Sedapnya Dimsum Homemade, Buat Sendiri Memang Puas Hati

Share

Dimsum adalah makanan tradisi kaum Cina. Namun, kini dimsum semakin diminati tidak kira kaum dan bangsa. Makanan ini boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ianya cukup mengenyangkan juga.

Nak tahu cara buat dimsum resipi yang mudah namun sedap? Ikuti perkongsian daripada Ajwa Abu Hasan yang gemar membuat sendiri dimsum kerana makanan ini telah menjadi kegemaran anaknya. Jom kita buat.

DIMSUM

BAHAN-BAHAN:

(INTI – kisar)

Isi ayam

1 batang lobak merah – Boleh beli online di sini

½ biji bawang Holland – Boleh beli online di sini

2 ulas bawang putih

Garam

Serbuk perasa Hilal

(INTI – cincang)

Daun bawang

Daun sup

Cendawan shitake – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Kisar semua bahan kisar dan masukkan bahan yang dicincang. Gaul mesra.

Masukkan anggaran 5 sudu air.

Kemudian, masukkan 3 sudu tepung jagung.

Perasakan dengan garam Hilal dan serbuk lada sulah.

(KULIT DIMSUM)

1 cawan tepung jagung – Boleh beli online di sini

1 cawan tepung gandum

2 sudu minyak

Sedikit garam

1 ½ cawan air panas mendidih

Pewarna (ikut suka)

CARA MEMASAK:

Satukan semua bahan dan masukkan air panas mendidih. Kacau menggunakan sudu.

Apabila dah sejuk sedikit, barulah diuli sampai cantik.

Sedikit sagu direndam dengan pewarna kuning untuk hiasan.

Masukkan inti ke dalam kulit dimsum.

Hiaskan di atasnya dengan sagu. Kemudian, bolehlah dikukus sehingga masak.

Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit: Ajwa Abu Hasan

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida