
Bulan puasa memang sedap kalau dapat berbuka dengan Puding Roti Sos Kastard. Resipi perkongsian saudari Nurul Shafira ni antara yang paling mudah untuk dihasilkan. Nampak sedap kan? Bahan-bahannya pun tak banyak malah senang nak dihasilkan. Bolehlah cuba nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT PUDING ROTI SOS KASTARD
BAHAN-BAHAN:
- 10 keping roti sandwich – potong empat segi
- 1 tin susu cair
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 5 sudu makan gula
- Buah campur kering secukupnya – rendam dengan air panas (boleh abaikan jika tiada)
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu cair, telur, esen vanilla dan gula. Kisar hingga larut.
2. Kemudian sapukan mentega pada roti dan juga pada loyang.
3. Susun kepingan roti dalam loyang dan tuang bahan kisar tadi. Tekan-tekan roti supaya meresap cecair tadi.
4. Tabur buah-buahan kering dan kukus selama 30 minit.
BAHAN SOS KASTARD:
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan tepung kastard
- 4 1/2 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung kastard ke dalam air. Kacau rata.
- Kemudian campurkan semua bahan dan masa katas api perlahan. Kacau hingga sos menjadi sedikit pekat.
- Angkat dan sedia dinikmati bersama puding roti.
Kredit resipi & foto: Nurul Shafira
ANDA JUGA KENA CUBA:
Resipi Asam Gumpal. Kuih Tradisional Popular Di Bulan Puasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Resipi Mudah Untuk Sarapan & Minum Petang. Paling Senang, Guna 2 Bahan Saja Tau

Kadang-kadang buntu bila memikir tentang juadah sarapan mahupun minum petang. Kalau boleh, biarlah yang mudah dan cepat kerana boleh menjimatkan masa.
Jadi, ini adalah lima variasi untuk idea nak sarapan atau minum petang untuk anda!
ROTI COKLAT MENTEGA DAN KAYA
BAHAN-BAHAN:
Roti putih – beli online di sini
Roti coklat
Mentega – beli online di sini
Jem kaya – beli online di sini
CARA-CARA:
1.Susun mentega di atas roti putih. Kemudian, sapukan kaya di atas roti coklat.
2. Susun roti coklat di atas roti putih. Kemudian, susun lagi mentega di atas roti coklat. Tutup dengan roti putih.
3. Potong-potongkan tepi roti tu. Kemudian, roti itu dipotong empat. Siap untuk dihidang!
Kredit resipi: Umi Watie
ROTI PARATHA SOSEJ CHEESE
BAHAN-BAHAN
Roti paratha
Sosej
Cheese keping
Kuning telur (untuk disapu pada roti paratha)
CARA-CARA:
1.Potong roti paratha macam dalam gambar. Letakkan cheese dan sosej, kemudian gulung hingga hujung.
2. Sapukan kuning telur. Bakar dengan Air Fryer pada suhu 190c selama 7-10 minit . Nak guna ketuhar pun boleh.
**Roti paratha cepat lembut, jadi saya buat sekeping-sekeping dan masuk dalam peti ais semula. Nak buat lagi keluarkan semula.
Kredit resipi: Eja Ally
KEK KENTANG INDONESIA BERGEDIL
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang | kupas dan potong kiub kecil
Udang kering | dicincang – beli online di sini
2 ulas bawang merah | dicincang halus – beli online di sini
Daun ketumbar | cincang
½ sudu garam
Lada putih secukup rasa
1 biji telur | dipukul
5 sudu besar serbuk roti – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Ambil bawang merah dan goreng hingga keemasan dan angkat.
2. Rebus air panas, tambahkan setengah sudu garam, tambahkan kentang dan masak selama 15 minit Matikan api, angkat kentang, toskan airnya, dan masukkan kentang ke dalam puri.
3. Masukkan kentang tumbuk ke dalam mangkuk, masukkan udang kering cincang, bawang merah goreng, daun ketumbar cincang, garam dan lada, dan kacau rata.
4.Gunakan tangan anda untuk membentuk bola, dan kemudian tekan perlahan ke bawah untuk membentuk pai kecil,
5. Celup kentang tadi dengan telur yang sudah dipukul sebanyak dua kali dan kemudian lekatkan dengan serbuk roti.Letakkan sedikit minyak di atas kertas pembakar.
6. Letakkan kentang pada kertas pembakar, dan semburkan sedikit minyak di atas kentang tadi. Panaskan air fryer selama 5 minit. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian terbalik 200C selama 8 minit. (atau sehingga kentang Nampak keemasan dan garing)
Kredit resipi: Elaine Lee
PULUT SERUNDING KELAPA
BAHAN-BAHAN PULUT:
2 cawan beras pulut – beli online di sini
2 cawan air
1 sudu minyak masak
Garam
BAHAN-BAHAN SERUNDING KELAPA:
1/3 kelapa parut sebiji
1 sudu gula
1 sudu garam
Air
BAHAN-BAHAN KISAR:
4 tangkai cili kering – beli online di sini
4 biji bawang besar saiz kecil – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
2 sudu udang geragau kering – beli online di sini
1/2 sudu jintan manis (optional) – beli online di sini
1/2 sudu biji ketumbar (optional)
CARA MEMASAK PULUT:
1.Basuh beras pulut. Kemudian sukat air seperti biasa. Letak secubit garam dan masukkan 1 sudu minyak masak. Boleh dikukus dalam periuk nasi atau alat pengukus.
2.Jangan lupa untuk kacau 2-3 kali supaya pulut tidak berkerak.
3.Bolehlah disejukkan seketika dan dibentuk bulat bulat.
CARA MEMASAK SERUNDING:
1.Tumis bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali. Masukkan gula, garam dan tumis sehingga naik minyak dan sedikit garing.
2.Seterusnya masukkan sedikit air dan kelapa parut.
3.Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau sehingga terjadinya serunding. Biarkan sejuk seketika.
CARA MENGHIDANG:
Pulut yang sudah dibentuk bulat-bulat digolekkan dengan serunding kelapa. Siap. Sedia untuk dimakan.
Kredit resipi: Norita Azrol
BUN BISCOFF PARATHA
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Biscoff spread
CARA-CARA:
1.Potong paratha kepada empat bahagian. Kemudian, bubuh inti biscoff spread di tengah-tengah. Bulat-bulatkan.
2. Kemudian, tekan biar leper sikit dan gunting tepi-tepi dia, jadilah bentuk yang menarik. Untuk hiasan, boleh sapu telur di atas dan tabur crumble.
3. Bakar di dalam air fryer dengan suhu 180C selama 5 minit atau sehingga paratha masak. Ikut suhu air fryer masing-masing.
*Biscoff spread tu sebaiknya,sudukan 1 sudu teh dan bekukan sebentar. Kalau tidak, biscoff spread cepat cair bila dibakar dalam air fryer.
Kredit resipi: Fatihah Anis
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Oh Macam Ni Rupanya Nak Buat Karipap Pusing. Barulah Betul-Betul Jadi!
Kurma Banyak Lagi Di Rumah? Boleh Buat Kek Kurma, Barulah Tak Membazir
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Ayam Masak Lemak Cili Padi & Aiskrim Goreng, Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

Minggu kedua Rasa Nostalgia Ramadan diserikan dengan kehadiran Ain Edruce bersama suaminya, Amirul. Memang lucu episod kali ini kerana ada sahaja idea Ain untuk mengusik suaminya sekaligus menceriakan suasana sebelum berbuka puasa.
Berbicara tentang menu yang mengimbau nostalgia Ramadan Ain, ayam masak lemak cili padi merupakan antara menu yang wajib dimasak oleh ibunya di bulan Ramadan.
Tidak lengkap rasanya jika tiada pencuci mulut selepas makan. Jadi, aiskrim goreng telah menjadi menu mereka pada hari ini. Memang sedap. Sejuk terasa di tekak.
AYAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
- 15 biji cili padi (campur hijau merah)
- Kunyit hidup (besar ibu jari)
- 2-3 helai daun kunyit
- 4-5 ketul ayam
- ½ kg santan
- 2-3 batang serai
Cara Memasak:
- Kisar cili padi dan kunyit hidup.
- Kemudian, masukkan ayam yang telah dicuci bersih dan masukkan serai yang telah diketuk. Kacau rata.
- Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
- Masukkan juga santan. Teruskan mengacau supaya santan tidak pecah.
- Selepas itu, masukkan daun kunyit.
- Tambahkan garam dan serbuk perasa.
AISKRIM GORENG
Bahan-bahan:
- Roti Gardenia
- Aiskrim (perisa coklat)
Cara Memasak:
- Ambil sekeping roti dan letak aiskrim secukupnya di atas roti tersebut. Letak di tengah-tengah. Ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.
- Kemudian, ambil cawan atau gelas dan tekapkan pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi.
- Pastikan roti ditekap dengan kemas dan tiada lubang di tepi untuk mengelakkan aiskrim terkeluar sewaktu menggoreng.
- Lebih baik jika aiskrim disimpan di dalam peti dahulu sebelum menggoreng.
- Masukkan minyak ke dalam kuali dalam kuantiti yang banyak dan tunggu sehingga minyak betul-betul panas.
- Masukkan aiskrim roti dan goreng hingga keperangan. Balikkan dengan cepat kerana roti cepat garing.
- Angkat dan toskan minyak. Siap!
LG PuriCare™ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur Selebriti
Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™ dengan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD.
Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah, perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat dan tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.
Tonton Rasa Nostalgia Ramadan Sepanjang Bulan Ramadan Ini
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Resipi & Cara-Cara Membuat Roti Paun Manis.

Roti ini enak dimakan begitu saja kerana rasanya yang manis dan lemak. Jika anda cuba, resipi ini boleh menghasilkan dua buku roti.
BAHAN-BAHAN:
- 6 cawan tepung gandum
- 1 ½ cawan susu suam
- ¾ cawan gula
- 11gm yis
- 3 biji telur saiz A
- ¼ cawan mentega
CARA MEMASAK:
- Campurkan yis dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
- Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
- Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
- Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
- Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.