Rasa kongsikan dengan anda semua tiga jenis talam manis menggunakan acuan untuk tampilan talam lebih cantik, comel, mudah disediakan dan cepat dimasak. Untuk jualan juga satu idea yang bagus, boleh jana pendapatan sampingan.
TALAM GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN GULA MERAH:
500ml santan
150 gm gula Melaka
2 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
100gm tepung beras
30gm tepung ubi
BAHAN LAPISAN PUTIH:
250ml santan pekat
1 helai daun pandan
1/4 sudu teh garam
50gm tepung beras
15gm tepung ubi
CARA MEMBUAT:
- Lapisan merah: Dalam periuk, campurkan santan, gula melaka yang sudah dihancurkan, daun pandan dan garam.
- Renehkan atas api kecil hingga gula larut. Sejukkan kemudian tapiskannya.
- Setelah sejuk tuangkan santan gula melaka ke dalam bekas berisi campuran tepung beras dan ubi. Kacau rata.
- Tuangkan dalam acuan talam yang telah disapu minyak. Isikan hanya 3/4 tinggi acuan.
- Masukkan dalam kukus yang telah dipanaskan.
- Gunakan api sederhana, kukus selama 20 minit.
- Sementara itu sediakan lapisan kedua: Dalam periuk campurkan santana, daun padan dan garam, reneh hingga santan mendidih, tutup api, dan sejukkan.
- Tuangkan santan dalam campuran tepung beras dan ubi, kacau rata.
- Setelah siap, tuang adunan atas adunan pertama tadi. Kemudian kukus lagi selama 15 minit atau hingga talam masak.
- Setelah masak, tutup api. Setelah sejuk talam sedia dihidangkan.
by @fridajoincoffee
TALAM JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN KUNING:
250gm jagung dalam tin
2 biji telur
35gm tepung ubi
40gm tepung beras
100gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
150ml santan
Jagung dalam tin secukupnya
BAHAN LAPISAN PUTIH:
50gm tepung gandum
10gm tepung ubi
1/2 sudu teh garam
250ml santan
Jagung dalam tin secukupnya | untuk hiasan
CARA MEMBUAT:
- Lapisan kuning: Masukkan semua bahan lapisan kuning dalam blender dan kisar.
- Sediakan acuan dan oleskan dengan minyak masak.
- Masukkan adunan dalam acuan 3/4 tinggi acuan. Masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan sebelumnya. Taburkan sedikit biji jagung di dalamnya
- Kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit.
- Sementara itu sediakan lapisan putih: Campurkan tepung gandum, tepung ubi dan garam dalam bekas, tuangkan santan dan kacau rata sehingga tiada berketul.
- Tapis adunan dalam bekas lain.
- Setelah adunan kuning masak, tuangkan adunan putih dan taburkan di atasnya hirisan jagung, kukus lagi 15 minit.
- Angkat dan sejukkan sebelum sedia dihidangkan.
@nophy_nophy
TALAM LABU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A :
200gm labu kuning |kukus dan kisar halus
70gm tepung ubi
30gm tepung beras
100gm gula pasir
170ml santan
1/2 sudu teh garam
Bahan B :
17 ml santan pekat
30gm tepung beras
15gm tepung tapioka
3/4 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
- Panaskan kukusan dengan api serderhana.
- Sediakana bahan A : Campurkan semua bahan, kacau rata kemudian tapis.
- Tuang ke dalam acuan yang sudah dioles dengan minyak masak. Tuang 3/4 acuan.
- Kukus selama 10 minit.
- Sediakan bahan B: Campurkan semua bahan, tapis.
- Tuangkan adunan atas lapisan A hingga penuh.
- Kukus lagi 10 minit atau hingga masak.
- Sejukkan dan keluar dari acuan apabila sedia dihidangkan.
Recipe : hestikitchen
By @ettyyuni
.