Bubur wadai kepeng atau bubur candil memang ada peminatnya tersendiri. Bahannya yang berasaskan tepung pulut, sangat mudah disajikan. Sesuai untuk minum petang.
Bubur Wadai Kepeng ini makanan warisan orang Banjar. Lazimnya, bagi orang Jawa pula akan memanggilnya Bubur Candil. Untuk menghasilkannya pun mudah sangat. Namun, rasanya memang enak sekali. Disebabkan itulah bubur ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Nak tahu cara membuatnya? Ikuti perkongsian resipi daripada Azuin Awin ini. Cuba tau. Memang sedap.
Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjengah tiba. Pasti kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka kuih raya yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang popular adalah Biskut Semperit Susu perkongsian saudari Leeina Qaliena ni. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.
BISKUT SEMPERIT SUSU
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega @ buttercup
1 cawan susu pekat manis
400gm tepung jagung
3 sudu makan tepung kastard
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu pekat manis dan mentega. Pukul atau gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sebati dan uli.
3. Uli campuran mentega dan tepung hingga menjadi doh. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga dapat tekstur doh yang sempurna.
4. Dengan menggunakan acuan pecah 15, tekan doh diatas dulang pembakar dan hias menggunakan cip coklat atau hirisan ceri.
5. Biarkan doh biskut selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit.
6. Bakar biskut pada suhu yang sama selama 15-20 minit. Sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
INFO: Jika doh lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada bekas. Elakkan letak tepung dalam jumlah banyak sekaligus bagi mengelakkan doh menjadi keras.
Musim durian datang lagi! Masa durian tengah banyak ni bolehlah pakat cuba belajar buat Durian Crepe dan juga Mille Crepe. Lebih istimewa resipi perkongsian saudari Murni Rahmat ni guna tepung gandum sahaja. Tak perlu campur 4-5 jenis tepung lain. Hasil crepenya memang lembut dan nipis. Jom cuba! Anda pasti suka.
RESIPI DURIAN @ MILLE CREPE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan + sesudu penuh tepung gandum
2 cawan santan
2 cawan air
1 sudu gula
Pewarna makanankuning secukupnya – boleh juga guna warna lain
3 biji telur gred A – kalau kecil, tambah lagi sebiji
Garam secukupnya
1/2 cawan minyak jagung/kelapa
Seulas durian/perisa durian
CARA- CARA:
1. Satukan semua bahan dan kisar lebih kurang 5 minit.
2. Kemudian biarkan adunan kira-kira 15 minit atau sehingga buih-buih pada adunan hilang.
3. Panaskan kuali tak lekat ( non-stick pan) dan oles sedikit minyak menggunakan tisu.
4. Tuang satu senduk bancuhan dan lenggang-lenggangkan kualiu hingga dapat bentuk bulat. Pastikan betul-betul nipis. Jika tidak crepe tidak menjadi sebaliknya jadi lempeng durian.
5. Semasa masak crepe, pastikan guna api kecil. Jika guna api besar, crepe akan ada lubang-lubang halus.
6. Bahagian atas crepe / yang tak kena api akan menjadi bahagian luar kulit. Crepe ini juga tidak perlu diterbalikkan sewaktu dimasak. Anggaran masak crepe ini adalah selama 2 minit.
7. Buat hingga adunan habis.
BAHAN INTI:
Krim putar non-dairy
Durian
Susu pekat manis
CARA-CARA:
1. Gaul isi durian dengan susu. Tiada sukata Kalau suka manis, boleh letak banyak susu. Gaul sampai sebati. Durian ni akan jadi macam paste/jem.
2. Pukul krim putar yang sejuk sampai gebu. Kemudian sudukan krim secukupnya diatas crepe.