Air Katira minuman yang cukup popular dan sentiasa diburu di bazar-bazar Ramadan. Ada berbagai versi Air Katira namun Air Katira yang paling sedap dan mantap tentulah Air Katira versi Johor. Sebenarnya tidak susah mana pun hendak membuat Air Katira. Apa kata berbuka hari ini kita cuba buat Air Katira mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
RESIPI AIR KATIRA VERSI JOHOR
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar katira 1 sudu besar biji selasih – BELI ONLINE 3 biji kurma 3 biji kembang semangkuk 4 biji badam 4 helai daun pandan 4 sudu besar gula –BELI ONLINE 1 liter susu segar
*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500 ml
Ads
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
2. Semua bahan ini akan mengembang. Jika Sudah kembang, kira sudah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
3. Sementara itu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan carik halus, sekadar untuk hiasan.
4. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
5. Bahan-bahan rendam tadi sudah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
6. Boleh satukan semua bahan yang kita sudah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos. Jangan tuang terus dalam susu. Ini bagi mengelakkan susu menjadi cair. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tidak perlu tambah gula.
7. Air katira Johor sudah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Kalau resipi sambal balado dari Indonesia semestinya menjadi kalau dicuba! Macam resipi sambal balado ni yang dikongsikan Mazliana Mazlan di Facebooknya. Kalau korang peminat sambal gerenti nak cuba resipi ni, simpan resipi ni elok-elok sebelum menyesal nanti. Padu katanya sambal ni, boleh buat simpan stok kat rumah. Jom cuba resipi ni sekarang.
SAMBAL BALADO INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan
hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak
CARA PENYEDIAAN:
Kisarkan kesemua bahan kecuali gula, garam, dan minyak.
Kisarkan jangan terlalu lumat, pastikan nampak serdak cili tu.
Panaskan minyak.
Masukkan bahan kisar tadi masak sehingga kering untuk tahan lama.
Masukkan gula dan garam sesuai rasa.
Dah siap! Boleh simpan dalam bekas dan letak di bahagian chiller bukan sejuk beku boleh tahan dua minggu.
Wow… enaknya sajian Ikan Bawal Stim Chinese Style ni. Bagi anda yang sukakan hidangan yang sedap, ringkas dan lebih sihat, sajian kukus sebegini adalah yang terbaik. Malah bahan-bahannya juga tidak terlalu banyak digunakan. Sangat sederhana tapi penuh dengan rasa. Jom cuba resipi perkongsian saudari Raja Azreen ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK IKAN BAWAL STIM CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan Bawal Emas – dibersihkan Halia – hiris batang mancis 1 tangkai daun bawang – hiris / batang bawang dimayang Cili padi secukupnya – hiris 7-8 ulas bawang putih – cincang
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang menggunakan api kecil hingga kuning keemasan. Tutup api.
2. Letak ikan dalam bekas untuk mengukus dan masukkan hirisan batang bawang. 3. Tabur juga hirisan halia. Kukus ikan selama 5 minit. 4. Buka penutup kukusan dan tuang sos dan juga bahan goreng tadi. Taburkan juga hirisan daun bawang dan cili. Kukus ikan hingga masak sepenuhnya. 5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Ramai peminat pekasam yang tercari-cari macam mana lagi cara nak buat pekasam jadi lebih sedap dan menyelerakan. Bukan setakat digoreng, tapi pekasam sebenarnya boleh dijadikan kerabu. Bagi menambah lagi rasa pekasam, boleh tambahkan ulam petai dalam masakan pekasam. Rasanya? Jangan cakaplah, memang sedap!
PEKASAM DAGING MERECIK PETAI
Resipi olahan : FATIMAH BINTI NGAH
Bahan-bahan
1 peket pekasam daging (potong kecil)
2 papan petai (anggaran 1 mangkuk kecil)
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Bahan-bahan tumis
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit minyak
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng pekasam daging bersama serbuk beras pekasam sehingga garing. Ketepikan.
2. Dalam kuali berasingan, goreng petai dengan sedikit minyak.
3. Kemudian masukkan bahan tumis dan goreng sebentar.
4. Masukkan pekasam daging yang telah digoreng sebentar tadi.
5. Gaul sehingga rata.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.
KERABU PEKASAM DAGING MERECIK
Bahan-bahan
KERABU PEKASAM DAGING MERECIK
Bahan-bahan
Sepeket pekasam daging
1 biji bawang merah,
1 kuntum bunga kantan
Sedikit daun ketumbar
1 biji tomato
Cili api secukupnya
2 batang serai
Sedikit daun limau nipiss
Sedikit perahan air limau nipis
Garam secukup rasa
Cara membuat
1. Potong kecil Pekasam Daging Merecik dan goreng sehingga masak.
2. Tos dan ketepikan.
3. Racik halus bawang merah, bunga kantan, daun ketumbar, tomato, cili padi dan serai. Gaul semua yang telah diracik bersama dengan pekasam.
4. Tuang perahan air limau nipis semasa menggaul.
5. Perasakan dengan sedikit garam.
6. Siap dan sedia untuk dihidang.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.