Memang sedap sungguh makan udang goreng pedas yang dicampur dengan daun ketumbar. Tengok serdak udang yang garing ni pun dah nampak sedap, apa lagi dapat makan udang yang panas-panas pedas. Kena pula dengan nasi panas. Boleh buat sahur.

UDANG GORENG PEDAS  DAUN KETUMBAR

IKLAN

Sedapnya Bersahur Dengan Lauk Udang Goreng Pedas Daun Ketumbar

Sedapnya Bersahur Dengan Lauk Udang Goreng Pedas Daun Ketumbar

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gram udang saiz XL | buang kulit
  • 1/2 cawan tepung goreng ayam
  • 1 sudu kecil pati ayam
  • 6 ulas bawang putih | cencang
  • 2 biji cili merah | cencang
  • 1 sudu besar  chili flakes
  • 1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
  • Sedikit daun bawang | hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK

IKLAN

1. Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
5. Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang.
6. Tutup api dan kacau rata.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI