Sedapnya Daging Masak Kicap Ni. 5 Jenis Resipi Berlainan Yang Wajib Dicuba!

Share

Daging masak kicap adalah antara menu paling sering dimasak dan dihidangkan disetiap rumah. Pun begitu sebenarnya ia mempunyai rasa yang pelbagai apabila bahan-bahan yang digunakan berbeza dengan apa yang biasa kita gunakan. Cuba 5 resipi ini dan siapa tahu ia mungkin menepati citarasa selera anda sekeluarga.

 

1. RESIPI DAGING MASAK KICAP VERSI TOK

BAHAN-BAHAN:

  • Daging (Bahan-bahan ni untuk 3kg daging)
  • Cabai kering (klo nak pedas boleh tambah lg cabai. Kmyra takut pedas)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Jintan manis
  • Lada hitam ( nak pedas boleh letak lebih)
  • Belacan
  • Kicap
  • Gula
  • Garam

CARA MEMASAK:

  1. Perap daging yg siap dipotong dgn jintan manis, kunyit & sedikit garam. Sebelum tu tumbuk dlu jintan manis smpai hancur.. Pastu gaulkan dengan daging td..
  2. Sangai jintan manis + lada hitam.
    Masukkan minyak,, goreng cabai kering smpai garing tp jgn hangit.. St g pait. Hahaha.
    Pastu goreng belacan..,,agak2 dlm besaq syiling 2kupang..
    Pastu goreng bawang besar + bawang putih + halia smpai warna kekuningan.
  3. Tumbuk jintan + lada td
    Masuk kan dlm blender bersama cabai + belacan & bawang2 td. So blender smpai hancor semua.
  4. Masukkkan minyak. Goreng daging td smpai masak. Dan angkat.
    Pastu masukkkan bahan2 yg kita blend td.
    Masak smpai pecah minyak. Baru masukkan kicap. Kakmyra guna kicap Mudim.. N masukkan daging yg dh digoreng td.
    Pastu rasa dlu sebelum tmbah gula garam @ serbuk perasa..

 

2. RESIPI DAGING MASAK KICAP RASA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging | potong nipis-nipis

BAHAN TUMIS:

  • 4 biji bawang merah | dihiris
  • 2 biji bawang putih | dihiris
  • 2 biji bawang besar Bombay | dihiris kasar
  • 125ml kicap pekat
  • 5cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar Bombay
  • 4 biji bawang putih
  • 5cm halia
  • 4 sudu makan cili giling (bergantung kepedasan yang diingini)
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang telah dikisar bersama bahan tumisan lain kecuali hirisan bawang besar. Tumis hingga naik bau wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan daging yang telah dicuci dan dihiris nipis tadi. Masukkan air secukupnya dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
3. Setelah itu, masukkan kicap pekat dan air asam jawa, reneh lagi hingga kuah memekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris kasar.
5. Sedia dihidangkan.

 

3. RESIPI DAGING HITAM BASAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | cuci bersih dan rebus
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • 1 helai daun salam
  • Rempah menumis  | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

BAHAN MAYANG HALUS:

  • 3 biji bawang besar
  • 3 batang serai

BAHAN KISAR :

  • 10 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3 batang serai

BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:

  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

CARA MEMASAK:

  1. Hiris nipis daging yang telah direbus, kemudian titik hingga nipis. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak,  tumiskan rempah menumis dan bahan hirisan hingga kekuningan dan wangi.
  3. Masukkan pula bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan goreng sangai dan kisar. Terus kacau hingga bahan tumisan  betul-betul garing.
  4. Masukkan air asam, daging dan sedikit air. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa,
  6. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit. Tutup api.
  7. Daging dendeng basah sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Jika mahu dendeng kering, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga garing. Dan semasa menumis tidak perlu masukkan air.

 

4. RESIPI DAGING MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • Daging (Lagi sedap kalau daging batang pinang)
  • *Jintan kasar
  • *Jintan halus
  • *Bunga lawang
  • *Kayu manis
  • *Buah pelaga
  • *Cili kering

BAHAN TUMIS:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

 

CARA MEMASAK:

  1. Sangai bahan * sampai bau harum.
  2. Kemudian sangai dengan cili kering sedikit, ikut kepedasan masing-masing.
  3. Kisar halus bahan-bahan yang disangai tu dan gaul dengan daging yang dah dibasuh. Kemudian perap dalam setengah jam.
  4. Bahan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hiris nipis.
  5. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris, dah garing masukkn daging yang diperap tadi.
  6. Sambil kacau masukkan kicap kipas udang, gula. Nak pekat tambah sikit kicap pekat. Kemudian masuk dalam preasure cooker lagi cepat empuk.
  7. Masak sampai kering dan bersalut rempah dengan daging. Siap.
  8. Nota: Boleh je gantikan dengan ayam yang dah di goreng kejap…tabur daun kari.

 

Kongsi resipi: Rose Misymuchy

5. RESIPI DAGING GORENG KICAP BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging |hiris nipis
  • 30ml kicap manis
  • 10gm sos tiram
  • 8 biji cili padi |ditumbuk kasar
  • 4 ulas bawang putih|dicincang
  • 3cm halia |dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar |potong bulat
  • 1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tabur sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke atas daging. Goreng garing dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
  3. Masukkan cili padi, bawang besar, kicap dan sos tiram.
  4. Masukkan daging yang telah digoreng bersama daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa.

Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.

 

Published by
Mastura Abu Kassim