
Tak tahu nak masak apa dengan daging kambing yang sudah lama terperap di dalam peti sejuk? Cuba masak kambing dengan sos lada hitam. Terbayang-bayang keenakannya, lagi-lagi dimakan sewaktu panas. Memang feel habis! Resipi yang dikongsi oleh Rafizah Muhamad ini memang wajib anda cuba!
RESIPI KAMBING GORENG SOS LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
- 3 keping potongan daging kambing
- 4 sudu besar sos lada hitam
- 2 sudu besar kicap
- Secubit serbuk kunyit
- Secubit gula
- Secubit garam

CARA PENYEDIAAN:
1. Keluarkan 3 potongan daging kambing dari peti ais. Basuh sedikit dan masukkan semua bahan ketika daging masih beku.

2. Perap sehingga hilang beku.

3. Bila daging dah lembut, potong kecil-kecil. Ikut suka nak besar mana. Saya potong guna gunting je.

4. Masukkan 2 sudu minyak makan ke dalam kuali.

5. Minyak dah panas, masukkan semua daging dan sos.

6. Goreng sehingga sos kering dan daging nampak garing sedikit.

7. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Kredit Resipi & Foto: Rafizah Muhamad
Anda Juga Boleh Cuba Resipi Ini:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Nasi Goreng Tomyam Sedap. Sekali Cuba Ni Tak Makan Kedai Dah

Nasi Goreng Tomyam adalah salah satu menu kedai makan yang menjadi pilihan ramai dek kerana rasanya yang sedap. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, menu ini sebenarnya tidak sukar untuk disediakan. Jika tahu rencah serta bahan yang diperlukan, anda sendiri boleh memasaknya secara ‘homemade’ dan tidak perlu lagi makan di kedai. Terasa nak masak menu ni buat keluarga? Saudara Wan LuQman ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI GORENG TOMYAM SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
3-4 ulas bawang putih cincang – beli online disini
1 sudu makan pes tomyam – beli online disini
1 sudu makan cili kisar – beli online disini
1 biji telur
Sedikit gula & perasa secukupnya
Hirisan daun limau purut secukupnya
Hirisan cili padi secukupnya
Hirisan daun ketumbar secukupnya
1 sudu makan sos ikan /nampla – beli online disini
Sotong – dicelur dalam air panas seketika & toskan
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang putih sehingga garing. Udang tu saja empunya resipi saja campak sebab ada lebih.

2. Kemudian masukkan pes tomyam. Kacau seketika.

3. Seterusnya masukkan cili kisar untuk bagi warna sedikit kemerahan paad nasi goreng.

4. Pecahkan telur.

5. Tambahkan juga gula dan penambah perisa dengan secukupnya. Gaul rata.

6. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata. Jangan guna nasi panas kerana tidak sesuai untuk membuat nasi goreng.
7. Masukkan hirisan daun limau, cili padi dan daun ketumbar dengan secukupnya.

8. Gaul nasi goreng supaya rencah bergaul rata.

9. Kemudian masukkan sos nampak / sos ikan.

10. Akhir sekali masukan sotong yang telah dicelur dengan air panas dan ditoskan. Gaul lagi bersama nasi hingga sebati.


11. Angkat dan Nasi Goreng Tomyam sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Wan LuQman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ibu Mertua Kongsi Resipi Daging Masak Kicap Sedap & Tak Guna Banyak Bahan
Rencah Kena Tumbuk. Ini Petua Masak Mee Kuah Kelantan Yang Sangat Sedap
Resipi Kuih Jongkong Legend & Paling Sedap Untuk Minum Petang
Resipi Kuih Jongkong Legend & Paling Sedap Untuk Minum Petang
Resipi Kuih Jongkong Legend & Paling Sedap Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Sambal Perap Ikan Bakar Yang Sedap. Mudah Je Caranya

Anda dan keluarga suka makan ikan bakar? Ini dia resipi Sambal Perap Ikan Bakar perkongsian saudari Hazarina Zaini yang anda boleh cuba. Masak dan simpan dalam botol atau bekas. Boleh dijadikan stok di dalam peti sejuk. Bila-bila nak masak, tinggal ceduk dan lumur je. Mudah kan? Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT SAMBAL PERAP UNTUK MASAK IKAN SIAKAP BAKAR

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan siakap
Garam
Serbuk kunyit – beli online disini
Daun pisang secukupnya
Minyak masak
Gula melaka @ gula kabung – beli online disini
Air asam jawa secukup rasa
Daun pandan
Garam dan serbuk cukup rasa
2 biji limau kasturi
BAHAN SAMBAL PERAP:
20 tangkai cili kering @ cili kisar – beli online disini
1 biji bawang merah besar – beli online disini
4-5 ulas bawang putih – beli online disini
1 inci halia – beli online disini
1.5 inci belacan bakar – beli online disini
6 helai daun kunyit
5-6 helai daun kesum
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan. Kelar isinya kemudian lumur garam dan serbuk kunyit di kedua-dua belah. Biarkan seketika.
2. Untuk menyediakan sambal, kisar semua bahan sambal perap hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Minyak perlu banyak supaya sambal betul-betul masak. Masukkan bahan kisar tadi.
4. Kacau bahan tumis setiap 5 minit supaya tidak hangit.
5. Bila sudah pecah minyak, masukkan gula melaka, air asam jawa secukupnya dan daun pandan.
6. Rasa dan jika perlu, masukkan garam dan serbuk secukup rasa diikuti perahan limau kasturi. Gaul rata dan pastikan rasa masam manis cukup sempurna. Padamkan api.

7. Ambil daun pisang dan letak sedikit sambal.

8. Letakkan ikan untuk dibakar.

9. Lumur sambal pada bahagian sebelah lagi dan tutup dengan daun pisang.


10. Bakar ikan guna api sederhana @ perlahan ikut pan masing-masing. Bakar selama 15 minit.
11. Selepas itu terbalikkan dan bakar sebelah lagi hingga ikan masak sempurna.
12. Ikan Bakar sedia dimakan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

Kredit resipi & foto: Hazarina Zaini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pembantu Rumah Kongsi Resipi Kacang Goreng Bawang Putih Sedap Dari Seberang
Asam Pedas Ikan Kerisi. Resipi Orang Pantai Timur Yang Sangat Sedap
Cara Masak Kuah Kacang Paling Simple. Sedap Makan Dengan Nasi Impit
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Masak Nasi Lemak Pandan, Sambal & Ayam Berempah Paling Padu

Sedapnya kalau dapat makan Nasi Lemak dengan sambal padu dan Ayam Goreng Berempah panas-panas. Memang puas lebih-lebih lagi kalau dapat masak sendiri. Bagi anda yang tercari-cari resipi lengkap set Nasi Lemak ni, saudari Nurul Huda Sulaiman ada kongsikan cara-cara penyediaan dari memasak Nasi Lemak hinggalah ke penyediaan ayam goreng. Sukatan yang diberi adalah untuk 1 kg beras. Tetapi jika anda nak masak dalam sukatan yang sedikit, hanya perlu bahagikan sahaja timbangannya. Mudah kan? Selamat mencuba!
RESIPI NASI LEMAK PANDAN, SAMBAL & AYAM GORENG BEREMPAH

NASI LEMAK
BAHAN-BAHAN:
1kg beras – basuh bersih
4 cawan santan segar
2 cawan air (bergantung nisbah air & beras)
6 biji bawang merah – beli online disini
2 ketul halia besar ibu jari
1 sudu makan garam – beli online disini
1 sudu teh gula – beli online disini
3 helai daun pandan
2-3 titik pewarna hijau – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Beras dibasuh bersih kemudian masukkan santan dan air. Jumlah air bergantung pada nisbah air dan beras yang biasa anda guna.

2. Satukan semua bahan dalam periuk nasi dan kacau sebati.

3. Letak 2-3 titik pewarna hijau. Sebatikan. Masak nasi seperti biasa menggunakan periuk elektrik.


3. Nasi Lemak siap dimasak.

AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 ekor ayam
3 sudu makan serbuk kari daging – beli online disini
5 tangkai daun kari
2 sudu makan garam
1 sudu makan serbuk perasa
BAHAN KISAR:
2 sudu makan biji ketumbar – beli online disini
1 sudu makan jintan manis – beli online disini
1/2 biji bawang besar – beli online disini
6 ulas bawang putih – beli online disini
6 batang serai
Halia sebesar ibu jari

CARA MEMASAK:
1. Bersih dan potong ayam jadi ketulan kecil. Masukkan bahan kisar dan bahan-bahan lain.

2. Lumur pada ayam dengan rata dan simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam.

3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng hingga garing.

4. Ayam yang teah siap digoreng sedia dinikmati bersama nasi lemak.

SAMBAL NASI LEMAK
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu makan cili kisar – beli online disini
4 sudu makan bawang besar kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan halia kisar
1 genggam ikan bilis – kisar halus
1/2 keping nise Kelantan @ gula melaka – beli online disini
2 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk perasa
2 sudu makan gula
Sedikit belacan – beli online disini
1 sudu teh asam jawa – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar.

2. Kemudian masukkan kisaran bawang besar, bawang putih dan halia.


3. Seterusnya masukkan ikan bilis kisar, nise, garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Sebatikan.


4. Kemudian masukkan belacan dan asam jawa.

5. Masak sambal guna api kecil selama 1 jam lebih hingga sambal likat dan seperti dalam gambar.

6. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
7. Hidangkan nasi lemak bersama hirisan timun, telur rebus dan juga bilis goreng.

Kredit resipi & foto: Nurul Huda Sulaiman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Sajian Makan Malam Ala Kedai Masakan Thailand
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

