Sedapnya Ayam Buttermilk ni. Terasa lemak, masin dan pedasnya. Bagi anda yang buntu nak masak apa untuk keluarga hari ini, apa kata anda cuba resipi Ayam Buttermilk perkongsian saudari Rosni Musa. Resipinya sangat mudah dan tentunya sedap. Tak guna banyak bahan pun. Rugi tau kalau tak cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM BUTTERMILK MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong kecil. Masukkan ke dalam bekas dan taburkan tepung gorengan serbaguna dengan secukupnya.
2. Gaul rata hingga ayam bersalut dengan tepung.
3. Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga garing.
4. Angkat dan toskan.
5. Panaskan mentega di dalam kuali.
6. Masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
7. Bila bahan tumis kelihatan sedikit garing, masukkan susu segar. Jika tiada, boleh guna susu cair atau susu penuh krim. Bergantung pada cita rasa masing-masing.
8. Perasakan dengan sedikit garam. Pastikan guna sedikit sahaja kerana tepung gorengan serbaguna sudah mempunyai rasa masin.
9. Tambahkan juga sedikit perencah Cukup Rasa dan sedikit gula. Kacau rata.
10. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
11. Kacau dan renihkan sekejap supaya ayam dan kuah sebati dan meresap.
12. Padamkan api dan angkat. Ayam Buttermilk siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official