Ayam masak asam pedas? Macam pelik je kan?  Tapi memang sedap. Begitu juga dengan rendang ayam dengan kacang panjang. Walaupun dua menu ini jarang orang masak tetapi tak salah sekali sekala anda cuba dan variasikan rasa masakan sebagai hidangan keluarga dan menambah skil memasak. Kata orang tak cuba tak tau, bila dan cuba rasa nak masak selalu.

Sedapnya 2 Menu Ayam Sedap Sungguh, Macam Mak-Mak Masak.

AYAM MASAK ASAM PEDAS

BAHAN-BAHAN :

Ads
  • 500gm ayam- potong sederhana
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 2 ulas bawang putih-kisar
  • 2sm belacan-kisar
  • 1 sudu lada hitam-kisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu serbuk kari ayam
  • ½ cawan air asam jawa
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato-belah empat
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.

2.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, , renehkan lebih kurang 10 minit dan masukkan air asam

4. Kecilkan api, masukkan garam dan gula secukupnya. Biarkan kuah mereneh hingga timbul minyak.

Ads

5. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tomato sebelum angkat dan hidangkan.

Sedapnya 2 Menu Ayam Sedap Sungguh, Macam Mak-Mak Masak.

Ads

RENDANG AYAM KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam-potong kecil
  • 200 gm kacang panjang-potong 3sm
  • 200 ml santan pekat
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • 6 ulas bawang merah-kisar
  • 2sm kunyit hidut-kisar
  • 2 batang serai-kisar
  • 6 tangkai cili kering-kisar
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA  MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut dan air kering.
  3. Masukkan santan, garam dan gula.
  4. Apabila sudah pekat, masukkan kerisik.
  5. Masukkan kacang panjang dan daun limau purut.
  6. Kecilkan api dan biarkan rendang mereneh lebih kurang 5 minit lagi sebelum angkat dan hidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI