Buntu fikirkan menu minum petang untuk keluarga? Cuba buat agar-agar oren sunquick dan buah pic sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan begitu sahaja dan boleh juga dimakan bersama susu cair atau susu segar. Makan sejuk-sejuk, rasa nyaman je tekak. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Yatie Eimra ni.

AGAR-AGAR SEDUT OREN SUNQUICK & PIC

Sedapnya Agar-Agar Sedut Oren Sunquick & Pic. Rasa Nyaman Di Tekak!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan agar-agar tali | dipotong pendek – beli online DISINI
  • 2 sudu makan gula – beli online DISINI
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air gula pic (dalam tin)
  • 2 sudu makan oren sunquick beli online disini
  • Sedikit buah pic dalam tin | dipotong kecil

Sedapnya Agar-Agar Sedut Oren Sunquick & Pic. Rasa Nyaman Di Tekak!

 

CARA MEMASAK:

1. Masak agar-agar tali bersama gula dan secawan air sehingga larut. Matikan api.

Ads

2. Tambahkan air gula buah pic dan pati oren Sunquick. Gaul hingga sebati.

Sedapnya Agar-Agar Sedut Oren Sunquick & Pic. Rasa Nyaman Di Tekak!

 

3. Sediakan bekas dan masukkan buah pic yang telah dipotong tadi. Tuang agar-agar ke dalam bekas tersebut.

Sedapnya Agar-Agar Sedut Oren Sunquick & Pic. Rasa Nyaman Di Tekak!

 

4. Sejukkan sehingga agar-agar menjadi keras.

Sedapnya Agar-Agar Sedut Oren Sunquick & Pic. Rasa Nyaman Di Tekak!

 

5. Sedia untuk dimakan.

Sedapnya Agar-Agar Sedut Oren Sunquick & Pic. Rasa Nyaman Di Tekak!

 

TIP:

Ads
  • Bagi yang menggunakan serbuk agar-agar, sukat agar-agar serbuk dalam 1/2 sudu kecil (sudu penyukat standard), kemudian buang secubit serbuk agar-agar tadi. Boleh juga guna sudu kecil dan buang secubit juga. Tak buang agar-agar pun takpe, tapi agar-agar akan jadi lebih keras sedikit.
  • Jika sukat guna cawan minuman, gunakan 1 1/4 cawan air dan 1 1/4 cawan air gula pic.
  • Gunakan bekas yang lebar dan jangan tuang terlalu banyak atau tebal kalau nak cepat keras.
  • Selain buah pic, boleh ganti dengan nanas dalam tin atau potongan buah mangga.

 

Kredit resipi & foto: Yatie Eimra

 

Anda mencari KUALI NON STICK yang murah dan berkualiti? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Koleksi Pengat Tradisional Yang Sedap & Menyelerakan

Ads

Cara Buat Agar-Agar Santan Yang Paling Mudah Tapi Sedap

Cara Mudah Buat Dadih Homemade Yang Sedap & Tak Perlu Guna Dadih Segera

Koleksi Pengat Tradisional Yang Sedap & Menyelerakan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI