
Ikan percik sememangnya antara hidangan yang paling kerap dihidangkan terutama dalam musim Ramadan atau hujung minggu. Jika di Kelantan dan Terengganu pula, ia dijual setiap hari di kedai-kedai makan. Sememangnya hidangan ini mampu memecahkan selera. Ikan bakar yang dilumur ramuan kuah percik yang penuh dengan pelbagai rasa dan lemak dari santan ini sentiasa dicari orang. Jom kita cuba resipi ini.
IKAN SELAR PERCIK KUAH MERAH
BAHAN-BAHAN
- 7 ekor ikan selar
- 5 ulas bawang merah (*)
- 4 ulas bawang putih (*)
- 6 tangkai cili kering (rendam air panas ) (*)
- 1/2 inci halia (*)
- 1 batang serai (hiris nipis) (*)
- 1 sudu besar kerisik (*)
- 1 gelas santan pekat
- 2 gelas air.
- 1 keping asam keping @ gelugur.
- 1 sudu kecil kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Kisar semua bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Siang dan cuci ikan. Ambil satu sudu besar bahan kisar tambahkan sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam. Lumurkan dan perap ikan 10 minit. Bakar ikan.

3. Untuk membuat kuah, masukkan santan dalam kuali dan air. Panaskan sekejap dan masukkan asam keping.

4. Masukkan bahan kisar kacau rata. Masak hingga kuah pekat dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
5. Bila ikan masak lumurkan atau percikan sedikit kuah atas ikan. Bakar sekejap supaya kuah meresap pada ikan.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zainun Mamat
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedap! Resipi Siakap Laprik Ala Thai Masak Cara Kampung

Tengok gambar je tapi sudah rasa berselera melihat menu Siakap Laprik Ala Thai yang dikongsi oleh saudari Liza Idris ni. Ala-ala sajian di restoran makanan Thailand. Bagi anda yang belum ada idea nak masak lauk apa untuk keluarga, resipi ini boleh anda cuba. Tidak menggunakan ramuan yang susah, malah cara masaknya juga sangat mudah. Jom cuba. Pasti anda kagum dengan rasanya.
CARA MASAK SIAKAP LAPRIK ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu makan gula – beli online disini
1 cawan air
3 sudu makan sos ikan – beli online disini
Daun ketumbar
Garam secukup rasa
Tomato dan cili merah sebagai hiasan
Serbuk kunyit secukupnya – beli online disini
Tepung jagung secukupnya – beli online disini
BAHAN KISAR KASAR:
6 tangkai cili kering – beli online disini
8 biji cili padi
7 ulas bawang putih – beli online disini
2 pokok akar ketumbar
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan cili kering, cili padi. Bawang putih dan akar ketumbar. Kemudian kisar kasar. Jika tidak suka pedas, boleh kurangkan jumlah cili.

2. Kelar ikan siakap dari belakang ke depan. Kelar begini supa bila digoreng, isi ikan akan masak sampai ke tulang.

3. Lumur ikan dengan garam, kunyit dan tepung jagung dengan secukupnya hingga rata.

4. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi. Sesekali cedok minyak panas dan simbah atas badan ikan untuk cepat masak. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.

5. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan dikisar kasar hingga sedikit garing.

6. Masukkan gula. Kacau sebati. Kalau ada gula kabung, boleh guna kerana rasanya akan jadi lebih sedap.

7. Masuk air asam jawa. Kacau lagi.

8. Tambahkan sos ikan. Kacau lagi.

9. Masuk 1 cawan air. Kacau dan biarkan kuah kering sedikit.

10. Tabur daun ketumbar. Perasakan dengan garam. Namun jika sos sudah masin, tidak perlu tambah garam lagi.

11. Sos Laprik siap. Padamkan api.

12. Tuang sos diatas ikan yang telah digoreng tadi. Hias dengan tomato dan taburan daun ketumbar.


Kredit petua & foto: Liza Idris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sekali Cuba Asyik Teringat. Ini Resipi Nasi Goreng Pattaya Special Paling Sedap
Cara Bancuh Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Ikat Tepi Paling Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Nikmati Keunikan Ikan Terubuk Masin Kukus Ala Thai, Gabungan Rasa Tradisional & Pedas Ala Thailand!

Bila pergi ke Sarawak, antara buah tangan popular dari sana ialah ikan terubuk masin. Wah, ikan ni kalau goreng, memang sedap makan panas-panas.
Tapi tahu tak, ikan terubuk ni sebenarnya boleh dimasak secara stim juga. Menerusi resipi yang dikongsi saudara Khairul Abdullah, nampak sedap dan mudah je nak buat.
IKAN TERUBUK MASIN KUKUS ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan terubuk masin | direndam sejam
2 inci halia | dihiris nipis – beli online di sini
3 batang serai | diketuk @ dihiris pun boleh – beli online di sini
5 ulas bawang putih | diketuk – beli online di sini
1 biji bawang besar | dibelah 8 – beli online di sini
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
1 biji limau nipis | dipotong bulat
5-7 biji cili padi – beli online di sini
1 pokok daun ketumbar
1 biji tomato | dibelah 8
2 sudu sos ikan – beli online di sini
1 kiub pati ayam
2 cawan air
5 ulas bawang putih | dipotong
Dapatkan Cuoco Premium Stainless Steel Knife Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Rendam ikan lebih dari sejam. Rendam semalaman lagi bagus sebab nak hilangkan masin dia yang kuat sangat tu.
2. Letakkan ikan yang telah direndam dalam bekas sesuai untuk dikukus.
3. Potong akar ketumbar, ketuk dan masukkan dalam perut ikan bersama sebahagian serai dan halia.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Kemudian, bancuh kiub pati ayam bersama secawan air dan tuang ke atas ikan.
5. Masukkan secawan air lagi dan semua bahan lain kecuali bawang putih yang dipotong serta sedikit daun ketumbar dan limau yang dipotong bulat.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Kukus ikan selama 12 minit dan angkat. Gorengkan bawang putih bersama sedikit minyak sampai keperangan dan tuang atas ikan tadi.
7. Hiaskan dengan potongan limau dan baki daun ketumbar. Siap.
*Isi ikan terubuk masin ni dia pejal, tak macam ikan siakap bila dah dikukus. Rasanya, sedikit masin, dan tulang dia senang jer nak buang.
Kredit resipi & gambar: Khairul Abdullah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedapnya Sizzling Spaghetti Buttermilk With Popcorn Chicken, Mudah & Cepat!
Cara Buat Sendiri Colek Ayam Mangga Ala Thai, Mudah & Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Ni Dia 4 Jenis Gulai Lemak , Kesedapannya Melekat Di Ingatan

Sedapnya masak lemak cili padi tak kisahlah bahannya sayur,ikan, daging atau seafood ia memang sedap, Bagi anda yang memang ‘gemar’ tentu tidak ada istilah jemu menghadap masak lemak cili padikan, kena dengan lemak, cukup asam garam dan pedasnya. Memang terbaiklah, tak percaya korang cuba empat menu yang RASA share ni .
1. PISANG MUDA GULAI LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji pisang emas muda | buang kulit ari dan belah dua
- 500ml santan pekat
- 50gm ikan bilis
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 12 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan di dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis.
- Renehkan atas api sederhana.
- Setelah mereneh masukkan pisang, kacau dan sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak.
- Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.

2. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 biji nanas | potong tiga segi
- 4 ekor ikan masin sepat | goreng
- 500 ml santan pekat
- 1 batang serai | titik
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 12 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dalam periuk dan celur nanas seketika. Angkat dan tos.
- Seterusnya, masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan serai.
- Renehkan atas api sederhana, seketika kemudian masukkan nanas dan ikan masin.
- Kacau dan rasa, jika sudah masin, anda hanya perlu perasakan dengan gula sahaja. Jika perlu tambah garam, tambahkan ikut keperluan.
- Setelah cukup rasa dan nanas pun sudah masak sepenuhnya. Tutup api.
- Gulai nanas sedia dihidangkan.

3. PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun dan hiris kasar
- Sedikit daun kaduk | hiris kasar
- 3 helai daun kunyit | hiris halus
- 3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
- 4 batang serai | hiris halus
- 5 sudu makan tempoyak
- 500ml santan
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
- Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
- Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
- Kacau rata, masukkan pula Asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
- Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.

4. GULAI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging salai | hiris nipis
- 1 cekak pucuk ubi kayu | buang tangkai dan rebus
- 1kg santan pekat
- 1 keping asam gelugor
- 2 batang serai | titik
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 2cm lengkuas
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar, serai dan asam gelugor bersama santan di dalam periuk.
- Renehkan di atas api sederhana.
- Setelah kuah mereneh, masukkan daging kisar bersama pucuk ubi.
- Biarkan mereneh atas api lebih kurang lima minit.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah daging empuk dan cukup rasa. Tutup api.
- Gulai daging salai sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI DALAM LINK INI :
Chef Rathakrishnan Kongsi Masakan Tradisi Melayu. Memukau Dan Memikat Selera!
5 Masakan Sotong & Udang Ala Tradisi, Hasil Air Tangan Chef Asma .

