
Korang pernah makan Cendawan Inoki Goreng? Kalau belum lagi, wajib cuba sebab sedang sangat, kalau makan panas-panas memang rangup dan garing. Cecah pulak dengan sos cili atau sos mustard memang terbaik. Kalau makan kat kedai bebelas ringgit satu piring, apa kata korang goreng sendiri baru makan puas.

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket cendawan enoki
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit perasa ayam
Bahan Sos:
- 2 sudu makan sos mustard
- 1 sudu makan mayones
- 1 sudu makan madu
- 1/2 sudu makan jus lemon
- Sedikit hirisan cili padi
LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Campurkan tepung gandum bersama tepung beras di dalam mangkuk.

LANGKAH 2: Masukkan garam, serbuk lada hitam, dan serbuk perasa ayam. Gaul rata dan ketepikan.

LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk kemudian celupkan cendawan di dalamnya.

LANGKAH 4: Seterusnya, gaulkan di dalam campuran tepung tadi.
LANGKAH 5: Goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.
LANGKAH 6: Campurkan semua bahan sos, kacau sebati dan hidangkan dengan cendawan goreng.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih Muih Dan Bubur Jadi Kemestian Ketika Ramadan Buat Elfira Loy

Pelakon kecil molek dan berbakat besar ini tampil ayu berjubah untuk sesi penggambaran Rasa Nostalgia Ramadan. Tentunya memberi lembaran baru buat Elfira kerana Ramadan kali ini lebih bermakna, diraikan bersama suami tersayang. Sebagai orang baru dalam melayari kehidupan berumah tangga pastinya hidangan dari air tangan isteri mengikat kasih sayang keduanya.

Bercerita mengenai nostalgia Ramadan, Elfira akui sangat mengujakan. “Kalau bulan Ramadan, beberapa hari sebelum raya kami akan pulang ke kampung di Kedah dan sediakan bahan-bahan memasak untuk raya. Bakar lemang, masak rendang dekat luar, kutip kayu yang kering. Semua itu kenangan sungguh bermakna.
Biasanya raya di kampung, pagi-pagi masakannya sudah berat seperti nasi dan pelbagai variasi makanan. Namun laksa Kedah seperti dessert. Walaupun nasi, rendang dan ketupat daun palas sudah ada, laksa wajib ada. Ketupat daun palas kacang soya jadi kegemaran Elfira. Perkara yang paling susah ialah nak membalutnya. Kadang boleh buat kita keliru dan kalau telalu rapat membalutnya, rasa kurang sedap.

Rendang daging tok menjadi menu yang wajib dimasak atas kayu api oleh atuk Elfira. Memasak lauk ini mengambil masa yang lama jadi Elfira akan bantu memasak dan menunggu sambil mengacau rendang tersebut panas-panas agar tidak hangit.
Kalau Ramadan biasanya kuih dibeli. “Ada banyak pilihan yang El suka. Kalau cerita pasal manisan, apa yang saya beli ialah kuih muih. El suka beli kuih bakar, tepung pelita, kuih keria, cara berlauk dan bubur.
Untuk hidangan berbuka puasa, Chef Wan menyediakan Ikan Bakar Portugis yang turut menjadi kegemaran Elfira. “Kalau tidak ada ikan besar, ikan saiz sederhana pun boleh seperti ikan siakap dan juga ikan bawal. Bawal putih atau bawah hitam pun sedap untuk dimasak sebegini.

IKAN BAKAR PORTUGIS
BAHAN-BAHAN:
600g ( 1 ekor) ikan merah
1/2 sudu makan sos ikan
Gula dan garam secukup rasa
1 helai daun pisang
BAHAN SAMBAL:
4 tangkai cili merah | dibuang biji dan dikisar
8 ulas bawang merah | dikisar
1 batang serai | dihiris halus dan dikisar
1/2 sudu teh belacan
1 sudu makan serbuk cili | dikisar
4 sudu makan minyak masak
1/2 biji limau nipis | diperah jusnya
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit gula melaka
CARA MEMASAK:
1. Potong bahagian atas dan bawah ikan untuk isikan sambal
2. Kelar ikan agar mudah dimasak
3. Isikan sambal ke dalam bahagian ikan yang telah dipotong dan bungkus dengan daun pisang.
4. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180 darjah selsius selama 30 minit.
5. Setelah masak,perah sedikit limau,sos ikan dan taburkan sedikit garam jika perlu.

BUBUR PISANG DAN NANGKA
BAHAN-BAHAN:
7 biji pisang raja | dipotong
5 ulas nangka | disiatP 3 cawan santan
2 sudu makan sagu | direndam dan toskan
2 keping gula melaka
2 sudu makan gula
2 helai daun pandan
Secubit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan pisang dan nangka ke dalam periuk
2. Masukkan air gula melaka
3. Masukkan sedikit gula dan daun pandan.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Tip: Jika cair boleh masukkan tepung jagung untuk pekatkan bubur.
*JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN ESOK BERSAMA SITI NORDIANA
Setiap hari jam 5 petang , pastikan anda di depan kaca televisyen untuk menonton rancangan masakan ini .
Resepi Kek Cheese Sedap Tak Perlu Guna Banyak Bahan

Kek Cheese /Kek Keju homemade sedap ni memang sangat mudah untuk dicuba. Bahan-bahan sangat ringkas malah cara penyediaannya pun mudah. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam pembuatan kek keju, resipi perkongsian saudari Nor Atika ni antara yang terbaik yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KEK CHEESE MOIST HOMEMADE YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
• 6 biji telur gred B – asingkan kuning dan putihnya
• 300gm krim keju
• 200gm tepung naik sendiri – beli online disini
• 50gm tepung jagung – beli online disini
• 1/2 cawan whipping cream (jenis dairy/tenusu)
• 3 sudu makan mentega – beli online disini
• 1/2 cawan gula ising – beli online disini
• 1 sudu teh cream tartar – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dan asingkan kuning dan putihnya. Letak dalam bekas berlainan.


2. Masukkan krim keju ke dalam bekas. Lembutkan. Kemudian masukkan kuning telur.

3. Sebatikan kedua-dua bahan ni hingga sebati menggunakan pemukul tangan (whisk).

4. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung yang telah diayak bersama. Gaul sebati.

5. Seterusnya, panaskan whipping cream bersama mentega hingga cair menggunakan Teknik double boiler.

6. Setelah cair, masukkan campuran whipping cream tadi ke dalam adunan tepung.

7. Pukul sehingga semua bahan sebati dan tidak berketul. Ketepikan.

8. Untuk membuat meringue, pukul putih telur menggunakan mixer hingga berbuih.

9. Kemudian masukkan gula ising dan cream tartar.


10. Pukul lagi adunan hingga bertanduk.

11. Ambil senduk adunan putih telur dan masukkan ke dalam bekas adunan tepung tadi. Ratakan.


12. Kemudian masukkan lebihan adunan putih telur. Kaup balikkan hingga rata dan sebati.


13. Ambil loyang dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan kek tadi.

14. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Bakar kek guna teknik Water Bath selama 1 jam lebih. Ketuhar mungkin berbeza jadi kena tengok suhu dan masa ikut ketuhar masing-masing. Water bath adalah teknik bakar kek dimana perlu letak air panas di dalam tray sebelum dimasukkan loyang kek.

15. Bila kek dah keperangan, bolehlah dikeluarkan. Sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.

Kredit resipi & foto: Nor Atika
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Almond London Sedap Tanpa Mixer & Guna Sukatan Cawan
Menu Seafood Petai Ala Thai & Sagu Kurma Jelly Imbau Nostalgia Eira Syazira & Azad Jazmin
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Daging Goreng Kentang Cili Padi. Ringkas Tapi Sedap.

Bagi penggemar makanan pedas, menu Daging Goreng Kentang Cili Padi ni antara yang wajib dicuba. Bahan paling ringkas tapi rasanya boleh buat orang tak berhenti makan. Memang berpeluh! Nak makan dengan nasi putih boleh atau dijadikan lauk untuk bubur nasi pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK DAGING GORENG KENTANG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging – hiris nipis
- 2 biji ubi kentang – hiris nipis
- 3 biji bawang merah
- 15 tangkai cili padi
- 6 biji tomato ceri – belah 2
- 1 tangkai daun bawang – hiris
- Garam. gula dan serbuk kunyit secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Gaul hirisan daging bersama garam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
- Panaskan minyak dan goreng hingga haring. Angkat dan toskan.
- Menggunakan minyak yang sama, goreng hirisan kentang hingga kekuningan. Angkat.
- Kisar bawang merah bersama cili padi. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan masak tanpa minyak hingga air bawang kering.
- Setelah air kering, masukkan minyak secukupnya. Tumis hingga pecah minyak.
- Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
- Tambahkan juga daging dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
- Masukkan hirisan tomato serta daun bawang. Gaul sekali lagi.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.


