Koleksi resipi masakan berasaskan ayam khas untuk ibu-ibu semua! Bila anak-anak dah mula bersekolah, ibu-ibu pastinya asyik berfikir menu yang mudah dan sedap untuk disajikan buat si kecil. Antara lauk yang menjadi pilihan tentulah yang berasaskan ayam. Resipi yang dikongsi Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz ini memang sangat mudah untuk dimasak. Rasanya pasti sedap. Jom cuba!
AYAM GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji tomato | dicincang dadu
2 sudu besar gula
1 – 2 sudu kecil garam
1 asam keping/air asam jawa
BAHAN KISAR/ TUMBUK KASAR:
10 batang cili merah
5 tangkai cili padi (optional)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
CARA MEMASAK:
1. Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng sehingga masak.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik minyak.
3. Masukkan tomato cincang dadu, air asam jawa atau asam keping, gula dan garam.
4. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak sehingga ayam masak.
5. Taburkan hirisan bawang. Gaul seketika, Siap!
AYAM PHAT PHET
BAHAN-BAHAN:
Ayam
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
Garam
Gula
BAHAN KISAR:
5 biji cili padi
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan secawan air.
2. Masukkan serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
3. Gaul sekali sekala hingga ayam masak. Jika suka berkuah, boleh tambah air. Siap.
AYAM MASAK BLACKPEPPER
BAHAN-BAHAN:
Ayam
Sos Tiram
Sos Kicap
Lada hitam (jenis serbuk yang kasar bukan lada hitam yang serbuk halus tu atau boleh guna yang biji tapi kena tumbuk bagi hancur dulu)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu bancuhan tepung jagung dicampur sedikit air
Garam & gula secukupnya
1 biji bawang besar
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam dgn sos tiram, sos kicap dan lada hitam. Kemudian goreng separuh masak.
2. Kalau malas, goreng je tak perlu perap dengan apa-apa. Kemudian angkat.
3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sampai naik bau.
4. Masukkan bancuhan air + sesudu kecil tepung jagung. Pastu masukkan ayam tadi dan gaul la biar jadi sekata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Nak cair boleh tambah air, nak pekat tak perlu tambah.
6. Dah nak masak, tabur bawang besar. Tutup api dan tabur daun bawang. Siap!
AYAM BUTTERMILK
BAHAN-BAHAN:
2 ketul besar ayam, bahagian isi
½ tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
½ biji bawang besar holland atau bawang besar biasa | potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
BAHAN UNTUK TEPUNG SALUTAN AYAM:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Potong dadu isi ayam, masukkan telur dan garam ke ayam dan gaulkan sebati.
2. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Gaul dan biar tepung menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
3. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
CARA BUAT BUTTERMILK:
1. Panaskan butter dalam kuali sehingga cair dan masukkan bawang putih, cili dan daun kari, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap.
Kredit resipi: Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan
Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI