Bila Ramadan semakin hampir ke penghujung,  apa kata anda sediakan pula lauk pauk  kampung yang ringkas tapi sedap sebagai hidangan  berbuka.   Atau boleh je dijadikan juadah raya nanti.  Rugi kalau tak cuba, sebab resipinya RASA kongsikan bersama ni ye.

Sedapnya, Berbuka Dengan Menu Kampung Ni !

 UDANG MASAK LEMAK BERSAMA UMBUT KELAPA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang  saiz XL  | bersihdan tos
  • 500gm umbut kelapa
  • 300 gm santan pekat
  • 200gm santan cair
  • 2 batang serai | ketuk
  • 2  keping gelugor
  • Garam  secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR:

Ads
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 10 biji cili api
  • 3cm kunyit hidup

 CARA MEMASAK:

  1. Paskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukan santan cair,serai dan asam gelugor.
  3. Setalah meneh dan umbut kelapa.
  4. Setelah umbut lembut, masukkan udang, diikuti santan pekat.
  5. Setelah mereneh dan udang bertukar kemerahan, perasakan dengan garam secukup rasa.
  6. Kecilkan api, biar mereneh seketika.
  7. Tutup api, gulai udang sedia dihidangkan.

Sedapnya, Berbuka Dengan Menu Kampung Ni !

ASAM PEDAS TENGGIRI & BENDI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm  ikan tenggiri | anggaran 2-3 keping
  • 1 batang serai | dititik
  • Sedikit belacan
  • 4 sudu makan  cili kisar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air biasa
  • 8-10 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
  • 4 biji bendi
  • 1 biji tomato | belah empat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak  untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, kacau lagi hingga mereneh.
  4. Tambahkan air, masukkan ikan dan biarkan kuah mereneh.
  5. Setelah mereneh, masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, masukkan kacang bendi dan tomato dan biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
  8. Tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.

Sedapnya, Berbuka Dengan Menu Kampung Ni !

Ads

SAMBAL CILI IKAN KELI WARISAN TOK WAN

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan keli saiz sederhana| bersihkan dan tos
  • 1 biji bawang Holland | hiris bulat
  • 1 batang serai | titik
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

Ads
  • 4 Ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 7 biji cili merah
  • 5 biji cili hijau

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan keli dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus dan sedikit tepung.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisardengan serai hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa, dan kacau lagi.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, masukkan ikan.
  8. Gaul rata dan tutup api.
  9. Sambal ikan sedia dihidangkan

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI