Sedap Terangkat, Nasi Dagang & Nasi Kerabu  Di Mamanda TPC KL

Share

Ingin menikmati menu autentik Kelantan secara eksklusif di restoran Fine Dining yang serba mewah dan eksklusif dalam suasana restoran yang sungguh selesa jangan berlenggah lagi datang terus ke Mamanda TPC Kuala Lumpur Sempena Kelantan Cuisine Festival @ Mamanda  TPC Kuala Lumpur.

Boleh bawa bersama keluarga, pasangan atau rakan-rakan.Pasti tidak mengecewakan kerana anda  disambut dan dilayan mesra oleh peramu saji yang ramah sambil menghidangkan pelbagai hidangan masakan seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Tumpang dengan pelbagai menu sampingan pembuka selera dan pemanis mulut seperti Butir Nangka, Lompat Tikam, Kuih Cek dan banyak lagi.

Hidangan yang disajikan dalam dulang bertutup, umpama sajiana istana. Ia sudah cukup mengujakan selera makan,  dan apabila penutup dulang dibuka, bau aroma menjadikan anda tidak sabar menjamahnya. Lain dari yang lain

Dalam satu dulang Nasi Dagang, ada lauk Gulai Ikan Tongkol, Gulai Ayam, Gulai Udang, Serunding kelapa, Jelatah, Telur Rebus dan ulam-ulaman. Begitu juga dengan dulang Nasi Kerabu yang penuh dengan isian seperti Ikan Goreng Celup Tepung,  Daging Bakar, Rendang Ayam, Telur Masin, Serunding Ikan, Sambal Budu, Solok Lada, Keropok dan hirisan halus ulam-ulaman.

Pilih set yang mana suka. Atau boleh juga tambah dengan Nasi Tumpang yang dibalut cantik dengan daun pisang. Kuih muih dan manisan tradisional negeri Cik Siti Wan Kembang turut disediakan.  Yang pasti kalau datang, semua masakan ingin dicuba.

Mamanda telah membawa khas Chef Nik Fatimah, pakar dalam masakan Kelantan dan pernah berkhidmat sebagai chef di Istana  untuk menyediakan semua masakan. Malah chef kelahiran Kelantan ini mengakui kesemua resipi adalah warisan turun-temurun keluarganya.

Sesiapa yang menyukai Nasi Ambang, Mamanda juga ada menyediakan nasi ini, rasanya juga tidak pernah mengecewakan. Malah nasi ini memang menjadi menu tetap di sini dan ramai penggemarnya. Restoran dibuka bermula jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam pada hari Selasa hingga Ahad.

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin