Sardin gulung adalah sejenis makanan yang sesuai dimakan pada bila-bila masa. Namun selalunya dimakan ketika sarapan dan minum petang.
Dibuat menggunaka tepung gandum dan intinya daripada sardin yang dimasak. Boleh dibuat pedas ataupun tidak pedas bergantung kepada cita rasa masing-masing.
Melalui facebook Farisha Sofea, resipi sardin gulung dikongsikan kepada ahli group Rasa Share Resipi. Jom kita lihat resipinya
SARDIN GULUNG
Ads
BAHAN A
4 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
BAHAN B
1/4 cawan minyak masak (dipanaskan)
2 sudu besar marjerin (dicairkan)
Air secukupnya
CARA MEMBUAT DOH
1. Masukkan semua BAHAN A ke dalam bekas. Gaul sebati.
2. Kemudian, masukkan BAHAN B pula. Gaul sampai jadi seperti serbuk.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan bulatkan.
5. Rehatkan doh sebelum digunakan.
6. Canaikan doh dan bentukkan bulat bujur seperti buah pir.
7. Untuk bahagian hujung yang tirus itu, kelarkan sedikit dan dicanai nipis. Ini supaya apabila digulung nanti, tidak perlu letak air. Ia akan melekat.
BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 sudu besar cili giling
Sos cili
1 tin besar sardin
Gula dan garam secukup rasa
Air perahan limau nipis
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan cili giling. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili.
4. Masukkan sedikit air jika perlu.
5. Masukkan pula sardin dan hancur hancurkan.
6. Tambahkan gula dan garam.
7. Akhir sekali perahkan limau. Kacau rata. Masak sehingga kering. Matikan api.
Kuih Gunting ini memang ralit kalau makan, rasanya yang pedas dan masin-masin boleh buat kita tak sedar dah makan setengah balang.
Kuih sebegini selalunya lebih digemari oleh tetamu berbanding biskut yang manis-manis. Jadi berbaloi sangat jika menyediakan sendiri, tambah lagi bahan yang digunakan juga mudah dan murah saja.
Dikongsi oleh Norzaiha Razali, boleh gunakan resipi yang digunakan sejak 10 tahun lalu untuk membuat kuih gunting ini. Tapi untuk dapatkan bentuk yang cantik katanya ada teknik yang perlu diikuti.
Resipi kuih gunting
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu rempah kari
Daun kari hiris halus
1 sudu Planta -dipanaskan dengan sedikit minyak
1 biji telur
Garam sekucupnya
Air sejuk dalam peti ais
Cara membuat:
1. Dalam bekas satukan kesemua bahan.
2. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli sebati.
3. Pecahkan doh kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses menggunting.
4. Ini cara menggunting, bila digunting begini bentuknya akan jadi elok seakan sampan.
5. Kemudian goreng kuih yang siap digunting dengan api yang kecil.
Kuih gunting yang siap digoreng. Goreng dengan api perlahan.
TIP: Untuk rasa lebih sedap, tambah udang kering yang dikisar dalam adunan.
Mesti ramai yang suka tempe goreng, kalau korang jemu dengan goreng biasa-biasa, apa kata cuba pulak goreng tempe dengan keju. Kata orang barulah sesuai dengan selera semasa. Silap-silap yang tak makan tempe pun akan makan. Apa salahnya mencubakan, dah cuba gerenti nak buat lagi.
BEBOLA TEMPE BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
200gm tempe | hiris kecil
50gm daging kisar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 tangkai daun bawang | hiris halus
50gm keju Cheddar | parut
100gm bawang besar | cincang
4 biji telur
2 sudu makan serbuk roti
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tempe hingga keperangan. Angkat dan toskannya.
Setelah sejuk, hancurkan tempe tersebut dan ketepikan.
Campurkan tempe yang telah dihancurkan bersama daging kisar dan keju. Gaul rata.
Masukkan pula bawang besar, hirisan daun bawang bersama garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.
Akhir sekali masukkan serbuk roti dan telur kedalamnya dan adun rata.
Sediakan loyang yang dialas dengan plastik yang disapu dengan minyak supaya bahan adunan tidak melekat.
Kukus sajian ini lebih kurang 30 minit atau hingga ia masak.
Setelah masak, potong dengan saiz dan bentuk ikut cita rasa anda.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan tempe yang telah dikukus tadi hingga kuning keperangan.
Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama sos cili
Tak terasa nak makan nasi? Ini ada cara-cara buat pizza crabstick homemade yang paling senang! Anda tak perlu susah-susah nak uli tepung dan tak guna ketuhar pun untuk masak. Sangat senang kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari SyazwAni DaRwiny ni. Memang terbaik!
RESIPI PIZZA EKSPRESS GUNA ROTI ARAB
BAHAN-BAHAN:
Roti arab secukupnya
Sos pasta @ tomato puri
Sos cili secukupnya
Mayones
Mentega @ marjerin
Keju mozarella
BAHAN TOPPING (BOLEH PELBAGAIKAN IKUT CITARASA):
Bawang Holland – dipotong dadu kecil
Sosej – dihiris
Isi ketam – dihiris
Cili benggala – dipotong kecil
Cili merah – dihiris
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping roti arab dan sapu mentega di kedua-dua belah permukaan roti.
2. Sapu sos pasta. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.
3. Kemudian letak bahan-bahan topping dengan rata.
4. Paipkan juga mayones dan sos cili.
5. Taburkan keju mozzarella. Lagi banyak keju, lagi sedap!
6. Akhir sekali taburkan oregano leaves & chili flakes untuk menjadikan rasa piza lebih sedap dan wangi.
7. Masukkan piza ke dalam pemanggang yang telah dipanaskan dan masak selama 8-10 minit menggunakan api yang paling kecil. Jika besar, dasar roti akan hangus dan tak sedap.
8. Bila keju dah cair, angkat. Sedia untuk dinikmati.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira