Tak tahu nak masak apa dengan daging kambing yang sudah lama terperap di dalam peti sejuk? Cuba masak kambing dengan sos lada hitam. Terbayang-bayang keenakannya, lagi-lagi dimakan sewaktu panas. Memang feel habis! Resipi yang dikongsi oleh Rafizah Muhamad ini memang wajib anda cuba!
RESIPI KAMBING GORENG SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping potongan daging kambing
- 4 sudu besar sos lada hitam
- 2 sudu besar kicap
- Secubit serbuk kunyit
- Secubit gula
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Keluarkan 3 potongan daging kambing dari peti ais. Basuh sedikit dan masukkan semua bahan ketika daging masih beku.
2. Perap sehingga hilang beku.
3. Bila daging dah lembut, potong kecil-kecil. Ikut suka nak besar mana. Saya potong guna gunting je.
4. Masukkan 2 sudu minyak makan ke dalam kuali.
5. Minyak dah panas, masukkan semua daging dan sos.
6. Goreng sehingga sos kering dan daging nampak garing sedikit.
7. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Kredit Resipi & Foto: Rafizah Muhamad
Anda Juga Boleh Cuba Resipi Ini:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Chicken Floss Homemade, Ringkas, Mudah dan Sedap
Menikmati roti, salah satu cara untuk lebih sedap adalah dengan menyediakan floss. Floss adalah daging yang dicarik-carik sehingga menjadi sangat halus. RASA berikan resipi chicken floss yang selalu diletakkan di atas roti yang dijual di kedai.
CHICKEN FLOSS
Bahan-bahan
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
Jintan manis (sangai, tumbuk)
Ketumbar (sangai, tumbuk)
2 biji bawang merah sederhana
Cili blend terpulang kalu nak pedas isi lebih sikit
1/2 cawan santan
Sedikit garam
Dada ayam direbus
Cara membuat
1. Blend bawang dan halia.
2. Sangai ketumbar dan jintan manis. Kemudian tumbuk kasar.
3. Tumis bawang blend dan cili dengan sedikit minyak.
4. Masukkan santan.
5. Perasakan dan masukkan daging ayam yang disiat-siat halus.
6. Kacau hingga kering.
Resipi oleh Usrati Delight dari Telegram KakiMakan
Cara Buat Ikan Kerisi Masak Pindang. Cukup Asam Garam Gerenti Sedap
Ikan masak pindang atau ada sesetengah tempat panggil singgang tumis. Resipi ringkas tapi rasanya cukup membukakan selera makan. Resipi daripada perkongsian Facebook Sue M Shaunki.
IKAN MASAK PINDANG
BAHAN-BAHAN
- 4 – 5 ekor ikan kerisi ( bergantung dengan saiznya) – boleh juga guna ikan tenggiri,gelama,haruan, & ikan merah.
Kunyit garamkan,kemudian goreng separa garing - 1 kiub ikan bilis maggi
- 1/2 sudu teh lada hitam – boleh tambah
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit ( untuk kuah)
- 1 tangkai cili besar – belah dua
- 1 biji tomato – belah 4
- 2 keping asam gelugor atau setengah cawan air asam jawa. ( agak-agak je)
- 3 cawan air atau lebih jika nak berkuah lebih.
- 3 sudu minyak untuk menumis
- Garam & gula secukup rasa
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah – belah 4
- 2 inci halia – hiris boleh ketuk pon boleh
- 6 ulas bawang putih**
- 2 batang serai **
- 10 biji cili padi ** – boleh tambah kalau suka
(**) – ketuk – ketuk je.
CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan kerisi separa garing ( jangan garing sangat,hilang manisnya nanti),angkat dan toskan.
TIP SUPAYA IKAN TIDAK MELEKAT
- Tabur garam dalam minyak sebelum masuk ikan.
- Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan, kalih ikan selepas 2-3 minit.
- Tips ibu mertua saya, masukkan asam keping sebelum masuk ikan.
(Boleh cuba salah satu, saya dah cuba semua)
2. Pecah- pecahkan cili padi kampung yang pedas ini.
3. Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai dengan 3 sudu minyak.
4. Bila semua bahan tadi dah mula layu, masukkan air.
TIP ELAK BERKECAH:
- Kalau tidak mahu dapur berkecah sebab percikan air, Tuang air itu atas senduk seperti dalam gambar. InsyaAllah tidak ada percikan air berlaku
5. Masukkan serbuk kunyit,asam keping dan lada hitam . Biarkan kuah mendidih.
NOTA KAKI: asam keping tu basuh dulu ya
6. Mendidih kuah itu masukkan ikan kerisi goreng, bahan perasa (garam dan gula ) berserta kiub ikan bilis. Jangan lupa dengan masukkan cili besar dan tomato sekali
Sukatan garam gula ikut citarasa masing-masing. Biarkan mendidih semula dalam lima minit. Siap! Hidangkan dengan nasi panas.
INFO:
- Kalau tidak suka masam sangat kurangkan asam keping, keluarkan asam bila dah masak.
- Tujuan ikan digoreng dulu, supaya isi ikan tak hancur walau panas semula nanti. Boleh juga tidak mahu goreng.
- Untuk yang berpantang, bukan semua ikan boleh makan, lebihkan halia dan lada hitam. Bawang putih buat ulam.
- Kurangkan cili padi jika tidak boleh makan pedas.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Sue M Shauhki
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Sup Ikan Merah, Cara Masak June. Takde Sup Bunjut Ikan Pun Tak Apa.
Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin. Makan Dengan Nasi Panas & Sambal Belacan, Padu!
Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin, menu yang cukup mengujakan penggemar masakan kampung. makan dengan nasi panas dan sambal belacan, ada ulam-ulam dah cukup buat makan nasi bertambah.
Selalu makan kat luar mesti tak puas, buat sendiri kat rumah dapat makan dengan keluarga baru seronok. Nanas jadi pelengkap rasa buat gulai kegemaran ramai ni.
Mari kita cuba Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
RESIPI GULAI LEMAK NANAS IKAN KURAU MASIN
BAHAN-BAHAN:
50gm ikan kurau masin
½ biji nanas
2 biji bawang merah ros
5 biji cili api/padi – beli online
1 biji cili merah – beli online
2 inci kunyit hidup – beli online
1 batang serai
150 ml santan pekat
1 keping asam keping – beli online
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Kupas nanas dan ketepikan. Tumbuk cili merah, cili padi, kunyit hidup dan bawang merah.
2. Masukkan ke dalam kuali bahan yang ditumbuk tadi. Tak perlu letak minyak.
3. Masukkan santan. Biarkan masak seketika.
4. Masukkan serai yang telah diketuk.
5. Masukkan ikan kurau masin. Renihkan seketika.
6. Masukkan nanas yang siap dipotong tadi.
7. Masukkan asam keping. Kacau biar sebati.
8. Inilah hasilnya. Bolehlah dihidangkan.
Kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Ikan Masin Tumis Darat Resipi Orang Lama, Sedap Tak Terkata
Resipi Kari Ikan Siakap. Masak Macam Ni Memang Terlajak Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official