Nak goreng bendi kena tahu cara yang betul. Jika tidak sayur ini akan berlendir. Ini menyebabkan bendi jadi lembik dan kurang rangup. Tak syok makan.
Untuk elakkan sayur bendi yang digoreng ini jadi sedemikian boleh ikut tip yang dikongsi oleh Mohd Rozmie.
Tip goreng bendi supaya tak berlendir semasa digoreng
Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh keringkan dengan tisu dapur. Jangan dipotong lagi bendi tersebut.
Ads
3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
4. Waktu masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal bendi akan lebih berlendir
5. Selepas masukkan bendi dalam kuali, besarkan api, goreng dalam keadaan api sedikit besar.
6. Jangan dimasukkan air dalam bendi yang digoreng, sebab bendi itu sendiri akan berlendir. Kalau ditambah air menyebabkan lendir makin banyak.
Cara masak bendi goreng bilis yang sedap dan segar
Bahan-bahannya:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih (ketuk/ potong kasar)
1 biji cili merah (potong serong nipis)
Garam
Cara membuat:
1. Panas minyak dalam kuali.
2. Masukkan bilis dan goreng bilis sehingga keperangan.
Ads
3. Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
4. Bila tauhu keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ini garing sedikit. Masukkan sedikit garam, sesuaikan rasanya. Garam jangan lebih kerana bilis dah masin.
5. Masukkan bendi yang dah dipotong dan cili merah, baru dibesarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi.
6. Siap
Ads
Tip lain untuk elak bendi berlendir
Boleh masukkan 2-3 hiris asam keping atau air asam jawa.
Teringin nak merasa makanan kampung. Masak lemak kuning sayur ini memang enak di nikmati, cara memasaknya mudah dan menjadi lauk kegemaran tak kira muda atau pun tua.
MASAK LEMAK KULAT SISIR DAN PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk kulat sisir (direndam terlebih dahulu)
1 ikat pucuk paku
1 kotak santan
2 batang serai – diketuk
Sehelai daun kunyit – dihiris halus
Sekeping asam gelugor/keping
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air jika perlu
BAHAN KISAR:
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 1/2 inci kunyit hidup
15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama santan, serai, asam keping dan daun kunyit.
Masak dan kacau perlahan. Pastikan selalu dikacau untuk mengelak pecah minyak
Kemudian, setelah mendidih masukkan kulat dan pucuk paku. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula.
Setelah kuah pekat tutup api dan hidangkan.
REBUNG MASAK LEMAK CILI API PEDAS
BAHAN-BAHAN:
300 gram rebung
250 gram udang
3 batang serai – diketuk
3 helai daun kunyit – disiat
1 keping asam keping
1 liter santan cair segar
1 biji santan
Garam dan gula secukupnya
Bahan yang perlu dikisar
20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
setengah inci kunyit hidup
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan.
Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan segar serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati. Teruskan mengacau untuk mengelakkan santan menjadi berketul/berbiji2.
Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak.
Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
Siap untuk dihidangkan.
PUCUK UBI MASAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg tempoyak
bahan perasa secukupnya(garam)
BAHAN DITUMBUK/DIKISAR:
2 inci kunyit hidup
20 biji cili api(ikiut kepedasan masing2)
BAHAN DIHIRIS HALUS:
1 cekak pucuk ubi kayu
1 ikat daun mengkudu
1 ikat daun kaduk
5 helai daun kunyit
4 batang serai
CARA MEMASAK:
Masukkan kunyit,cili api(ditumbuk @dikisar) ,tempoyak serta santan pekat ke dalam periuk berisi air
Didihkan dan kacau perlahan lahan
Kemudian,masukkan bahan yang dihiris halus tadi lalu kacau hingga mendidih
Masukkan bahan perasa secukupnya.
Sedia untuk dihidang
PUCUK PAKU MASAK LEMAK
BAHAN_BAHAN:
2 ikat pucuk paku
2 biji keledek oren- dipotong sederhana
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 batang serai – diketuk
3 ulas bawang putih-dikisar
2 ulas bawang merah- dikisar
5 tangkai cili padi hijau- dikisar
1 inci kunyit hidup- dikisar
sedikit garam, gula, ajinomoto
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersamam serai, air dan santan. Tunggu sehingga mendidih.
Masukkan ubi keledek dan masak sehingga ubi empuk.
Seterusnya masukkan bahan perasa kacau sebentar.
Akhir sekali masukkan pucuk paku.
Masak sehingga pucuk paku empuk.
Sedia untuk dihidang.
NANGKA MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 kg nangka muda yang telah siang disiang
5 – 6 ketul tulang ikan kurau masin yang masih berdaging
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1.5 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
25 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
CARA MEMASAK:
Nangka mudah dicelur hingga 1/2 empuk, toskan. Tulang ikan kurau dicuci, kemudian rendam selama 1 jam. Ketepikan.
Masukkan nangka ke dalam periuk bersama serai dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan tulang ikan kurau masin (toskan) dan asam gelugor, kacau dan terus memasak hingga nangka empuk.
Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau jika anda ingin rasa yang lebih mantap, biar 1 -2 jam sebelum dihidangkan..
Asyik dengan menu lauk pauk, ini RASA kongsikan dua menu sayur kampung yang dari dulu sampai sekarang diminati. Ia tidak pedas dan sesuai juga untuk anak-anak. Kepada sesiapa yang ingin mencuba ini resipinya, sangat mudah disediakan tak sampai 20 minit ye…
KUBIS BULAT MASAK LEMAK PUTIH BAHAN-BAHAN:
350gm kubis |dihiris nipis
1 ulas bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
1 biji cili hijau | dihiris
10gm suhun | direndam
10gm fucuk |direndam
1 helai daun kunyit | dihiris
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Campurkan air bersama santan dan panaskan menggunakan api sederhana.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, cili dan daun kunyit. Biarkan mendidih.
3. Seterusnya masukkan kubis yang telah dihiris nipis. Masak sehingga lembut.
4. Akhir sekali, masukkan suhun, fucuk dan sedikit garam. Kacau sekata dan biarkan mendidih seketika.
5. Sedia untuk dinikmati.
PUCUK MANIS KELEDEK MASAK LEMAK PUTIH BAHAN-BAHAN:
450gm pucuk manis
2 biji keledek |potong kiub
1 biji bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
1 biji cili merah | dibelah dua
1 biji cili hijau | dibelah dua
1 helai daun kunyit | dihiris
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Campur air bersama santan dan panaskan di dalam periuk.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau dan daun kunyit.
3. Apabila mendidih, masukkan keledek dan biarkan sehingga lembut.
4. Kemudian masukkan pucuk manis dan perasakan dengan garam secukupnya. Bairkan sayur masak sepenuhnya.
5. Sedia untuk dinikmati.
Sebab terung dibelah empat supaya segala rempah ratus cepat meresap ke dalam terung. Kalau boleh guna terung yang bersaiz kecil atau sederhana untuk dapat hasil yang cantik.
PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
5 biji terung (belah 4)
3 biji Bawang kecil
2 ulas bawang putih
Seinci halia tua muda pon boleh
1 sudu udang kering
Secawan santan pekat
1 sudu kerisik
4 sekawan
Sesudu herba campuran
2 tangkai daun kari
3 sudu membukit serbuk kari ayam(bancuh dgn sikit air)
1 1/2 sudu gula
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk atau kisar bawang kecil, putih, halia dan udang kering.
Letak minyak dalam 2 senduk. Tumis sampai naik bau bersama 4 sekawan.
Selepas ada naik bau baru letak herba campuran, daun kari dan bancuhan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak baru letak gula.
Kemudian letak sidikit sahaja air. Bila sudah mendidih baru letak santan pekat dan kacau sebati.
Akhir sekali letak terung, garam dan serbuk perasa secukupnya.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira