Musim panas macam ni, sedap dapat makan bubur butir nangka berinti gula melaka. Memang tekak teringin nak makan manisan yang sejuk-sejuk.
Kebiasaan, butir nangka dibuat secara membujur dan tak perlu bubuh inti. Tapi apa kata, kali ini buat ada rasa gula melaka, baru la sedap. Resipi yang dikongsi Zurina Zulkefli ini mudah je nak buat.
BUBUR BUTIR NANGKA BERINTI GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut – beli online di sini 2 sudu besar tepung gandum – beli online di sini Air (tiada sukatan sebab air perlu dituang sedikit demi sedikit) Tiga perwarna (hijau, merah dan kuning) Gula melaka – beli online di sini 1 kotak kecil santan – beli online di sini 1 sudu kecil halba (untuk aroma) – beli online di sini Gula kasar (mengikut citarasa kemanisan masing-masing) 2 helai helai daun pandan 1 sudu besar tepung gandum (yang dibancuh air)
1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu mangkuk. 2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil tangan menggaul tepung sehingga berpasir.
3. Bila tepung menjadi berpasir dan bergumpal, berhenti tuang air. Gaulkan kesemua tepung sehingga menjadi doh yang sebati. 4. Bahagikan doh kepada tiga bahagian.
5. Setiap bahagian dicampurkan pewarna. Saya gunakan lidi sate untuk calitkan perwarna agar cecair warna tidak tertumpah atau berlebihan. 6. Ini gula melaka saya beli di pasar Masjid Tanah Melaka (tengok gambar). Saya simpan di dalam bilik stor makanan, tanpa disangka gula melaka saya cair. Musim panas kan sekarang. Tapi takpe senang je, saya jadikan bebola kecil untuk dijadikan inti butir nangka saya.
7. Cuit sedikit doh lalu bulatkan dan penyetkan. Letak inti gula melaka dan uli membulat semula. Jadila butir nangka bentuk bulat.
8. Rebuskan ke dalam air yang mendidih. Pastikan ketika direbus air selalu dikacau sebab kita tak nak butir nangka kita melekat pada dasar periuk. Nanti butir nangka jadi tak cantik dan membulat. Bila butir nangka dan timbul, baru angkat.
9. Rendam di dalam air sejuk (air dari peti ais) untuk mengekalkan kekenyalan butir nangka.
Ads
10. Untuk kuah pula. Panaskan secawan air di dalam periuk dan masukkan daun pandan. 11. Masukkan gula (mengikut citarasa) dan sesudu halba. Tunggu sehingga air mendidih barulah masukkan sekotak santan.
12. Masukkan bancuhan sesudu tepung gandum untuk memekatkan kuah santan.
13. Masukkan butir nangka kita ke dalam kuah santan. Reneh butir nangka pada suhu api yang kecil selama 10 minit.
14. Siap, boleh dihidang makan panas-panas atau pun boleh disejukkan dahulu. Kalau saya, saya suka makan sejuk-sejuk.
Rasa ketupat sotong yang lemak manis memang selalu menjadi bualan bagi peminat hidangan dari Pantai Timur ini. Jadi, untuk hidangan berbuka puasa nanti, bolehlah cuba buat sendiri ketupat sotong. Gabungan lemak santan dan manis gula melaka dimakan dengan pulut yang disumbat dalam sotong, memang mengasyikkan.
KETUPAT SOTONG
Bahan-bahan
1/2 cawan beras pulut (rendam sejam tambah garam dan santan sedikit)
400 gram sotong (dapat la dalam 9 ekor sotong kecik)
400 gram santan
Sesudu kecil halba
Daun pandan
Gula melaka
Bahan Hiris
Sebiji bawang merah
Sebiji bawang putih
1 inci halia
Cara membuat
1. Isi pulut yang telah direndam ke dalam sotong. Isi 3/4 penuh sahaja. (Sotong mudah pecah jika penuh).
2. Tutup balik sotong tu dengan kepalanya dan cucuk sotong macam dalam gambar.
3. Susun sotong tadi di dalam periuk. Campurkan bersama santan, halba dan bahan hiris. Tambah daun pandan.
4. Panaskan dengan api perlahan sampai sotong masak (dalam 35 minit). Kemudian masukkan garam dengan gula melaka.
5. Kacau-kacau sekejap. Siap.
Nasi impit sering disajikan bersama kuah kacang , rendang dan kuah lodeh. Namun begitu, nasi impit juga boleh dipelbagaikan cara hidangannya kerana ia merupakan sumber karbohidrat yang enak.
foto: ms.wikipedia.org
Khas buat anda, RASA berikan cetusan idea untuk mempelbagaikan hidangan berasaskan nasi impit yang anda boleh hasilkan di rumah. Lepas ni jika ada nasi impit lebih, tak perlulah membazir. Macam-macam boleh buat.
1. NASI IMPIT OLIO
BAHAN-BAHAN:
2 paket besar nasi impit
2 keping daging salai|dihiris nipis
2 biji bawang putih
2 biji cili padi|hiris halus
1 biji cili merah |dipotong dadu
10 biji ceri tomato|dipotong dua
Garam secukup rasa
Minyak jagung|untuk menumis
Herba basil secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus nasi impit sehingga masak dan sejukkan. Potong mengikut citarasa anda.
Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
Masukkan daging salai dan tumis sehingga garing.
Masukkan separuh tomato dan kacau sehingga sedikit layu.
Campurkan nasi impit, cili merah dan cili padi dan tambahkan garam dan herba basil mengikut citarasa anda.
Tambahkan separuh ceri tomato yang sudah dihiris sebelum dihidang.
INFO CHEF: Pastikan daging salai dtumis sehingga garing untuk mendapatkan tekstur rasa yang lebih enak.
2. NASI IMPIT GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
2 paket besar nasi impit
3 biji bawang merah|dikisar
2 biji bawang putih|dikisar
2 biji cili merah|dikisar
3 biji cili padi|dikisar
½ cawan udang kering|dibersihkan
Sedikit minyak|untuk menumis
Garam secukup rasa
1 kiub stok ayam
CARA MEMASAK:
Rebus nasi impit sehingga masak dan sejukkan. Potong mengikut citarasa anda.
Kisar bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili padi sehingga halus.
Tumis bahan kisar dengan minyak sehingga kekuningan.
Masukkan pula udang kering dan tumis lagi sehingga naik baunya.
Tambahkan stok ayam dan garam mengikut citarasa anda.
Akhir sekali, masukkan nasi impit dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef: Penggunaan udang kering boleh digantikan dengan ikan bilis mengikut citarasa.
3. SALAD NASI IMPIT
BAHAN-BAHAN:
4 paket kecil nasi impit|direbus
1 biji timun jepun
15 biji anggur
10 biji ceri tomato
125gm jagung dalam tin
1 paket daun salad campuran
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS SALAD:
1 biji lemon
15ml madu
Sedikit minyak jagung
Sedikit garam dan lada hitam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sos salad, masukkan semua bahan-bahan seperti lemon yang telah diambil jus, madu, minyak jagung, garam dan lada sulah ke dalam botol dan goncang sehingga menjadi sebatian.
Potong nasi impit mengikut citarasa anda.
Lalu gaulkan sos salad bersama semua bahan dan ubah suai rasa mengikut citarasa anda.
Info Chef: Untuk lebih rasa, tambahkan kekacang untuk rasa yang lebih ranggup.
4. NASI IMPIT SAMBAL PARU
BAHAN-BAHAN:
1 paket besar nasi impit|direbus
500g paru yang sudah direbus
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 biji cili merah
2 biji cili padi
1 biji tomato|dicincang halus
Sedikit air asam jawa
5gm sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi.
Paru dihiris nipis dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
Panaskan minyak kemudian masukkan bahan kisar dan tomato sehingga naik bau.
Masukkan sedikit asam jawa, garam dan gula secukup rasa mengikut citarasa anda.
Masukkan paru dan gaul sehingga mesra bersama nasi impit. Sedia untuk dihidang.
Info Chef: Paru hendaklah direbus terlebih dahulu sehingga ia benar-benar masak.
Berita baik untuk penggemar ikan sardin tin. Asyik bosan dengan menu sardin tumis, gulai dan goreng, kali ni admin nak perkenalkan menu sardin cara baru, ala-ala fusion kononnya. Tapi admin yakin ramai yang suka… tak caya cuba ya.
IKAN SARDIN PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan sardin | asingkan kuah dan isinya
BAHAN KUAH PERCIK:
500ml santan kotak
1 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
1/2 helai daun kunyit | carik dan simpul
5 tangkai cili kering | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
2 cm halia | kisar
2biji buah keras | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang. Setelah garing angkat dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kisar bersama santan.
3. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
4. Setelah mendidih masukkan asam gelugor, serai dan daun kunyit.
5. Kacau hingga kuah pekat.
6. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah timbul minyak. Tutup api dan hidangkan ikan sardin bakar tadi dengan sos percik.
SARDIN TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
Sedikit cili benggala | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji buah tomato | dadu halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 biji bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
BAHAN TELUR DADAR:
2 atau 3 biji telur
Secubit garam
Secubit serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
3. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah kuah kering, tutup api.
7. Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk.
8. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
9. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
10. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.
11. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.