Bila Datin Azreen Abu Noh, penerajuk Wood &Steel Wangsa Maju dan Damasara  sudi berkongsi beberapa resipi kegemaran keluarganya dengan RASA, min memang  berbesar hati  pula untuk share dengan semua geng RASA semua untuk cuba pulak.

Tak sangka sungguh,  dalam pada sibuk dengan urusan bisnesnya,  Datin Azreen masih sempat masak dan memasak ada minatnya. Sebab itulah dapur basahnya cukup besar  dan segala keperluan memasak lengkap.  Ada beberapa menu yang disediakan olehnya dan beikut dua resipi yang osem dari air tangan Datin untuk anda semua boleh cuba.

  1. Sedapnya Kari Kepala Ikan Jenahak Air Tangan Datin Azreen.

KARI KEPALA IKAN JENAHAK

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 2 Kepala Ikan Jenahak | bersihkan
  • 3 batang bendi | buang tangkai dan hujung
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat  tebal
  • 2 biji tomato | belah dua

 A: Bahan Tumis:

  • ½ sudu teh halba
  • 2 tangkau daun kari | lurut dari tangkai

B: Bahan Kisar:

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cawang  rempah kari  ikan
  • 1 cawan air

C: Bahan Lain-Lain:

  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 1 cawan air
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Masukkan bahan A. Masukkan sedikit
  3. Seterusnya, masukkan bahan B, goreng sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Kemudian campurkan bahan C dan masukkan kepala ikan.
  5. Biarkan kuah mengeleggak, kemudian tambahkan asam jawa dan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan bendi, hirisan bawang besar.
  7. Apabila bendi sudah lembut, tutup api dan masukkan tomato
  1. Sedapnya Kari Kepala Ikan Jenahak Air Tangan Datin Azreen.

AYAM TAGIENE MOROCCO

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 ekor ayam  | dipotong 14
  • 3 biji kentang | kupas dan belah 4
  • 2 batang lobak merah | potong bulat tebal
  • 1/4 biji kobis | hiris tebal
  • 2 biji bawang besar | belah 2
  • 1/4  labu | potong tebal
  • 4 ulas bawang putih | ketuk
  • 1/2 cawan kismis

Bahan Rempah:

  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan serbuk Safron
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil  jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Minyak zaitun
  • 1 cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Ayam digaul dengan rempah-rempah dan minyak zaitun.
  2. Masukkan di dalam periuk tagin.
  3. Susan secara berselang seli sayur-sayuran.
  4. Taburkan garam secukupnya.
  5. Tambahkan air.
  6. Masak sehingga ayam dan sayur-sayuran empuk.
  7. Jika kurang masin tambahkan garam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI