Jangan ingat sibuk di depan kamera, Dilla Ahmad tidak sempat ke dapur ye… Bila ada kesempatan rehat tanpa lakonan, dia tetap masuk dapur menyediakan hidangan yang ringkas dan mudah untuk keluarga. Tak percaya? Ini dua menu yang dikongsikan oleh Dilla dengan RASA yang anda semua boleh cuba.
AYAM BRIANI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | gaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam
- 3 sudu makan rempah briani
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan kismis
- 3 sudu makan bawang goreng
- 3 sudu makan puri tomato
- 2 sudu makan sos cili
- 1 biji tomato | belah enam
- 1 pokok daun ketumbar | botong 3-4cm
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 4cm halia
- 5 biji cili hijau
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian masukkan rempah briani yang dibancuh dengan sedikit air, kemudian tambah dengan puri tomato dan sos cili.
- Seterusnya, masukkan ayam, bawang goreng, kismis, daun ketumbar dan santan.
- Kacau atas api sederhana sehingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Akhir sekali masukkan tomato, dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Selepas beberapa minit bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi beriani.
CUCUR BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 250gm bawang besar | cincang
- 1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
- 1/2 cawan hirisan daun bawang
- 1 biji telur
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk, kecuali telur dan air. Gaul rata.
- Seterusnya masukkan telur dan air secukupnya.
- Adun adunan tepung hingga sebati.
- Panaskan minyak, dan goreng cucur hingga kekuningan.
- Angkat dan hidangkan bersama sos cilia tau kuah kacang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Chef Shan Pakar Sajian Eropah Dengan ‘Asian Twist’. Nak Cepat Pandai, Kena Berani Mencuba
Banyak yang istimewa tentang diri Chef Shan ini. Eksekutif Chef di The Pearl Hotel Kuala Lumpur ini pakar dalam masakan Eropah dan Barat dengan sentuhan ‘Asian Twist’. Dia sendiri sudah mencipta ribuan resipi yang mengambil inspirasi dari barat dan Eropah selama 22 tahun dalam bidang ini.
Demi menimba ilmu memasak Chef juga pernah merantau ke Jogjakarta untuk belajar sajian Indonesia.Paling mengagumkan dia meraih pengalaman bekerja di Ireland yang turut memberinya inspirasi menghasilkan sajian barat dan Eropah ‘with Asian Twist’.
Uniknya menu seperti ini adalah walaupun asalnya adalah makanan barat tetapi Chef Shan memberi ‘Asian Flavour’ dengan menggunakan ramuan
rempah ratus dan herba Asia. Trial and Error belajar dari kesilapan adalah perkara biasa dalam mencipta resipi.
Gemar mengembara menurutnya pengalaman manis di luar negara adalah dapat menikmati pelbagai makanan dan bertukar ilmu dengan chef luar negara.
Di usia 17 tahun , Chef Shan sudah mula bekerja dalam dunia masakan. Anak kelahiran Muar, Johor ini sudah boleh memasak sejak berusia 16 tahun lagi. Semuanya dipelajari dari ibu dan kakaknya.Kedua ibu dan kakaknya juga mahir masakan Melayu dan Nyonya , mereka satu-satunya keluarga India di perkampungan Melayu di Jalan Ismail, Muar.
Bermula karier dari ‘kitchen helper’, kini sebagai Eksekutif Chef di The Pearl Hotel Kl terdapat lebih 50 kakitangan di dapur hotel di bawah seliaannya. Termasuk cold kitchen, butchery, Malay Kitchen dan pasti yang memerlukan bimbingannya.Sikapnya yang mudah didekati mungkin menjadi faktor mengapa pasukan kerja Chef sungguh mantap.
Berikut senarai pengalaman kerjayanya sebagai Chef sebelum sampai ke tahap kini:
1.May 2017 – kini, Eksekutif Che, The Pearl Hotel KL
2.Feb 2017-Mei 2017, Konsultan Chef, The Barzz Pub and Restaurant Bukit Jalil, KL.
3.Nov 2016 – Jan 2017, Konsultan Chef, Melody Modern Indian Cuisine, Menara Haw Par, KL
4.2014-2016, Chef Eksekutif Kumpulan, Movida’s Group
5.2013 -2014, Penolong Chef , The Cottage Restaurant Jamestown, Carrick-on Shannon , Ireland
6.2012 -2013, Ketua Chef, Poo Doo Restaurant and Bar
7.2012, Konsultan Chef ( 6 bulan khidmat runding penubuhan restoran), Frontpage Sports Bar and Restaurant, KL
8.2012, Konsultan Chef (3 bulan khidmat runding penubuhan restoran), The Balcony, Kl
Prinsipnya untuk berjaya dalam bidang ini kena ‘Rajin Belajar dan Berani Mencuba’. Petua memasaknya mudah sahaja ‘Memasaklah Dengan Ikhlas’, barulah masakan gerenti sedap.
Nah, ni resipi sentuhan dari nya, cubalah
SKILLET GROUPER WITH ORANGE SALSA, WILTED SPINACH, PEAS AND GAZPACHO PUREE
BAHAN-BAHAN :
Bahan ikan :
- 2 keping isi ikan kerapu ( 200 gm tiap satu)
- 2 sudu makan minyak
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- Secubit gula perang
- 1 sudu teh parutan halia
- 1 sudu teh parutan bawang putih
Bahan salsa oren :
- 1 biji oren | dikupas, dibuang biji dan potong dadu
- 1 biji tomato | dikupas, dibuang biji dan potong dadu
- 1 biji lada benggala hijau | dipotong dadu
- 1 biji lada benggala merah | dipotong dadu
- 1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 1/2 biji lemon | diambil jus
- Secubit garam
- Secubit lada hitamBahan puri gazpacho :
- 1 biji lada benggala merah panggang
- 1 biji tomato
- 1 biji timun | dibuang biji
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu makan daun ketumbar cincang
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- 1 sudu makan cuka
1/2 cawan kacang hijau @green peas
Bayam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Perasakan isi ikan dengan parutan halia, bawang putih, gula perang , gula, garam dan lada hitam.
2. Panaskan minyak dan masukkan ikan , masakkan sekali lalu kedua belah (cukup sekadar lecur)
3. Sementara itu masukkan semua bahan yang dipotong dadu untuk salsa di dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Masukkan juga jus lemon, garam dan lada hitam, kacau sebati. Ketepikan.
4. Di dalam kuali yang lain masukkan semua bahan gazpacho dan biarkan mendidih, apabila mendidih kisar ke semua bahan.
5. Apabila puri gazpacho telah siap, tumiskan bayam dengan kacang hijau dengan sedikit mentega dan perisakan dengan garam dan lada hitam.
6. Hidangkan bayam di tengah pinggan dan letakkan ikan . Kemudian letakkan salsa di atasnya dan sudukan puri gazpacho di tepi pinggan untuk dimakan bersama sajian.
Saiz hidangan untuk 2 orang
Cara Buat Taufu Fa Homemade Sedap Macam Jual Di Bazar Ramadan
Suka makan Taufu Fa? Seronoknya kalau dapat buat sendiri manisan ni kan? Sekali buat, memang puas makan. Ni ada resipi perkongsian saudari Siti Zarina Jaidon yang mudah dan boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Hasilnya sama seperti Taufu Fa yang dibeli di Bazar Ramadan. Cubalah.
CARA BUAT TAUFU FA HOMEMADE
BAHAN A:
• 440 gm kacang soya – basuh dan rendam 5 jam. ( nak guna 500 gm kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya )
• 3200 ml air
CARA MEMASAK:
1. Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton.
2. Sukat 3 liter air soya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 3 helai daun pandan dan didihkan.
3. Sentiasa kacau air soya supaya tidak hangit dan melimpah.
4. Setelah air soya dirasakan cukup masak, tapis dalam satu bekas yang senang untuk dipegang. Contohnya; jug air.
BAHAN B ( CAMPURAN GDL):
• 1 1/2 sudu teh GDL (beli online disini)
• 1 sudu besar + 1 sudu teh tepung jagung (beli online disini)
• 3 sudu besar air soya yang belum dimasak
CARA MEMBUAT:
1.Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B. Kacau rata hingga sebati.
2.Sudu yang digunakan untuk menyukat bahan adalah sudu untuk sukatan kek. Boleh diperolehi di bakeri.
CARA MEMBUAT TAUFU FA:
1. Sediakan satu bekas . Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug.( seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Taufu Fa halus)
2. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas.
3. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang dah siap campur tu.
4. Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk.
5. Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Tau Fu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.
6. Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka.
BAHAN AIR GULA – kuantiti agak-agak
• Air
• Gula/gula melaka
• Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis.
2.Tapis dan sejukkan.
INFO:
• Pastikan air soya cukup masak. Jika tidak, taufu fa akan jadi kurang sedap.
• Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone). Fungsinya untuk membekukan air soya.
• Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.
GDL ( glucono-delta-lactone)
Kredit resipi & foto: Siti Zarina Jaidon
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Telur Bungkus Inti Ayam Yang Sedap & Mudah Buat Untuk Berbuka
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
6 Menu Nasi Tumis Super Sedap,Istimewa Aidil Fitri
Bosan dengan nasi putih je, apa kata hujung minggu ni anda masak nasi bertumis untuk memberikan kelainan rasa. Ini ada enam menu nasi yang ringkas dan kebanyakan bahan-bahannya ada di dapur anda. Pilih je mana yang anda dan keluarga suka.
Belum cuba belum tahu, dah cuba nak buat lagi… Jadi jomlah kita masa aneka nasi yang super ringkas dan sedap ni. Nasi ni juga boleh dimasak sebagai juadah di Hari Raya nanti.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
- 1kg beras bashmati | rendam 30 minit, tos
- 1 liter air
- 1 cawan susu cair
- 2 helai daun pandan
- 1 cawan puri tomato
- 3 sudu minyak sapi
- 2 sudu minyak masak
- 1 sudu makan serbuk perasa ayam
- Garam secukup rasa
BAHAN HIRIS:
- 3cm halia
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
BAHAN PENUMIS:
- 4 kuntum bunya cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.
2. Masukkan puri tomato, air, susu cair, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
3. Seterusnya masukkan beras dan daun pandan.
4. Tutup periuk dan masak seperti nasi biasa.
NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras basmathi | rendam 30 minit & toskan
- 6 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 3 sudu mentega
- 1biji bawang besar | kisar
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 2cm halia | kisar
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu makan serbuk perasa ayam
- 1/2cawan kismis | goreng
- Garam secukup rasa
Rempah Penumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dalam periuk, tumiskan bahan penumis bersama daun pandan hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
- Masukkan beras yang telah direndam tadi, kacau rata. Masukkan air dan susu cair serta serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
- Biarkan seketika tutup periuk dan biarkan masak lebih kurang 20 minit.
- Sebelum angkat masukkan kismis yang telah digoreng menggunakan mentega.
- Kacau rata, dan tutup semula. Biarkan dalam 5 minit lagi.
- Nasi sedia dihidangkan bersama
NASI HUJAN PANAS
BAHAN-BAHAN:
- 1kg berasa basmathi | rendam 30 minit dan toskan
- 1liter air
- 200ml susu cair
- Pewarna merah, kuning dan hijau
- Daun pandan
- Garam secukup rasa
- 3 sudu makan mentega
- 2 sudu makan minyak masak
BAHAN PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan cairkan mentega dalam periuk.
- Tumiskan bahan penumis dan hirisan hingga kekuningan dan wangi.
- Masukkan beras, air, susu dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan dalam periuk elektrik dan masak seperti nasi biasa.
- Bila air nasi sudah kering dan hampir masak. titiskan pewarna merah, hijau dan kuning. Biarkan seketika.
- Apabila nasi sudah masak gemburkan nasi untuk memberikan nasi dengan warna warni.
NASI JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras basmathi
- 1 liter air
- 1 cawan susu cair
- 3 sudu makan minyak sapi
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 cawan jagung dalam tin
- 1/2cawan krim jagung dalam tin
- 2 helai daun pandan
- Garam secukup rasa
BAHAN HIRIS:
- 10 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN PENUMIS:
- 2 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 6 biji buah pelaga
- 6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi. Tumis bahan hiris dan rempah penumis hingga naik bau.
- Masukkan susu dan air serta garam secukup rasa.
- Biarkan mendidih. Masukkan beras , jagung dank rim jagung.
- Kemudian perasakan dengan garam secukupnya.
- Tutup periuk nasi dan masak seperti biasa.
- Masak hingga air kering.
NASI SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg beras basmathi |rendam 30 minit dan tos
- 1 liter air
- 6 batang serai |hiris
- 1 sudu makan serbuk pati ayam
- 1 cawan bawang goreng
- 2 helai daun pandan
- Garam secukup rasa
- 3 sudu makan mentega
- 2 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRIS:
- 10 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN PENUMIS:
- 2 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 6 biji buah pelaga
- 6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk nasi, tumiskan bahan penumis dan bahan hirisan hingga wangi.
- Masukkan daun pandan, sedai, air , serbuk pati ayam dan garam.
- Bila air mendidih masukkan beras.
- Tutup periuk dan masak seperti nasi biasa.
- Bila nasi masak taburkan bawang goreng .
- Nasi sedia dihidangkan.
NASI DALCA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras basmathi |rendam 30 minit, tos
- 1 liter air
- 3sudu makan minyak sapi
- 3 sudu makan minyak masak
- 2helai daun pandan
- 1sudu makan serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
BAHAN HIRIS:
- 1biji bawang besar
- 2ulas bawang putih hiris
- 3cm halia
BAHAN PENUMIS:
- 6kuntum bunga cengkih
- 2batang kayu manis
- 4biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi dan tumis bahan hirisan bersama rempah penumis hingga naik bau.
2.Masukkan air secukupnya, daun pandan, garam, serbuk pati ayam, dan beras
3. Kacau rata dan tutup periuk, masak nasi seperti masak nasi biasa.
4. Apabila masak, nasi sedia dinikmati.