Pernah dengar lauk Masak Lada? Lauk orang Melaka yang ramai tak tau. Mungkin sebab menu ni terlindung di belakang populariti asam pedas. Kasihan kan. Sedap, tapi tak ramai orang tau. Ni kirakan unsung herolah.
Menurut perkongsian daripada Naros Naib, Masak Lada ni seakan-akan rasa asam pedas tapi sedikit berempah sebab guna jintan manis, jintan putih, lada hitam dan ketumbar. Warnanya pula sedikit kecoklatan. Mungkin ada rasa macam asam pedas Johor yang masukkan lada hitam tu.
MASAK LADA IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan pari
4 biji bawang merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
2 inci kunyit hidup
Belacan (lebih kurang macam dalam gambar) – beli online di sini
2 batang serai
3 helai daun limau purut
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DISANGAI DAN DIKISAR HALUS:
1 sudu makan jintan putih – beli online di sini
1 sudu makan jintan manis – beli online di sini
1 sudu makan lada hitam – beli online di sini
1 sudu makan biji ketumbar – beli online di sini
CARA-CARA:
1.Cuci bersih ikan pari. Saya perapkan sekejap dengan asam jawa dan air limau kasturi untuk hilangkan hanyir.
2. Bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan ni tumbuk halus. Kalau nak kisar, boleh saja. Tak ada masalah.
3. Serai tu jangan dikisar. Cukup sekadar titik untuk keluarkan aromanya. Daun limau purut pula siat-siatkan. Buang batang tengahnya.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk halus. Masukkan juga serai yang dititik.
5. Kacau kesemuanya sehingga naik bau dan hampir garing.
6. Apabila bahan tumisan sudah agak garing, masukkan rempah yang telah disangai dan dikisar halus. Saya kisar kasar-kasar sebab suka tekstur macam tu.
7. Kacau bahan-bahan tumisan hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau.
8. Apabila cili kisar hampir garing, masukkan daun limau purut. Kacau lagi.
9. Setelah cili cukup garing dan pecah minyak, masukkan pula air asam jawa. Kacau hingga semua sebati.
10. Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan satu persatu. Kacau lagi.
11. Tunggu sehingga kuah mendidih sekali lagi. Dari semasa ke semasa, kacau kuah perlahan-perlahan.
12. Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan kerisik dan kacau.
*Sebenarnya resipi original masak lada ni tak guna kerisik. Sebaliknya guna kelapa bakar. Kepingan kelapa tua dibakar, kikis dan diparut atau dihiris halus. Lepas tu tumbuk halus jadi tekstur macam kerisik. Dah siap tu campur ke dalam kuah. Rasanya lagi sedap dan wangi.
*Saya gantikan dengan kerisik untuk memudahkan. Sekarang ni kan susah dah nak dapat kelapa. Lagipun, rasanya tak lah jauh lari. Masih ‘on point’.
13. Apabila kerisik dah mesra dalam kuah, masukkan garam dan bahan perisa (jika suka). Kacau lagi.
14. Akhir sekali, masukkan bendi. Kalau tak ada bendi, boleh juga masukkan terung. Biarkan selama kira-kira 2-3 minit. Saya suka bendi yang tak lembik, sebab tu tak biarkan lama sebelum tutup api. Terpulanglah kepada selera masing-masing.
* Sebelum tutup api, rasa kuah tu, cukup tak rasa garam, masam, rempah dan pedasnya. Kesemua rasa tu kena seimbang tau. Baru sedap. Hishh…kecur pulak air liur ni. Terbau-bau wangi daun limau purut bergabung dengan serai dan rempah-rempah tumis tu.
Kredit resipi: Naros Naib
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/20-resipi-sedap-mudah-cepat-masak-untuk-orang-bujang/
https://www.rasa.my/20-seleksi-kuih-muih-sempena-ulang-tahun-rasa-ke-20/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: