Cuti hujung minggu ni apa kata anda meriahkan hidangan makan tengahari dengan menu udang.  Kalau nak cuba menu baru, ini RASA bagi idea dua menu udang, Sambal Udang Daun Ketumbar dan Udang Masak Hijau  yang sedap dan mudah dimasak.   Anda semua boleh cuba.

Sedap Sungguh 2 Menu Udang Ni, Rugi Tak Cuba!

SAMBAL UDANG DAUN KETUMBAR

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang | bersih dan tos
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 10 biji cili padi | titik
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula  secukup rasa
  • Minyak masak secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili hijau
  • 150gm daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan hirisan bawang, cili padi, air asam jawa. diikuti dengan udang.
  5. Kecilkan api, gaul rata seketika.
  6. Akhir sekali peraakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Tutup api dan sambal udang sedia dihidangkan.

Sedap Sungguh 2 Menu Udang Ni, Rugi Tak Cuba!

UDANG GULAI HIJAU

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang saiz XXL | bersihkan dan tos
  • 150gm santan kotak
  • 1 biji terung bulat  | potong dadu kecil
  • 1/2 batang lobak merah | potong dadu
  • Cili beggala merah dan hijau secukupnya | potong dadu
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1  biji bawang besar |  belah enam
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 2cm halia | hiris memanjang
  • 5 biji cili padi hijau | titik
  • 1/2  cawan air
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintam manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 4 helai daun limau purut | carik-carik
  • 4 helai daun selasih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

Ads
  • 10 helai daun selasih
  • 5 helai daun limau purut
  • 1/2  cawan daun ketumbar
  • 1biji tomato hijau
  • 4 biji cili hijau

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Tambahkan ke dalamnya bahan kisar, serbuk ketumbar, jintan manis,jintan putih.
  3. Kacau hingga pecah minyak, baru masukkan udang, lobak merah, terung dan cilipadi
  4. Masukkan air bersama santan, kacau hingga mendidik.
  5. Seterusnya, masukkan jus limau nipis, daun limau purut, daun selasih.
  6. Akhr sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api, biarkan mendidih seketika.
  8. Tutup api dan udang sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI