Asam Pedas Utara atau asam pedas rebus adalah jenis kuah yang dimasak cair. Rasa kuahnya masam-masam pedas.
Sesuai dimakan bersama nasi panas-panas dengan ulam-ulaman, sambal belacan atau ikan kering. Yang paling menariknya kuahnya boleh dihirup sehingga titisan kuah yang terakhir.
Jom kita cuba resipi daripada Mohd Rozmie dengan cara masakan yang sangat mudah.
RESIPI CARA BUAT ASAM PEDAS UTARA
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung
1 batang serai – beli online di sini
Sedikit daun kesum
1 tangkai bunga kantan
3 @ 4 keping asam keping – beli online di sini
Bendi
1 biji tomato
BAHAN KISAR HALUS:
6 ulas bawang merah – beli online di sini
12 tangkai cili kering – beli online di sini
1 inci belacan – beli online di sini
TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
TONTON Minit Ekspress: Sup Telur Maggi ®
CARA-CARA:
1. Cili kering sebelum dikisar, perlu direbuskan terlebih dahulu. Kisar halus bawang merah, cili kering dan belacan.
2. Masukkan bahan kisar halus mulus ke dalam periuk kesayangan (tanpa minyak), dan jangan lupa buka api.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Tambahkan 2 mangkuk air atau mengikut sukatan kuah yang diinginkan.
4. Masukkan ikan kembung yang telah dicuci bersih. Masukkan serai yang telah dititik.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
5. Masukkan bunga kantan yang telah dibelah dua. Masukkan daun kesum. Bahan yang perlu ada untuk masak asam pedas utara ini.
6. Masukkan 3 keping asam keping. Kalau nanti kurang masam, tambahkan lagi asam keping. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup tudung periuk dan kecilkan api. Biarkan bahan masakan mendidih dan ikan masak elok.
8. Bila sudah mendidih dan ikan pun masak, masukkan bendi dan tomato serta terus tutupkan api. Biarkan bendi dan tomato layu dalam suhu periuk yang panas ini.
9. Dah siap asam pedas utara. Sedapnya bila dapat hirup kuah asam pedas ni.
Kredit resipi: Mohd Rozmie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Nasi Goreng Cina Paling Ringkas Tapi Sedap
Nasi Goreng Cina memang sedap dan menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Menu ini andai dinikmati di restoran masakan cina, memang terasa sedapnya kan? Ini kerana penggunaan bahan-bahan seperti udang dan juga minyak bijan memberikan rasa yang lebih enak serta aroma yang memukau. Jom cuba masak menu ni untuk keluarga. Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK NASI GORENG CINA SEDAP LETAK UDANG
BAHAN-BAHAN:
- Nasi sejuk
- Udang, kupas kulit – kalau tiada udang boleh ganti dengan isi ayam
- Seikat daun bawang – hiris halus
- 1 batang lobak merah – hiris dan potong halus
- 2 ulas bawang putih – cuci bersih dan ketuk – beli online disini
- 1 biji telur ayam
- Minyak masak, garam dan lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali.
2. Pecahkan telur dan kacau sehingga keseluruhannya berwarna kuning.
3. Biarkan selama dua minit.
4. Kemudian angkat dan simpan tepi.
5.Tambahkan sesudu minyak masak ke dalam kuali tadi dan tumiskan bawang putih bersama kulit.
6. Biarkan seketika sehingga bawang putih keperangan kemudian angkat dan ketepikan. Bawang putih digoreng hanya untuk mendapatkan aromanya.
7. Masukkan udang dan biarkan ianya masak.
8.Masukkan lobak merah.
9. Masukkan daun bawang.
10. Masukkan telur hancur.
11. Gaul sebati.
12. Masukkan nasi putih dan gaul.
13. Masukkan sedikit lada sulah dan garam halus mengikut citarasa.
14. Siap untuk dinikmati.
INFO: Tip untuk nasi goreng sedikit lembut, tambahkan sesudu air ke atas nasi goreng yang sedang dimasak. Wap yang terhasil akan melembapkan nasi goreng.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Lidah Buaya @ Tiram, Resipi Rangup DiMakan
Kuih lidah buaya atau terkenal juga dengan nama kuih tiram memang garing dan rangup. Kuih bersira gula ni memang seronok untuk dikenyang. Boleh jadi kudapan dan kerepek enak bila-bila masa pun.
Ni resipi yang dikongsikan oleh Nazir Abd Aziz, resipi kuih lidah buaya @ tiram mudah dan yang paling penting bila makan krap krup bunyinya. Simpan dalam bekas kedap udara, boleh lah tahan lama sedikit kan.
KUIH TIRAM
BAHAN-BAHAN
- 1kg tepung gandum
- 2 cawan air
- 1 cawan marjerin(mentega)@ minyak masak
- 1sudu teh garam
- 1/2 cawan tepung ubi kayu
- 1/2 cawan minyak untuk dicampur bersama tepung ubi kayu
- 1 1/2 cawan gula dikisar menggunakan blender kering supaya betul-betul halus.
CARA MEMASAK :
1. Cairkan marjerin masukkan dalam bekas loyang, kemudian gaul dengan tepung gandum hingga sebati.
2. Selepas itu masukkan air yang telah dicampur dengan garam ke dalam tepung tadi kemudian uri hingga menjadi doh.
3. Sekiranya doh masih lagi keras tambahkan sedikit air
4. Bila doh dah sebati ambil sedikit demi sedikit kemudian canai hingga nipis, nipisnya lebih kurang macam buat karipap mini , jangan terlalu tebal nanti tak rangup.
5. Lepas tu doh yang telah dicanai nipis tadi disapukan tepung ubi kayu yang telah dicampur bersama minyak masak keatasnya sehingga rata(tepung ubi kayu tadi jangan terlalu pekat sangat,,sekiranya pekat tambah minyak masak sedikit kacau sehingga cair supaya senang untuk disapu atas doh tadi.
6. Bila dah siap sapu tepung ubi kayu tu kemudian gulung doh tadi dan bolehlah dipotong kecil-kecil menggunakan gunting atau pisau.
.
7. Canai sekali lagi doh yang telah dipotong kecil satu persatu dgn perlahan saja,sekali canai cukuplah tak perlu byk kali.
8. Goreng dgn api sederhana, angkat dan sejukkan.
.
9. Bila kuih dah betul betul sejuk, barulah dilumurkn dengan gula halus tadi.
.
Perkongsian : Nazir Abd Aziz
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
7 Kuih Tradisional Berbalut Daun Pisang…Selamat & Wangi Aromanya
DAN JUGA RESIPI INI :
DAN JUGA VIDEO INI :
Aneka Resipi Puding Homemade Yang Mudah & Sedap Dimakan Sejuk
Puding memang enak dimakan sejuk. Pelbagai rasa dan rupa menjadikan manisan mudah ini menjadi pilihan ramai. BAgi anda yang suka sangat makan pudding, RASA kongsikan 12 jenis resipi puding dari instafamous tersohor Wan Zura Aishah yang boleh anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Mudah, cantik dan sedap. Berbaloi cuba.
1. PUDING TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar-agar bertali | Cuci dan rendam dalam 1 jam (beli online disini)
- 5 cawan air
- 1 cawan gula | boleh tambah lagi 1/4 cawan gula jika suka manis
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard (beli online disini)
- 2 cawan tembikai | potong dadu kecil, sukat 2 cawan
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna hijau
- 1 – 2 sudu kecil pewarna merah oil base
- Sedikit bijan hitam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau rata.
- Masukkan susu cair, kemudian masukkan tepung kastard. Kacau rata sehingga sebati, masukkan secubit garam.
- Kisar tembikai dengan 1/2 cawan adunan agar-agar yang dimasak sehingga hancur.
- Ambil 1 cawan adunan agar-agar warnakan hijau tuang dalam loyang/acuan. Biarkan beku seketika.
- Ambil lagi 1 cawan adunan agar-agar tuang di atas agar-agar hijau tadi. Biarkan adunan beku seketika.
- Tembikai yang telah di kisar kemudiannya di tuang ke dalam periuk agar-agar. Warnakan merah dan besarkan api semula. Kacau rata sehingga agar-agar itu mendidih. Tutup api.
- Terus tuang perlahan-lahan agar-agar tembikai di atas agar-agar sehingga habis. Biarkan beku/sejuk.
- Masukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam barulah dipotong ikut suka. Sedia untuk dimakan.
2. AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar-agar bertali | Boleh juga guna serbuk agar-agar 10gm @ 11gm
- 5 cawan air
- 1 cawan gula | Nak manis boleh tambah 1/4 cawan gula
- 1 kotak santan kara 200ml dan 1 cawan air | 2 cawan santan (beli online disini)
- 1 biji telur
- 3 helai daun pandan | simpulkan
- 1 sudu kecil pewarna hijau epal
- Sedikit esen vanilla | jika suka (beli online disini)
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata, kemudian masukkan daun pandan serta pewarna hijau, kacau biar sekata.
- Pecahkan telur di dalam santan, kacau sebati (gunakan whisk)
- Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau. Masukkan sedikit esen vanilla serta sedikit garam, kacau seketika. Biarkan agar-agar ini mendidih dan membuak hingga kepermukaan periuk. Jangan usik dan tutup api. Keluarkan daun pandan.
- Tuang terus dalam loyang bulat 10 inci atau ikut acuan masing-masing.
- Biarkan sejuk, dengan sendirinya akan adunan akan terbentuk lapisan sama (atau selepas tuang adunan dalam loyang. Cuba gerak-gerakkan loyang kiri kanan seketika supaya agar-agar akan lebih mudah terbentuk dan lapisan akan sama besar.
- Simpan di dalam peti sejuk, potong dan boleh dihidangkan.
3. PUDING OREO
BAHAN-BAHAN:
- 10gm agar-agar serbuk
- 1/2 cawan air
- 1 1/4 cawan susu cair (beli online disini)
- 3 cawan susu segar
- 3/4 cawan gula (beli online disini)
- 15 biji oreo | 10 biji dikisar kering, 5 biji di patah kasar dan buang intinya
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar serbuk dengan air, susu cair, susu segar, gula dan garam hingga mendidih.
- Tuang separuh adunan agar-agar ke dalam serbuk oreo yang telah dikisar dan kacau hingga sebati.
- Masukkan ke dalam acuan/loyang, biarkan beku. Kemudian cakarkan sedikit adunan dengan garfu.
- Lapiskan dengan sebahagian lagi agar-agar yang bersusu.
- Tabur baki oreo yang dipatahkan dan sedia di sejukkan.
4. PUDING SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan sagu | direndam 1/2 jam (beli online disini)
- 4 cawan air | tambah air bila perlu
- 2 helai daun pandan
- Pewarna pilihan (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Bersihkan sagu, masak dengan air mendidih sentiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dan tiada sagu putih.
- Jirus dengan air paip, buang kanji. Sagu tadi di bahagikan kepada 2 bekas, tambah pewarna ikut suka dan biarkan sejuk.
KUAH:
- 2 tin susu cair
- Daun pandan
NOTA: Panaskan susu cair dan daun pandan biarkan sebentar, tutup api atau jika guna santan masukkan sedikit garam dan daun pandan. Panaskan sebentar (tak nak panaskan pun tak mengapa)
AIR GULA MELAKA:
- 1 ketul gula melaka | potong kecil (beli online disini)
- 1/4 cawan gula merah (beli online disini)
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Secubit garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Masak sampai agak pekat
- Campur sagu, air gula melaka, susu cair dan sejukkan sebelum dimakan.
5. AGAR-AGAR SIRAP LAICI
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar agar tali | cuci dan toskan
- 5 cawan air
- 1 cawan gula (beli online disini)
- 1 tin laici
- 2 cawan air tin laici | tak cukupboleh tambah air
- 2-3 sudu besar biji selasih | rendam dahulu dengan air panas
- Secubit garam
- Sirap rose (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau sehingga larut.
- Masukkan air laici tadi dalam periuk agar-agar dan kacau serata. Letakkan sedikit garam dan masak hingga mendidih. Tutup api.
- Acuan biru, susunkan laici setiap lekuk dalam acuan dan tuang agar-agar hingga paras laici atau lebih. Jika ada ruang bahagian laici yang kosong taburkan sedikit biji selasih dan biarkan sederhana beku.
- Lebihan agar-agar warnakan dengan sirap rose. Masukkan lebihan selasih tadi dan kacau rata.
- Agak-agak jika sudah sederhana beku agar-agar tadi, boleh tuang perlahan-lahan agar-agar sirap rose kesemuanya dn biarkan beku. Simpan dalam peti sejuk.
- Selepas 4-5 jam boleh keluarkan. Enak dan sedap di makan sejuk.
6. PUDING KACA
BAHAN A:
- 20gm agar agar tali | potong 2 dan guna separuh
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula (beli online disini)
- 1 tin susu cair (beli online disini)
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata.
- Masukkan susu cair, secubit garam dan kacau hingga sebati. Biarkan sebentar Sudah mendidih, tutup api.
- Bahagikan 3-4 bekas adunan agar-agar. Warnakan ikut suka dan biarkan beku/keras. Masuk dalam peti sejuk.
BAHAN B:
- Separuh agar agar tali
- 4 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1-2 helai daun pandan | simpulkan
- Sedikit gula batu
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula dan gula batu, kacau hingga sebati.
- Masukkan daun pandan dan secubit garam hingga serata dan tutup api.
- Agar-agar di dalam peti sejuk tadi dikeluarkan. Potong dadu kecil-kecil dan susun/tabur dalam loyang kesemuanya.
- Tuang agar-agar yang dimasak tadi di atasnya perlahan-lahan. Biarkan beku dan simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- Keluarkan puding itu dari loyang. Boleh potong ikut suka dan sedia untuk dihidang.
7. PUDING DRAGON FRUIT
BAHAN A:
- 20gm agar-agar tali | gunting dua dan guna separuh
- 2 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula atau lebih
- Dragon fruit/buah naga | belah dua dan ambil sebelah kisar hancur dengan 1 cawan air
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar dengan 2 1/2 cawan air hingga larut agar-agar dan masukkan gula.
- Kemudian masukkan dragon fruit yang siap dikisar tadi. Kacau rata. Masukkan secubit garam dan kacau lagi. Tuang adunan dalam acuan biru saiz kecil, biarkan beku/keras. Simpan di dalam peti sejuk.
BAHAN B:
- Separuh agar-agar tali
- 3 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 tin susu cair (beli online disini)
- 2 sudu tepung jagung | cairkan dengan sedikit air (beli online disini)
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau rata.
- Tuang susu cair, tepung jagung dan secubit garam. Sentiasa kacau, jika sudah sebati tutupkan api.
- Agar-agar dalam peti sejuk tadi di keluarkan dari acuan dan ketepikan.
- Tuang satu cawan adunan agar-agar susu dalam acuan saiz besar sedikit dan biarkan beku.
- Ambil agar-agar dragon fruit tadi dan masukkan dalam acuan besar. Kemudian baki agar-agar susu tadi dituang sehingga penuh acuan/menutupi agar-agar dragon fruit tadi.
- Bekukan dan simpan dalam peti sejuk lebih 2 jam kemudian keluarkan ia dari acuan. Sudap siap untuk di potong.
8. PUDING KACANG MERAH
BAHAN A:
- 10gm agar-agar tali
- 2 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula | nak manis tambah lagi gula
- 2 sudu besar tepung jagung | bancuh dahulu dengan sedikit air
- 1/2 cawan santan kotak dan 1/2 cawan air | Jadikan 1 cawan santan
- 2 helai daun pandan | simpulkan
- Secubit garam
- 1 tin kacang merah | tuang dalam penapis, lalukan bawah air paip. Tos dan asingkan.
- 1 cawan kacang merah
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama air hingga larut dan masukkan gula. Kemudian masukkan daun pandan, kacau sekata gula dan perlahankan api.
- Lebihan kacang merah di susun rata dalam acuan, tuang sesenduk/lebih agar-agar yang di masak tadi ke atas kacang merah, biarkan sederhana beku.
- Besarkan semula api. Lebihan agar-agar di dalam periuk campur dengan santan dan kacau sekata. Masukkan tepung jagung dan secubit garam, kacau tetapi jangan sampai mendidih, tuang santan atas agar-agar kacang merah tadi dan biarkan sederhana beku.
BAHAN B:
- 10gm agar-agar tali
- 3 cawan air
- 1/2 cawan gula |nak manis tambah lagi gula.
- 1 cawan kacang merah
- 1/2 cawan santan kotak dan 1/2 cawan air | jadikan 1 cawan santan
- 2 sudu besar tepung jagung (beli online disini)
- 2 helai daun pandan | simpulkan
- Secubit garam
- Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK:
- Kisar kacang merah, santan dan tepung jagung/kastard hingga hancur halus.
- Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula dan daun pandan. Kacau rata.
- Tuang bahan kisar dalam periuk dan kacau lagi sehingga sebati. Masukkan secubit garam, kemudian pewarna merah dan kacau serata. Agak-agak nak mendidih, tutup api.
- Tuang agar-agar kacang merah atas santan tadi dan biarkan beku/sejuk. Simpan dalam peti sejuk.
- Boleh keluarkan puding tadi dari acuan dan boleh di hidang. Pastikan puding ini di makan ketika masih sejuk.
9. PUDING SANTAN PELANGI
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar-agar tali | rendam 1 jam lebih
- 1 cawan gula | boleh tambah jika suka manis
- 1 cawan santan pekat/santan kotak (beli online disini)
- 5 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Sedikit gula batu
- Sedikit garam
- Pewarna kesukaan
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar dengan lima cawan air hingga larut.
- Masukkan gula, gula batu dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tutup api.
- Bahagi 2 periuk:
- Periuk pertama, agar-agar kosong 3 1/2 cawan.
- Periuk kedua, agar-agar kosong 2 1/2 dan 1 cawan pekat
- Periuk kedua, masak sebentar di atas api. Jangan terlalu lama untuk menggelakkan santan berketul.
- Basahkan loyang/acuan.. Ambil dalam dua senduk agar-agar kosong. Warnakan dan tuang ke dalam loyang.
- Nampak sudah sedikit keras agar-agar tadi, tuangkan pula dua senduk agar-agar bersantan. Buat berselang-seli hingga habis. Jangan lupa setiap layer agar-agar kosong warnakan dengan pewarna kesukaan.
- Boleh sejukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam keatas, boleh di potong.Sedia untuk dimakan.
NOTA: Buat setiap layer nipis dan guna loyang kecil. Jika ingin tebal, tuang lebih atau agar-agar ini boleh di buat 2 adunan. Satu masak untuk agar-agar kosong dan satu lagi agar-agar bersantan. Kena tambah apa yang patut.
10. PUDING KIWI LAPIS
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar-agar tali | basuh dan rendam dengan 4 cawan air lebih 1 jam
- 2 biji buah kiwi
- 1 cawan gula | boleh tambah gula jika suka manis
- 1 tin susu cair (beli online disini)
- 1 cawan air
- 3 helai daun pandan | Simpulkan
- Secubit garam
- Pewarna hijau
CARA MEMASAK:
- Sebiji buah Kiwi di buang kulit dan kisar dengan satu cawan air hingga hancur.
- Masak agar-agar yang di rendam tadi sehingga larut agar-agar. Masukkan gula dan daun Pandan. Kacau rata.
- Tuang buah kiwi yang telah di kisar dalam periuk agar-agar. Kacau rata. Masukkan susu cair dan kacau, masukkan secubit garam dan biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
- Basahkan loyang/acuan. Susun hirisan buah kiwi di dalam loyang. Tuang sedikit adunan agar-agar tadi untuk menutup buah kiwi dan biarkan beku.
- Lebihan adunan bahagi kepada 2 bekas. Satu untuk hijau muda dan satu lagi untuk hijau pekat.
- Guna senduk berlekuk bulat untuk tuang adunan agar-agar. Setiap lapis tuang dua senduk. Jangan tunggu sehingga keras baru nak tuang lapisan yang lain. Anggarkan jika lihat adunan seperti membeku baru tuang..Tidak perlu buat banyak lapis. Cukup dua lapis pun cantik.. Ikut kreativiti sendiri.
- Bila adunan sudah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. 2-3 jam kemudian boleh siap di potong dan di hidang.
11. PUDING SELASIH
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 1/2 peket serbuk agar-agar | 10g – 11g
- 1 tin susu cair (beli online disini)
- 1 cawan air
- 1/2 cawan gula | boleh tambah gula jika suka manis
- Secubit garam halus
CARA MEMASAK:
- Masak air dan masukkan serbuk agar-agar dan gula, masak hingga larut gula.
- Tuang susu cair dan kemudian masukkan garam secubit. Kacau sebati.
- Masak hingga mendidih kemudia tutup api. Tapis dan tuang ke dalam loyang atau acuan yang di basahkan dengan air.
- Biarkan ia mengeras.
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1/2 peket serbuk agar-agar | 10g – 11g yang berbaki tadi
- 3 cawan air
- 3/4 cawan gula |boleh kurangkan sedikit gula
- 3 sudu besar biji selasih (beli online disini)
- 2 sudu besar pati sirap ros | Nak warna pekat lagi boleh tambah
- 4 helai daun pandan | Simpulkan
- Secubit garam halus
CARA MEMASAK:
- Sebelum itu rendam biji selasih selama 2 jam lebih (bagi ia kembang)
- Didihkan air, masukkan serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tuang pati sirap ros. Kacau rata dan masukkan daun pandan dan secubit garam.
- Biarkan mendidih seketika. Tutup api, tapis adunan dan tuang dalam bekas biji selasih. Kacau sebati
- Sebelum tuang, cakar-cakarkan dulu permukaan agar-agar tadi. Baru tuang agar-agar selasih di atasnya.Biarkan mengeras dan sejukkan dalam peti sejuk dalam 2 jam lebih.
- Sedia di potong dan di hidangkan.
12. PUDING ROTI CERIA
BAHAN A:
- 20gm agar-agar bertali
- 5 cawan air
- 1 cawan gula
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama air hingga larut.
- Masukkan gula dan kacau sehingga rata.
BAHAN B:
- 8 keping roti massimo/gardenia | gunting kecil
- 1 tin susu cair (beli online disini)
- 1 biji telur
- 2 sudu besar susu pekat manis (beli online disini)
- 2 sudu besar mentega | cairkan dulu atas api perlahan (beli online disini)
- 1 sudu besar tepung kastard (beli online disini)
- 1 sudu kecil esen vanilla (beli online disini)
- Pewarna
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus.
- Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau sehingga sebati. Sentiasa kacau sehingga mendidih (elak ianya berketul) dan tutup api
- Ambil 3 cawan puding tadi dan tuang di dalam loyang yang telah dibasah dengan air. Bekukan seketika.
- Asingkan lagi 3 cawan adunan puding ke dalam bekas dan ketepikan.
- Lebihan adunan bahagikan pada 5 bekas sama banyak. Warnakan ikut suka.
- Tuang adunan berwarna guna sudu satu-satu atas puding tadi sehingga habis (letak/susun adunan warna cara memanjang berselang seli. Bertindan-tindan sehingga habis)
- Akhir sekali, ratakan adunan asal tadi (yang 3 cawan) ke atas puding berwarna. dan ratakan keseluruhan atas puding. Sejukkan dalam peti sejuk.
- Selepas 2 jam, cungkil di bahagian tepi-tepi puding dan telangkupkan atas pinggan rata perlahan-lahan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Wan Zura Aishah @dapur_kakzura
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Rangup Tanpa Guna Air Kapur
https://www.rasa.my/cara-mudah-buat-fbebola-ikan-homemade-sedap-hanya-guna-5-bahan/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official