Ini satu lagi juadah sedap ketika berbuka puasa. Pemanis mulut tradisional yang cukup memikat hati salah satunya adalah sagu gula merah. Sedapnya dimakan sama ada panas ataupun sejuk. Rasanya manis dan kenyal-kenyal apabila digigit.
Bulan Ramadan ini, lepas selesai solat tarawih, bolehlah nikmati sagu gula melaka. Sambil berehat bersama keluarga tersayang, kan? Nah, RASA berikan resipinya.
Ads
SAGU GULA MERAH
Bahan-bahan
• 1 mangkuk sagu
• 1 tin susu cair (boleh ganti dengan 1 1/2 cawan santan)
• 1 cawan gula merah (boleh guna 1 ketul gula melaka)
• Pewarna merah
• Daun pandan
• Air
Cara Penyediaan Sagu
1. Panaskan air dalam periuk sehingga didih.
2. Masukkan sagu, pewarna merah dan daun pandan.
3. Biarkan sehingga sagu kembang dan masak. Kena selalu kacau untuk elak sagu hangit di bahagian bawah.
4. Selepas sagu masak, angkat dan tapis. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
Penyediaan Air Gula Merah
1. Masukkan air dan gula merah ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Selepas masak, tapis air gula tadi masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
Ads
Penyediaan Susu
1. Masukkan susu ke dalam periuk bersama sedikit air.
2. Panaskan sehingga mendidih.
3. Selepas mendidik, tutup api. Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Kalau guna santan, ikut cara yang sama juga dari nombor 1 hingga 3. Bezanya santan perah tidak perlu tambah air. Santan kotak perlu tambah air.
Cara Menghidang
1. Masukkan sagu terlebih dahulu ke dalam mangkuk.
2. Tuang gula merah dan susu.
3. Sedia dimakan.
Ada yang mengidam nak makan yang manis-manis? Enak juga kalau dapat puding jagung dimakan pula dengan susu coklat. Lebih sedap puding jagung ini disimpan di dalam peti sejuk dan dimakan sejuk. Nikmatnya akan terasa. Resipi ini dikongsikan oleh Roshima Ibrahim Shima dengan cara ringkas penyediaannya.
Masak agar dengan air hingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan gula pasir. Masak hingga gula betul-betul larut. Tutup api dan ketepikan dulu.
Dalam periuk lain, masakkan air, susu cair, susu pekat dan gula, Kemudian masukkan tepung kastard. Kena sentiasa kacau hingga mendidih sebab kalau biarkan nanti akan berketul-ketul.
Tapiskan agar-agar yang dimasak tadi ke dalam periuk puding. Kemudian masukkan jagung.
Masukkan bancuhan tadi ke dalam bekas lompang kalau nak nampak comel-comel. Kalau nak gunakan loyang pon boleh.
Biarkan puding sejuk. Kemudian baru boleh keluarkan dari acuan.
BAHAN SUSU COKLAT SAJI:
1/2 tin susu coklat
1/2 tin air masak.
CARA MEMBUAT:
Campur kedua-dua bahan. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Sedang-sedang sahaja.
Hidangkan di dalam mangkuk. Nikmati bersama puding jagung tadi.
Istimewa bagi pencinta kerepek, menu Rempeyek Bayam perkongsian saudari Haliza Jeran ni boleh dicuba. Nampak sedap dan rangup je. Malah bahan-bahan yang digunakan sangat mudah didapati. Bolehlah cuba buat untuk kudapan anak-anak di waktu petang.
RESIPI REMPEYEK BAYAM YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Daun bayam hijau secukupnya
2 cawan tepung beras
1 biji telur
5 ulas bawang putih – tumbuk halus
Biji ketumbar secukupnya – tumbuk
Udang geragau – jumlah ikut cita rasa masing-masing
Air secukupnya – cukup sekadar bila adunan agak boleh melekat pada daun
CARA MEMASAK:
1. Basuh daun bayam bersih-bersih. Tapis dan biar kering airnya.
2. Sediakan adunan tepung. Adun sebati dan pastikan tepung tidak berketul.
3. Ambil daun bayam dan celup dalam adunan tepung tadi.
4. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan berwarna keemasan.
5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Sedapnya makan Bahulu homemademudah ni panas-panas. Bahulu ni adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Jika dulu-dulu, kuih ni dibakar menggunakan sabut namun sekarang anda boleh hasilkannnya hanya dengan menggunakan ketuhar elektrik. Memang sedap kalau dapat makan panas-panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Maizura Ridzuanni. Pasti puas hati tengok hasilnya.
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat bahulu homemade ini, masukkan gula dan telur ke dalam bekas yang bersesuaian kemudian pukul sampai betul-betul kembang. 2. Kemudian masukkan tepung gandum dan esen vanila, kacau rata hingga semua bahan sebati. 3. Ambil acuan bahulu dan oleskan dengan sedikit minyak. 4. Tuang adunan bahulu dan masukkan ke dalam ketuhar.
5. Bakar menggunakan api atas dan bawah pada suhu 200c selama 12 minit atau sampai Bahulu masak sepenuhnya. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Tip masak kurma sedap, letak bawang goreng. Menurut Kamariah Hashim yang berkongsi resipi, ini adalah cara beliau praktikan setiap kali menyediakan masakan kurma baik kurma ayam atau daging.