
Anak-anak bila cuti asyik nak makan je, mesti mak-mak pening nak masak apa lagi. Dah macam-macam menu masak, tapi kalau risau anak jemu ini ada idea sempoi yang boleh dicuba, Lempeng Kapit, Inti Keju yang sungguh sedap dan senang je nak buat. Apa kata kalau ajak anak-anak buat sekali, barulah meriah di dapur. Senang ye, jangan tak cuba.

LEMPENG KAPIT INTI KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung gandum
- 2 sudu makan gula pasir
- Secubit garam
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 biji telur |kacau
- 300ml susu cair
- 2 sudu makan mentega |cairkan
BAHAN INTI:
- Keju parut secukupnya
- Susu pekat manis secukupnya
- Mentega secukupnya | untuk dioleh pada permukaan lempeng
CARA MEMASAK:
1. Campur tepung gandum, gula pasir, garam dan serbuk penaik. Gaul rata.
2. Tuangkan susu dan telur ke dalam bekas berisi campuran tepung.
3. Adun rata supaya tidak bergentel.
4. Tambahkan mentega yang telah dicairkan, adun lagi hingga sebati.
5. Seterusnya panaskan kuali non stick dengan api kecil.
6. Setelah kuali panas satu senduk kecil adunan di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan ia mengembang berlubang-lubang.
8. Setelah masak sepenuhnya, angkat sapu permukaan dengan mentega, diikuti susu cair.
9. Akhir taburkan parutan keju dan lipat. Lakukan hingga adunan habis.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kolej Yayasan Felda Pahang Bentuk Tenaga Kerja Mahir,Penginapan & Makan Minum Percuma

Bagi pelajar yang meminati bidang kulinari, rebutlah peluang menyambung pengajian di Kolej Yayasan Felda Pahang. Tak mampu, usah risau kemudahan penginapan dan makan minum disediakan.
Yayasan Felda ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada tahun 1998. Objektifnya adalah menjadi pemancu pembangunan generasi yang progresif dan menambah nilai untuk kepentingan warganegara Malaysia.

Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosio ekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara.
Yayasan Felda secara terus terlibat dalam melakksana dan menggalakkan kerja-kerja amal, kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan dan latihan, kesihatan serta kebajikan.

Kolej Yayasan Felda (KFY) diwujudkan bagi menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada kepada generasi Felda dan warga Malaysia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan industri. Ia terletak di dua lokasi.
Kolej Yayasan Felda Pahang tertumpu kepada bidang Hospitaliti manakala Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan pula memfokuskan kepada bidang Pentabiran Fesyen, Jahitan, Dialisis dan Pengurusan Pejabat bermula dari tahap satu (1) hingga ke diploma.

Konsep latihan yang dijalankan di kedua – dua kolej adalah secara bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak . Komponen latihan yang dilaksanakan secara latihan Kemahiran teori dan praktikal, kepimpinan dan ketatanegaraan, keagamaan serta kerohanian.

Latihan Kemahiran ini berorientasikan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS) Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK). Semua pelajar yang mengikuti kursus di Kolej Yayasan Felda akan diberikan kemudahan penginapan dan makan minum secara percuma.

Kolej Yayasan Felda Pahang dilengkapi dengan kemudahan Bilik Latihan, Makmal Komputer, Restoran Amali, Dapur Amali, Kafe dan Pusat Sumber. KYF Pahang juga memberi pendedahan amali kepada para pelajar semasa mereka menjalani Latihan Industri di restoran atau dipelbagai rangkaian hotel terkemuka diseluruh negara. .
Di antara kursus-kursus yang berkaitan dunia kulinari ialah Diploma Penyediaan Dan Pembuatan Makanan, Diploma Pengurusan Bahagian Makanan Dan Minuman, Sijil Pembuatan Pastri, Sijil Operasi Servis Makanan Dan Minuman serta Sijil Koordinasi Pengurusan Acara.

Pelajar yang menuntut disini mempunyai peluang dan masa hadapan mereka yang luas kerana mereka menerima kualiti pendidikan dan kemahiran terbaik.Kerjasama dengan pelbagai industri melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang dibuat oleh Yayasan Felda memudahkan pelajar menjalani latihan industri sekaligus menempatkan diri untuk membina kerjaya masa hadapan.

.
Bidang TVET ini mempunyai kelebihan tersendiri ia menjanjikan masa depan dan peluang yang cerah. Jika pelajar tidak mendapat tempat dalam akademik masih banyak peluang terbuka buat pelajar dalam bidang-bidang lain terutama bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Kolej Yayasan Felda.

.
Hasrat dan iltizam tinggi kolej ini adalah untuk menjadikannya sebagai institut seni kulinari dikenali di Malaysia. Felda dan FGV merupakan tunggak utama memberi dana bagi kelangsungan operasi Kolej Yayasan Felda.

INFO INSTITUSI:
Nama institusi : Kolej Yayasan Felda Pahang
Alamat : feldajaya Timur Mempaga,28600 Karak Pahang Maklumat lanjut : http://www.yayasanfelda.org Facebook: YayasanFeldaOfficial
ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK TERKINI, JIMAT ELEKTRIK DAN GERENTI MAKANAN KEKAL SEGAR, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI DI LINK INI :
Tujuh Sajian Kampung 20 Laman Café, Ubat Kerinduan Desa Tercinta
Air Tangan Bekas Askar Ini Berjaya Pikat Hati Juri, Sharifudin Saleh Luah Rasa Syukur

Minat yang mendalam dalam bidang masakan sejak dari kecil lagi membuatkan Mohd Sharifudin bin Saleh bertekad untuk menyertai Pertandingan JagOH Rasa BABA’S. Selain minat, dia sebenarnya mahu mencabar dirinya untuk menghasilkan satu hidangan yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Orangnya nampak tenang dan bersahaja. Tentu anda sendiri tidak menyangka bahawa dia adalah seorang bekas askar. Ternyata dia sungguh gembira dan meluahkan rasa syukur pabila namanya diumumkan sebagai Top 2 bagi Team Selatan. Apatah lagi team Selatan memperoleh markah tertinggi pada ketika itu.


“Apabila diumumkan berjaya ke peringkat separuh akhir, memang saya sangat teruja. Rasa nak pusing satu mall tapi kenalah control macho,” ujarnya sambil tertawa.
Memilih menu Lamb Chop Hitam Manis Masa’la BABA’S, Sharifudin Saleh cuba mengolah menu dari Barat ini kepada cita rasa timur tengah dan tempatan. Gabungan pelbagai rempah dari BABA’S serta campuran herba dari Timur Tengah mencipta satu rasa yang berbeza dan sempurna dalam hidangan ini.


Rasa seronok dan gembira apabila menerima komen yang positif daripada pihak juri. Maknanya mereka boleh menerima olahan resipi saya. Bila mereka beri pujian, hati saya dah terdetik yang saya ada peluang untuk mara ke peringkat yang seterusnya. Tak sangka. Ibarat mimpi menjadi kenyataan

Disoal tentang harapan jika menjadi Top 4, tentulah dia mahu menjadi JAGOH RASA BABA’S 2022. Tiada lain yang diharapkan selain menjadi juara dan tentunya dia akan melakukan sehabis baik demi menaikkan nama Team Selatan. Gegau jangan tak gegau, sehingga peluh yang terakhir!
LAMB CHOP HITAM MANIS MASA’LA BABA’S

BAHAN-BAHAN:
- 500gm lamb chop
- 1 sudu makan minyak sapi
- 1 sudu makan mentega
- 3 sudu makan minyak masak
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 100gm Serbuk Kari Daging BABA’S
- 50gm Serbuk Kari Ikan BABA’S
- 25gm Serbuk Rempah Masala BABA’S
- 2 sudu makan kicap pekat
- 10gm madu batu
- 5gm western herb
- 1 sudu makan rosemary
- 1 sudu makan Serbuk Jintan Putih BABA’S
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi dan mentega.
- Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar dan rempah-rempah sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan lamb chop, masak sehingga lembut dan sempurna.
- Letakkan madu batu, kicap pekat dan garam.
- Bila sudah masak, bolehlah hidangkan mengikut kreativiti anda.
- Selamat mencuba.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta
Sahur & Iftar Jadi Lebih Mudah Dengan Freshable. Confirm Sedap & Berkhasiat!







