Bila tiba waktu berbuka puasa, aneka minuman sejuk tentunya jadi pilihan ramai lebih-lebih lagi jika cuaca panas seharian. Biasanya kalau ke bazar, banyak pilihan minuman yang boleh dibeli. Tapi tahun ni, bazar ramadan pun tiada. Jadi bolehlah cuba hasilkan sendiri seleksi minuman sejuk sedap ni di rumah. Kos pun tidak mahal. Jom lihat resipi-resipinya.
KOLEKSI RESIPI MINUMAN SEJUK UNTUK BERBUKA PUASA
1. SODA SERAI BERMADU
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1.Letakkan madu di keliling dinding gelas.
2.Masukkan soda.
3.Masukkan serai. Biarkan seketika.
4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
Info Chef: Harum serai memberikan rasa segar pada minuman.
2. BANDUNG STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula dalam air.
2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3.Masukkan strawberi dan laici.
4.Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.
INFO: Masam strawberi membantu mengurangkan muak sirap bandung
3. AIR KATIRA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1.Jerang sirap hijau, gula batu dan daun pandan dalam 1 liter air.
2.Kemudian masukkan semua bahan. Biarkan 30 minit supaya semua bahan sebati.
3.Sejukkan dalam peti sejuk atau tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain gula batu, boleh juga gunakan gula pasir.
4. JUS MANGGA PUDINA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1.Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
2.Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
3.Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
4.Tambah air gula jika suka.
5.Masukkan ais dan letakkan daun pudina.
INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.
5. PEPPERMINT LEMONADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
2.Masukkan jus lemon.
3.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.
6. JUS STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1.Kisar halus strawberi dengan 1 cawan air dan gula.
2.Masukkan jus yang telah dikisar ke dalam cawan.
3.Tambah air jika perlu.
4.Masukkan laici dan ais. Kacau sekejap. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain laici, boleh gunakan buah manis lain seperti ceri, mangga atau rambutan.
7. AIR KELAUT
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula ke dalam air dan kacau sehingga larut. Masukkan pewarna.
2.Masukkan semua buah yang dipotong dadu, nanas dan biji selasih. Kacau sebati.
3.Masukkan ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Boleh pelbagaikan buah-buahan mengikut kegemaran anda.
8. JUS LIMAU ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1.Buat air gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
5.Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.
INFO: Jangan guna air rebusan asam boi dalam minum. Bimbang jika terlalu masam.
9. CINCAU MILO TABUR
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.
2.Tambah air sejuk. Kacau lagi.
3.Masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.
4.Tambahkan ais. Sedia diminum.
INFO: Tidak perlu masukkan gula kerana Milo sudah sedia manis.
10. SIRAP LONGAN MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula di dalam air.
2.Masukkan sirap. Kacau sebati.
3.Masukkan longan.
4.Belah 2 lemon. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
5.Tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Buat sendiri sirap menggunakan gula, pewarna merah dan daun pandan lebih menyedapkan minuman anda.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI: