Banyak menu boleh diolah dari roti, asalkan kreatif semua boleh buat. Misalnya, roti dilenyek jadi nipis boleh buat kulit samosa dan didadu kecil kemudian gaul dengan telur campur bahan lain dan boleh menjadi cucur. Hasilnya memang terbaik, mak-mak kalau buat ni, anak-anak mesti suka.
SAMOSA INTI KENTANG BAHAN-BAHAN: 1 paket roti putih 1 sudu tepung | campur dengan sedikit air Minyak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis BAHAN UNTUK INTI KENTANG 3-4 biji kentang | buang kulit dan potong dadu kecil 100gm daging kisar 1 biji bawang Holland | potong dadu kecil 4 ulas bawang putih | cincang halus 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai 2 sudu makan rempah kari daging 1/2 sudu makan serbuk cili Garam dan gula secukup rasa. Sedikit air
Ads
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti: Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali. 2. Tumis bawang Holland, bawang bawah putih dan daun kari hingga kekuningan dan wangi. 3. Kemudian masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air. 4. Kacau rata hingga timbul minyak, masukkan daging kisar. 5. Setelah daging kisar bertukar warna, masukkan kentang. 6. Kacau rata dan tambahkan sedikit air untuk mengempukkan kentang. 7. Sentiasa kacau hingga air kering dan kentang empuk. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Setelah cukup rasa, tutup api dan sejukkan. 10. Untuk kulit karipap: Buang bahagian tepi karipap, kemudian gelek roti menjadi nipis. 11. Beruskan campuran tepung dengan air tadi sebagai gam di keliling bahagian tepi roti. 12. Letakkan inti di atas roti dan lipat menjadi bentuk tiga segi. 13. Tekan dengan garpu bahagian tepi (untuk lebih mudah gunakan acuan karipap). 14. Setelah siap karipap sedia digoreng. 15. Panaskan minyak, goreng karipap menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan. 16. Karipap sedia dihidangkan.
INFO : Selain inti kentang, jika ada lebihan sambal bilis atau rendang boleh juga dijadikan inti.
Ads
BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ BAHAN-BAHAN:
6 keping roti putih | potong dadu
2 batang sosej | dadu halus
1 biji telur | kacau
2 biji cili merah | cincang halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
Ads
CARA MEMASAK: 1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk. 2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti. 3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata. 4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut. 5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan. 7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi satey. 8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
CHEF: Selain sosej anda boleh juga cincang isi ayam, udang atau ketam. Ikut cita rasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tak tahu nak masak apa? Haa ini ada Rasa kongsikan resipi 4 sambal daging yang berbaloi untuk anda cuba kerana ia senang dan tidak banyak menggunakan bahan tapi rasa memang confirm win dan sedap!
SAMBAL DAGING MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makanpes cili kering
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak.
Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makan pes cili kering
2 biji bawang besar | potong dadu
5 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula jika perlu
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai | hiris
BAHAN REMPAH PENUMIS
1 batang serai
1 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak.
Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .
SAMBAL SERAI ISI AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
1 biji limau nipis | jus sahaja
Garam dan gula secukup rsa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
3 batang serai | hiris
3 helai daun limau purut | carik-carikkan
3 biji cili hijau
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bahan kisar.
Setelah naik bau, tambahkan dengan hirisan bawang besar.
Kemudian masukkan isi ayam. Kacau rata.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, terus kacau seketika.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.
SAMBAL DAGING BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris nipis dan kecil
150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan pes cili kering
250ml air
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak.
Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi.
Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasaaa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging Berkacang sedia dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat nasi.
Menu yang satu ini tidak pernah jemu makan. Biarpun berapa kali menikmatinya. Cara membuatnya juga berbeza-beza yang penting bahan asasnya ialah pisang. Nak sedap gunalah pisang emas.
Chuqodoq Pisang Loqstaq
10 biji pisang emas (dilenyek)
1 1/3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 cawan kelapa parut
4 sudu makan brown sugar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
1.Sediakan kuali & panaskan minyak secukupnya.
2.Kemudian lenyekkan pisang jangan lumat sangat dan masukkan tepung gandum, tepung beras, gula perang & kacau sebati
3.Selepas itu masukkan baking powder, soda bikarbonat & garam kacau sebati
4.Jika adunan terlalu pekat boleh masukkan sesudu dua air .
(Peringatan jangan cair sangat)
5.Goreng dan balik-balikkan sehingga masak.
6.Angkat & toskan minyak dan boleh dihidang.
SELAMAT MENCUBA! 😘
Resipi Ikhlas dari Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Kuih kacau labu dan kacang pool ni memang cukup popular di kalangan bangsa Johor. Jika kacau labu berasaskan sayuran labu kacang pool pula gandingan daging dan kacang.
Masaknya mudah sangat, yang penting boleh menjadi sarapan yang mengenyangkan. Warga kota dan negeri lain pun bolehlah cuba nanti.
1. KUIH KACAU LABU
Kredit foto : FB Marina Mustaffa
Bahan-bahan:
350 gram gula pasir
400 ml santan
500 ml air
50 gram tepung jagung | dibancuh sedikit air
1.5kg labu
5 biji telur | dipukul kembang
2 helai daun pandan
Garam
Buah ceri sebagai hiasan
CARA MEMASAK : 1. Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat. 2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam. 3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa atau buah ceri..
Resipi : Restoran D’Cengkih
2. KACANG POOL
BAHAN-BAHAN :
1 tin kacang parang
300 gram daging cencang
1 tin kecil tomato puri
3 ulas bawang putih | dikisar
5 biji bawang merah | kisar
Satu biji telur – digoreng
3 sudu minyak
Garam dan gula secukup rasa
Hiasan:
1 biji limau kasturi – potong dua
1 biji cili hijau – hiris
1 biji bawang merah – potong kecil
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. 2. Masukkan daging cincang, masak hingga kekuningan 3. Kemudian, masukkan tomato puri. Kacau seketika. 4. Selepas itu, masukkan kacang parang, garam dan gula secukup rasa. 5. Kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat. 6. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan. 7. Di atas pinggan, letakkan telur mata, kemudian hiaskan dengan hirisan limau kasturi, cili hijau dan bawang merah. 8. Boleh dinikmati bersama roti putih.