
Rasanya lemak manis. Penampilannya pun sangatlah menawan. Boleh dijadikan pemanis mulut untuk sarapan nanti. Minum pula dengan kopi o tanpa gula. Memang sedap.
Melalui facebook, Hidayati Hana berkongsi resipi butir nangka. Pemanis mulut ini sangat sedap dijadikan juadah minum petang. Jom try buat.
BUTIR NANGKA

BAHAN KUAH SANTAN
1 kotak santan
2 cawan air
1/2 ketul gula kabung
3 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam
CARA MEMBUAT KUAH SANTAN
1. Dalam periuk, masukkan santan dan air. Tunggu panas sekejap.
2. Kemudian masukkan gula kabung, gula pasir, daun pandan dan garam.
3. Biarkan menggelegak. Tutup api.
BAHAN BUTIR NANGKA
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Air secukupnya
Pewarna
Air untuk merebus
2 helai daun pandan (disimpul)
CARA MEMBUAT BUTIR NANGKA
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Bancuh sampai jadi doh yang lembut. Bahagikan kepada empat bahagian untuk empat warna berbeza.
3. Letakkan pewarna pada setiap bahagian doh. Bentukkan lonjong-lonjong.
4. Panaskan air dan masukkan daun pandan.
5. Apabila air mendidih, masukkan butir nangka tadi. Tunggu sampai timbul. Angkat dan masukkan sebekas air sejuk.
BAHAN LAIN
1/2 biji labu (dipotong dadu, direbus sampai empuk)
Sedikit sagu yang sudah dimasak
CARA MENGHIDANG
1. Dalam mangkuk, masukkan butir nangka, labu, nangka dan sagu.
2. Tuangkan kuah santan. Sedia dimakan.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi:Hidayati Hana
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudahnya Buat Kue Teow Hanya Guna Dua Jenis Tepung

Pasti ramai menyukai kue teow goreng atau yang berkuah. Kalau begitu eloklah buat sendiri, lebih terjamin kebersihannya. Dikongsikan resipi membuatnya. Tip semasa memotong kue teow ni, kalau pisau anda pendek bolehlah lipat dua lempeng kue teow tu.Senang sikit nak potong.Adunan yang dibuat ni agak tebal sikit. Mungkin boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.
Kue Teow Homemade
Bahan-bahan(Batter)
1 cawan tepung beras*beli online di sini
1/2 cawan tepung ubi*beli online di sini
1 1/2 cawan air*
Sedikit minyak sayuran -beli online di sini
Loyang untuk mengukus
Dapatkan EKOBEE 3 IN 1 INTELLIGENT MULTI-COOKER WITH STEAM TRAY dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara memasak:
1.Sediakan kukusan. Saya guna kuali.
2.Satukan kesemua ramuan (*) kacau rata jangan sampai bergentel.
3.Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
4.Tuang sesenduk adunan batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan batter dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi. (guna senduk lauk)
5.Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7-10 minit.
6.Biarkan sejuk kejap kemudian griskan permukaan kue teow dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. (Ulangi proses ini hingga selesai).
7.Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang anda suka. Siap.
Kredit: Fiza Mh
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Mudah & Enak Untuk Kenduri Dan Majlis Open House.

Sempena cuti perayaan ni, pasti ada yang merancang nak mengadakan kenduri kendara. Tak kiralah majlis rumah terbuka, pertunangan, perkahwinan, doa selamat dan sebagainya. Bila adanya majlis-majlis sebegini, tuan rumah pastinya sibuk duk fikir lauk-pauk apa yang nak dimasak nanti. Jom lihat seleksi lauk pauk yang boleh anda cuba masak sendiri di rumah secara rewang. Paling penting, sedap & memuaskan hati tetamu yang datang.
1. KARI DAGING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 3kg daging batang pinang dan sedikit tulang | daging dipotong kiub dibersih dan ditoskan
- 5 biji kentang | dikupas dan belah empat
- 1 kg santan pekat
- 1 liter air
- 1 sudu makan gula melaka
- 2 paket kecil rempah kari daging | dibancuh dengan sedikit air
- 2 sudu makan kerisik
- Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 tangkai daun kari
- 2 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 7 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
- 2 biji bawang besar
- 10 biji bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 2 inci halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis sehingga harum dan masukkan bahan kisar halus beserta rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
- Masukkan daging dan gaul rata dan masak sehingga daging kecut sedikit.
- Masukkan air, kacau, besarkan api dan masak sehingga mendidih, Masukkan kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan.
- Masukkan kentang dan masak sehingga kentang agak empuk.
- Tuang pati santan, masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Campurkan tulang bersama daging bagi mendapatkan rasa kari yang enak dan manis.
2. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
- 1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
- 5 batang serai | diketuk
- 5 helai daun kunyit | disiat
- 2 keping asam gelugur
- 1 liter santan cair
- 2 kg santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
- Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
- Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
- Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain talang, boleh juga menggunakan ikan masin lain mengikut kesesuaian hidangan.
3. IKAN DORY MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 2kg ikan dory | potong dadu sederhana besar
- 1 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
- 1 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
- 1 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan serbuk lada hitam | lebihkan jika mahu pedas
- 2 biji bawang besar | hiris kasar
- 7 ulas bawang putih | diketuk
- 5 sudu makan sos Hoisin
- 1 botol besar sos cili Thai
- 5 sudu makan sos plum
- 2 cawan air
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
- Hirisan daun sup untuk hiasan
- Hirisan cili merah untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Masukkan kepingan ikan ke dalam bekas. Masukkan serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.
- Masukkan telur dan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam bekas ikan dan gaul rata sehingga ikan tersebut bersalut tepung dengan sempurna.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sehingga masak dan berwarna kekuningan dan toskan minyak dan ketepikan.
- Untuk membuat kuah, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan masukkan air, sos Hoisin, sos cili Thai dan sos plum. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat. Rasakan keseimbangan rasa kuah iaitu terasa rasa masam dan manisnya. Tambah lebih sos sekiranya perlu.
- Masukkan lada benggala dan masak sekejap dan matikan api.
- Tuang kuah kedalam bekas kepingan ikan untuk menghidang. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan cili merah.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Tidak perlu untuk mencampurkan kuah terlalu awal untuk mengelakkan kepingan ikan menjadi kembang.
4. ACAR ANGGUR
BAHAN-BAHAN:
- 1kg anggur hitam
- 3 biji timun jepun
- 3 biji tomato masak
- 1 biji bawang holland
- 1 cawan cuka makan
- 10 biji cili api hijau | lebihkan cili jika mahu lebih pedas
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan semua bahan dan toskan.
- Potong dadu bawang, tomato dan timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain anggur hitam, boleh juga menggunakan anggur hijau atau merah. Lebih enak jika menggunakan anggur tanpa biji.
5. SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
- 3 biji lobak sederhana besar | dikikis kulit dan dipotong nipis
- 1kg brokoli | dipotong sedang
- 1kg bunga kubis | dipotong sedang
- 500gm kacang pis
- 3 biji bawang besar | dihiris halus
- 7 ulas bawang putih | diketuk
- 500gm udang sederhana | dibuang kulit dan dibersihkan
- 5 sudu makan serbuk perisa
- 1/2 cawan tepung jagung | dibancuh dendan sedikit air
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Sayur-sayuran dicelur seketika. Angkat dan toskan. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga berbau harum.
- Masukkan udang dan goreng seketika.
- Selepas itu masukkan air bancuhan tepung jagung tadi. Kacau rata sehingga mendidih.
- Masukkan sayur-sayuran, serbuk perasa dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati dan matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Selain udang, boleh juga menggunakan isi ayam, daging atau ikan bilis.
6. PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
- 50 biji terung panjang | saiz sederhana kecil
- 1 kg santan pekat
- 1 paket sederhana besar rempah kari daging | bancuh dengan air menjadi pes
- 2 senduk kerisik
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
- 7 ulas bawang putih
- 10 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 2 inci halia
- 100gm udang kering | dibasuh dan direndam seketika
CARA MEMASAK:
- Terung dibuang pangkalnya dan dibelah dua. Rendam di dalam air.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar halus bersama rempah tumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan terung dan kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik.
- Kacau rata dan tambah garam dan gula mengikut cita rasa anda. Masak hingga pekat dan terung lembut.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Terung perlu direndam air bagi mengelakkan ia menjadi lebam.
Orang Thailand Kongsi Resipi Kengsom Ikan Talapia Yang Sedap

Kengsom antara sajian Thailand yang memang enak dan kena dengan cita rasa orang Malaysia. Masam, pedas dan cukup rencahnya menjadikan hidangan-hidangan dari sana cukup popular. Biasanya Kengsom dimasak menggunakan ikan siakap namun resipi perkongsian saudari Siti Fahana Rosdi ini sedikit berbeza dimana ia menggunakan ikan talapia. Menurut beliau resipi ini adaah dari sepupu beliau yang tinggal di Thailand. Wow…Boleh cuba ni. Pasti enak!
RESIPI KENGSOM IKAN TALAPIA
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan talapia
Hirisan nanas
Kangkung secukupnya
Daun kesum secukupnya
Sedikit air
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Jus limau nipis secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang holland – beli online disini
1-2 batang serai
6-7 biji cili burung / cili padi
1 potong nanas
4-5 ulas bawang putih – beli online disini
1 inci halia
1 sudu makan serbuk kunyit – beli online disini
Air asam jawa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan potong ikut saiz bersesuaian.
2. Satukan bahan-bahan kisar. Kisar hingga halus. Nanas dikisar bersama bahan lain bertujuan untuk memekatkan kuah.
3. Ambil periuk bersesuaian. Tuang bahan kisar dan masukkan sedikit air. Masak sampai kuah mendidih.
4. Bila kuah telah mendidih, masukkan ikan dan perasakan denga garam, gula, serbuk perasa dan juga jus limau nipis dengan secukupnya.
5. Bila ikan hampir masak, masukkan kangkong, hirisan nanas dan daun kesum. Biarkan sekejap dan tutup api.
6. Kengsom Ikan Talapia sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Siti Fahana Rosdi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tumbuk Kasar. Ini Rahsia Sambal Tomato Bilis Goreng Jadi Lebih Sedap
Campur 2 Sos Ni Barulah Kuah Spageti Bolognese Jadi Lebih Sedap
Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!
Petua Buat Cucur Udang Sedap & Tak Serap Minyak Tanpa Guna Baking Powder
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=z-Xw5O3DPUA