susu cair
½ cawan air
2 helai daun pandan | siat dan simpul
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan marjerin
Tepung jagung secukupnya
Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | mayang halus
3 ulas bawang putih |mayang halus
3cm halia muda |mayang halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Tabur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan dan gaul rata. Salut ikan dengan tepung jagung secukupnya lalu goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan. 2. Panaskan minyak sapi dan mentega di dalam periuk. 3. Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan biarkan beberapa minit. 4. Masukkan beras, susu cair, air dan garam secukup rasa. Masak nasi hingga masak. 5. Setelah nasi masak, masukkan isi ikan goreng ke dalam nasi dan gaul rata. 6. Jika suka, tambah kismis dan bawang goreng semasa menghidang.
Saiz hidangan: 4-5 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa minyak sapi yang lemak dan wangi Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Boleh juga gunakan isi ikan tenggiri, kerapu atau kurau.
4. NASI KAPITAN TANJUNG
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras | basuh dan toskan
2 cawan air
1 ½ cawan susu cair
2 sudu makan tomato puri
2-3 sudu makan minyak sapi
1 helai daun pandan | siat & simpul
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN-BAHAN C (TUMIS):
4 ulas bawang merah | mayang halus
2 ulas bawang putih | mayang halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan C dan tumis hingga wangi. 2. Masukkan bahan-bahan B dan tumis lagi beberapa minit. 3. Masukkan beras, air, susu cair, tomato puri, daun pandan dan garam secukup rasa. 4. Didihkan hingga nasi masak. Jika suka boleh tabur kismis dan bawang goreng ketika menghidang. 5. Sedia dinikmati bersama lauk pauk lain.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Kapitan Keistimewaan : Rasa lemak minyak sapi Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti ayam masak merah.
5. NASI PERANG JAGUNG MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras perang | basuh dan toskan
2 cawan susu cair
1 cawan air
½ cawan jagung (dalam tin)
3 sudu makan mentega
1 labu bawang besar | mayang halus
3sm halia | mayang halus
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Sehelai daun pandan | siat & simpul
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, halia, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi. 2. Masukkan daun pandan dan beras. 3. Tuang susu cair, air dan jagung ke dalam periuk. 4. Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak. 5. Boleh dihidangkan bersama aneka lauk pilihan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa unik kerana terdapat jagung di dalamnya Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Siapa tak suka dengan ikan bakar ni, makan pula dengan nasi panas-panas. Memanglah layan. Kalau tekak nak merasa resepi ikan bakar sedap, ini min kongsikan. Nak guna untuk segala jenis ikan pun takpe janji ikan. Siakap, pari ke selar ke semua boleh. Kena plak cicah dengan air asam. Meleleh leleh air liur .
Bahan pes ikan bakar: 2 inci lengkuas 3 inci halia 5 batang serai 8 biji bawang merah 1 biji bawang Holland 1 sudu udang kering @ jika tak ada guna belacan 8 biji cili padi. – boleh tambah kalau nak lg pedas berapi 3 biji cili merah 3 helai limau purut
Cara memasak: 1. Kisar semua bahan sampai lumat. 2. Tumis dengan minyak yang agak banyak, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu. 3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping . 4.Tumis smpai pecah minyak. *nak bakar ikan, lumur jer atas ikan tu,letak dalam aluminium foil. Balut bagi kemas bakar atas dapur. *udang dan sotong pun sesuai juga. *tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.
Sambal Air Asam KISAR: 7-10 biji cili padi (ikut citarasa nak pedas bubuh lebih) 2 biji cili besar(merah) 2 biji bawang merah 2 sudu pes asam jawa adabi 1 sudu belacan Garam gula(secukup rasa) Dah siap kisar, campur dengan bahan hirisan di bawah: 1 biji tomato-hiris 3 biji cili padi -hiris 1 biji bawang besar-hiris 2 biji limau nipis(perahkan) Gaul semua bagi sebati. Kredit resipi : Habeebah Md Daud
Mulakan hari dengan penuh tenaga dan tiada alasan lagi untuk tidak bersarapan. Resipi srambled egg @telur goreng hancur acara jamie oliver yang pantas dan sihat.
Enam bahan aje, boleh jadi sarapan yang sungguh enak dan ekspres aje cara buatnya.
SCRAMBLE EGG
BAHAN-BAHAN
• 3 biji telur saiz Jumbo
* Garam & lada hitam
* 10gm mentega
* Tomato cherry – Pilihan
* Hot dog – Pilihan
* Mozarella cheese – Pilihan (Topping akhir sekali dan jenis cheese ni jer ada dekat rumah)
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur sampai sebati
2. Panaskan non stick pan dengan mentega. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan telur yang sudah dipukul. Kacau perlahan dan terbalik-balikkan.
4. Jangan sampai telur itu masak lebih 80% nanti jadi telur dadar.
5. Akhir sekali taburkan lada hitam, garam dan keju.
6. Makan dengan hot dog dan tomato cherry.
INFO:
Scrambled eggs atau telur hancur ini kalau basah-basah dan lemak sikit maknanya awak berjaya buat sampai jadi.
Ada yang suka lebih lemak boleh tambah sedikit susu segar.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.