Sedap Sardin Gulung, Boleh Buat Banyak Simpan Dalam Tempat Beku, Ketika Teringin Boleh Goreng

Share

Sardin gulung adalah sejenis makanan yang sesuai dimakan pada bila-bila masa. Namun selalunya dimakan ketika sarapan dan minum petang.

Dibuat menggunaka tepung gandum dan intinya daripada sardin yang dimasak. Boleh dibuat pedas ataupun tidak pedas bergantung kepada cita rasa masing-masing.

Melalui facebook Farisha Sofea, resipi sardin gulung dikongsikan kepada ahli group Rasa Share Resipi. Jom kita lihat resipinya

SARDIN GULUNG

BAHAN A
4 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

BAHAN B
1/4 cawan minyak masak (dipanaskan)
2 sudu besar marjerin (dicairkan)
Air secukupnya

CARA MEMBUAT DOH
1. Masukkan semua BAHAN A ke dalam bekas. Gaul sebati.
2. Kemudian, masukkan BAHAN B pula. Gaul sampai jadi seperti serbuk.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan bulatkan.
5. Rehatkan doh sebelum digunakan.
6. Canaikan doh dan bentukkan bulat bujur seperti buah pir.
7. Untuk bahagian hujung yang tirus itu, kelarkan sedikit dan dicanai nipis. Ini supaya apabila digulung nanti, tidak perlu letak air. Ia akan melekat.

BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 sudu besar cili giling
Sos cili
1 tin besar sardin
Gula dan garam secukup rasa
Air perahan limau nipis

CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan cili giling. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili.
4. Masukkan sedikit air jika perlu.
5. Masukkan pula sardin dan hancur hancurkan.
6. Tambahkan gula dan garam.
7. Akhir sekali perahkan limau. Kacau rata. Masak sehingga kering. Matikan api.

CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sejemput doh. Nipiskan guna penggiling.
2. Letakkan inti.


3. Gulung kemas.


4. Buat sehingga habis doh dan inti.


5. Panaskan minyak masak. Goreng sehingga kekuningan.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Farisha Sofea

Published by
Maryam Elyas