Pernah Makan Acar Rempah Telur Puyuh atau guna telur ayam pun boleh ye. Ini adalah menu tradisi orang Melaka bila ada majlis kenduri kahwin. Rasanya masam, pedas dan sedikit manis ini memang membuat kecur air liur. Disebabkan sekarang musim pandemik covid, takda majlis kendiri kahwin, tapi tekak teringin makan, buat je sendiri ye. Berikut dikongsikan resipinya yang mudah.
ACAR REMPAH TELUR PUYUH BAHAN-BAHAN: 1 batang timun | buang tengah dan potong mancis 1 batang lobak merah | potong mancis 1/2 cawan lobak asin 1 genggam ikan bilis atau udang kering | kisar 30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit 3 biji cili merah | hiris serong besar 3 biji cili hijau | hiris serong besar 10 biji cili padi tanpa tangkai | tambahan jika suka 8 ulas bawang merah | belah dua 1 biji bawang besar | belah hiris 5 ulas bawang putih | hiris 5 cm halia | hiris memanjang 2 sudu makan cuka | jika kurang boleh tambah 2 sudu makan kerisik 1 paket rempah acar cap Ibu Rempah tiga sekawan| 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang & 5 biji buah pelaga Garam, gula dan perasa secukupnya. Minyak masak secukupnya | untuk menumis
Ads
CARA MEMBUAT:
Ads
Panaskan minyak, tumis rempah penumis, kemudian masukkan bahan hirisan hingga layu.
Masukkan rempah acar yang dibancuh dengan sedikit air dan ikan bilis atau udang kering dan kerisik, tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan telur puyuh timun, lobak merah, cili merah dan hijau, cili padi (jika suka), lobak masin dan bawang merah yang dibelah dua.
Kacau rata masukkan cuka, garam, gula dan perasa secukup rasa.
Setelah sebati dan cukup rasa, tutup api.
Acar telur sedia dihidangkan.
INFO: Tak ada rempah acar, boleh gunakan rempah kurma.
Ads
Kredit: Asniey Fazer
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara buat nyonya kari ayam kapitan ini memang patut dicuba kalau nak rasa lauk kari ayam yang lain dari biasa.
Hidangan tradisi masyarakat Peranakan berbeza kerana kombinasi rempahnya yang wangi, kuah santan yang lemak, dan sentuhan daun limau serta daun ketumbar yang menjadikan rasanya lebih eksotik.
Berbanding kari biasa, kari ayam kapitan ada rasa masam sedikit dari air asam, pedas dari cili kisar, dan wangi herba segar yang sangat menggoda selera. Sesuai dihidang bersama nasi putih panas, roti atau pulut kuning. Paling penting, cara masaknya mudah!
Cara Buat Nyonya Kari Ayam Kapitan
Bahan-Bahan
½ ekor ayam, dipotong kecil
3-4 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar air asam jawa
¼ kotak santan (kotak kecil)
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun ketumbar, dihiris untuk tabur
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
6 helai daun limau purut
2 tangkai daun dan akar ketumbar
Cara Penyediaan
1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam goreng tadi, gaul rata.
5. Tuang air asam jawa, kacau. Masukkan santan dan air, kacau hingga kuah mula pekat.
6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.Tabur daun bawang dan daun ketumbar sebelum tutup api. Siap untuk dihidang!
Tip RASA
Untuk rasa lebih beraroma, gunakan daun ketumbar segar bersama akarnya waktu kisar.
Kalau suka lebih berlemak, boleh lebihkan sedikit santan.
Sedap dimakan keesokan hari kerana kuah lebih sebati dan rasa rempah jadi lebih padu!
Menu cepat dan murah disediakan bila kita tengah lapar. Sesuai untuk sarapan pagi atau makan malam.
TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
Telur
Bawang merah-dihiris
Bawang putih-dihiris
Cili merah-dihiris
Cili hijau-dihiris
Kubis bunga-potong kecil
Garam
Gula
Serbuk kunyit
Serbuk perasa/kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan seperti sedikit bawang merah, cili merah, cili hijau, kubis bunga dengan telur. Agak-agak berapa banyak telur bersalut dengan bahan-bahan lain.
2. Perasakan dengan garam, gula, sedikit serbuk kunyit dan serbuk perasa.
3. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang sudah disatukan dengan bahan-bahan lain ke dalam kuali. Goreng sampai telur sebati.
4. Selepas itu masukkan bawang yang digoreng tadi. Kacau sampai sebati.
INFO:
Jika suka boleh lebihkan bawang dan tukar cili besar ke cili padi untuk lebih pedas.
Anda gemar makan pizza, kekacang dan manisan, apakata beralih selera kepada snek Arab pula. Jika anda penggemar daging, rempah ratus mahu pun sajian yang manis semuanya ada dalam menu kudapan dan manisan Arab ni.
Sajian Arab memang kaya dengan penggunaan rempah ratus , kekacang dan ramuan makanan sunnah. Jom teroka selera.
1. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
1 keping roti pizza
10 gm zaitun hitam | dicincang halus
10 gm bijan
1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
1 biji tomato | dipotong bulat
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK : 1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan. 2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi. 3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi. 4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Info Chef :Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
2. HUMMUS
BAHAN-BAHANNYA :
450 gm kacang kuda
1 ulas bawang putih.
1 biji jus lemon.
1 sudu teh jintan putih.
3 sudu makan tahini.
3 sudu makan minyak zaitun.
1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
1 sudu teh serbuk paprika
Sedikit herba dill
1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk. 2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih. 3 .Setelah dikisar perahkan jus lemon. 4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa. 5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun. 6.Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
3. BASBOSA
BAHAN-BAHAN :
500 gm semolina @ suji (tepung berbiji /kasar dibuat dari gandum durum )
250 ml air
250 gm gula
50 gm mentega @ minyak sapi /dicairkan
8 gm serbuk penaik
10 gm serbuk kulit kayu manis
1 sudu makan tahina (pes@ sos bijan)
350 gm sirap (campuran gula dan madu,)
300 gm kacang pistachio
CARA MEMASAK : 1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati. 2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja. 3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar. 4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja. 5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya) 6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan. 7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 8. Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm) 9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan. 10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi. 11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping Masa memasak: 1 jam 40 min Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis
INFO CHEF : Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.
4. MOHALABIA MILK PUDDING
BAHAN-BAHAN :
1000 ml susu segar
80 gm tepung jagung
60 ml air
2 ml blossom water (esen dari bunga)
5 ml air mawar
100 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
1 gm mastic @mistekah /jadikan serbuk (sejenis gam arab memberi perisa)
100 ml krim putar
100 gm kacang pistachio
5 gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api. 2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu. 3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit. 4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit. 5. Perlahankan api selama lima minit. 6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan. 7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai. 8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas 9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu) Masa memasak : 1 jam 30 min Jenis masakan : Puding Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.