Masa dulu-dulu kalau kenduri kendara terutamanya kenduri kahwin mesti ada Gulai Daging Tetel Dengan Nangka Muda memang  meletop. Ada pulak  sambal belacan, ulam dan ikan masin, memang menghabiskan nasi.  Kalau teringin tak perlu tunggu kenduri, anda boleh masak sendiri, nangka dengan daging tetel beli je dekat pasar sebab resipinya ini RASA kongsikan…

GULAI DAGING TETEL DENGAN NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 kg daging tetel | potong kecil dan rebus hingga empuk
  • 300gm nangka muda | potong dadu dan rebus empuk
  • 1 litter santan kelapa
  • 3 sudu makan rempah gulai daging
  • 2 sudu makan pes cili
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2 batang serai | titik
  • 3cm lengkuas | titik

BAHAN REMPAH PENUMIS:

Ads
Ads
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • BAHAN KISAR:
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas

 CARA MEMASAK: 

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar kacau lagi.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah gulai dengan serbuk cili yanag dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
  4. Setelah garing masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata dan masukkan santan.
  5. Tambahkan sera, lengkuas dan asam gelugor.
  6. Biarkan gulai terus mereneh di atas dapur.
  7. Apabila daging empuk, masukkan nangka.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  9. Setelah cukup masak, tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI