Kalau nak seribu daya, itulah yang dilakukan oleh selebriti cantik manis Kilafairy ni. Demi mama tercinta penyanyi Rohana Jalil, dia sanggup minta resipi Mi Kari Udang Galah dari tauke restoran mi kari kegemaran mamanya.

Sedap Wei Mi Kari Udang Galah Kilafairy Masak Sama Mamanya Ni.
.

Berpandukan resipi itulah Kilafairy meluangkan masa seharian bersama mama tercinta untuk menyediakan mi kari kesukkan mamanya itu dalam program Rasa Anak Emak Anak Bapak yang bersiaran pada selasa lepas, jam 1.00 petang di Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Sedap Wei Mi Kari Udang Galah Kilafairy Masak Sama Mamanya Ni.
.

Ads

Kelakarnya, siapa yang masak sebenarnya, Kilafairy atau Mamanya, kerana kecoh dari membeli barang-barang nak masak mi kari sampailah masa memasak. Tapi semua itu bukan persoalankan, yang penting dua beranak ni sangat enjoy di dapur bersama.

Sedap Wei Mi Kari Udang Galah Kilafairy Masak Sama Mamanya Ni.
.

Dalam pada kecoh, dan walaupun tak dapat udang galah yang besar dua beranak ini tetap berjaya menyiapkan mi kari dengan jayanya. Rasa boleh tahan kerana Rohana sentiasa membantu Kilafairy anak kesayangannya itu di dapur. Kalau korang semua nak rasa keenakan Mi Kari Udang Galah Kilafairy nib oleh cuba resipi yang dikongsikan ini.


Sedap Wei Mi Kari Udang Galah Kilafairy Masak Sama Mamanya Ni.
.

MI KARI UDANG GALAH

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg mi kuning | celur dan tos
  • 500gm udang Galah
  • 1 liter santan
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 1 sudu makan halba campur
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 2 pokok daun ketumbar
  • 12 biji bebola ikan | belah dua
  • 2 keping kek ikan | hiris
  • 8 biji Tauhu Pok | belah dua
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 sudu teh perasa Cukup Rasa
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

Ads
  • 6 ulas bawag merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 1 sudu makan udang kering

BAHAN HIASAN:

  • 4-5 pokok sawi | potong dan celur
  • 3-4 biji cili merah hiris
  • Bawang goreng secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan halba campur dan daun kari.
  2. Kemudian tambahkan campuran rempah kari bersama serbuk cili yang dicampur bersama.
  3. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, biarkan mereneh.
  5. Setelah mereneh masukkan udang, bebola ikan, kek ikan dan asam gelugor.
  6. Perasakan dengan serbuk cukup rasa, garam dan gula secukup rasa.
  7. Sebelum tutup api masukkan tauhu pok tadi.
  8. Setelah siap tuangkan kuah dalam mangkuk berisi mi yang telah dicelur, kemudian hias di atasnya dengan bahan hiasan.
  9. Mi Kari Udang Galah sedia dihidangkan.

Kepada korang yang ingin menonton artis-artis lain bersama ibu atau bapa mereka memasak di dapur, tunggukan Rasa Anak Emak Anak Bapak yang bersiaran setiap hari Selasa jam 1.00 petang di Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI