CARA MEMBUAT:
1. Gaulkan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam bersama ikan.
2. Goreng dalam minyak yang panas.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Guna kuali lain, masukkan minyak goreng ikan tadi. Gunaka sedikit minyak sahaja.
5. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili hijau besar, daun kari dan tomato sampai layu sedikit.
6. Masukkan halba campur. Tumis lagi.
7. Masukkan sesenduk cili kering kisar.
8. Masukkan pes asam jawa.
9. Kalau pekat sangat masukkan sedikit air.
10. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
11. Apabila sudah pecah minyak, masukkan ikan goreng tadi.
12. Balik-balikkan ikan. Bolehlah dihidangkan.
Sumber kredit: Khairul Hakimin Muhammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official