Selamat Hari Merdeka Malaysia! Moga negara kita ini sentiasa aman, makmur dan lebih maju. Oh… Ada yang bercadang nak masak menu istimewa buat keluarga sempena cuti hari merdeka ini? Ini antara menu-menu enak selera orang Malaysia yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengah hari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Jom cuba!

 

KOLEKSI MENU MAKAN TENGAH HARI YANG SEDAP & MUDAH SEMPENA HARI MERDEKA

 

1. NASI DAGING

Sedapnya…Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Boleh Masak Sempena Hari Merdeka

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging – rebus empuk
  • 1kg beras basmathi – cuci & tos
  • 1.5kg air
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 1 kiub pati daging
  • 1 helai daun pandan
  • 2 biji tomato – belah empat
  • Garam secukup rasa

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga

BAHAN HIRIS:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia

BAHAN AIR ASAM:

Ads
  • 10 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 30gm belacan
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit gula
  • Garam jika perlu
  • 2 biji tomato
  • 2 biji bawang besar
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan.
4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata.
7. Hidangkan bersama nasi daging.

 

2. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM

Sedapnya…Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Boleh Masak Sempena Hari Merdeka

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang saiz XL – bersihkan
  • 1 cekak daun selom – celur seketika
  • 700ml santan
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 batang serai – titik
  • 1 helai daun kunyit – hiris
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili padi
  • 4cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan.
2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api.
4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta sedia untuk dihidangkan. 

 

3. SATE DAGING GORENG

Sedapnya…Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Boleh Masak Sempena Hari Merdeka

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging – hiris kecil & nipis
  • 200gm kacang tanah – sangai & kisar
  • 1/2 cawan gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 20 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 4 batang serai
  • 2cm lengkuas
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih

CARA MEMASAK:
1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati.
3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak.
6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya.
7. Sedia untuk dihidangkan.

 

4. KARI IKAN BAWAL MAS

Sedapnya…Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Boleh Masak Sempena Hari Merdeka

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga
  • 200ml santan
  • ½ cawan air asam
  • 3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 3 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 ½ sudu makan rempah penumis
  • 2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIRIS:

Ads
  • 1 biji bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia

BAHAN TAMBAHAN:

  • 1 biji terung panjang – belah dua & potong empat
  • 3 biji bendi – potong dua
  • 1 biji cili merah – belah dua
  • 1 biji cili hijau – belah dua
  • 1 biji tomato – belah empat

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api.
3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa.
4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah 2-3 minit, tutup api dan hidangkan segera.

 

5. SOTONG BAKAR SERAI

Sedapnya…Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Boleh Masak Sempena Hari Merdeka

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg sotong bersaiz XL – bersih & toskan
  • 100ml santan kotak
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 tangkai cili kering
  • 2 batang serai
  • 2 ulas bawang putih

BAHAN SUMBAT:

  • 2 keping tauhu
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan daging kisar
  • 1 biji bawang besar – dadu halus
  • 3 biji bawang merah – cincang halus
  • 2 ulas bawang putih – cincang halus
  • 3 biji cili merah – cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan perapan sotong, campurkan bahan kisar bersama santan. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Ketepikan.
2. Bagi menyediakan bahan sumbat sotong, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Tambahkan daging kisar, tumis hingga kering.
4. Masukkan tauhu yang dihancurkan. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Tutup api dan sejukkan.
6. Bila inti sejuk, pecahkan telur, kacau rata dan tambahkan hirisan daun bawang serta daun ketumbar.
7. Sumbat bahan isian ke dalam sotong, padatkan dan tutup guna kepala sotong. Pin guna lidi dengan kemas.
8. Gaul sotong dengan bahan perapan. Perap seketika.
9. Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan panggang sotong guna api sederhana hingga masak. Sedia untuk dinikmati.

Ads

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak sempena Hari Merdeka di laman web RASA:

Pedas & Sedap. Sotong Phat Phet Thai Ni Memang Rugi Kalau Tak ‘Try’

Resipi Hakka Style Yong Tau Foo. Mudah Buat & Memang Sedap!

Cara Buat Kuih Kasturi Sedap & Tepung Salut Yang Rangup

Resipi Puteri Ayu Cheese Warna Warni. Comel & Sedap Dimakan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap yang anda boleh cuba sempena cuti Hari Merdeka di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=SzpT6Ci3EGQ&t=37s

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI