Kambing yang dimasak beriani, memang sedap. Rasa berempah dan daging kambing dimasak lembut menjadikan lebih sedap ketika dimakan. Campuran kentang menjadikan kuah beriani tambah sedap kerana lebih pekat. Lengkap pula dengan sayur seperti lobak merah dan tomato.

Jom kita lihat resipinya.

BERIANI KAMBING

Sedapnya Makan Beriani Kambing, Dagingnya Lembut dan Menyelerakan

Ads

BAHAN-BAHAN
1 kilo daging kambing
4 sudu besar rempah beriani
1 biji bawang besar (dipotong 4)
3 cawan air (boleh guna air rebusan daging kambing)
3 biji kentang (dipotong 4)
1 cawan yogurt asli
2 biji tomato (dibelah 4)
1 ikat daun ketumbar (dipotong kasar)
3 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMISAN
5 biji bawang merah (kisar halus)
3 ulas bawang putih (kisar halus)
1 inci halia (kisar halus)
Rempah 4 sekawan

CARA MEMBUAT
1. Daging kambing dibasuh dengan tepung gandum untuk hilangkan bau hamisnya. Masukkan dalam periuk dan rebus sehingga empuk.
2. Apabila sudah empuk, perap daging kambing dengan rempah beriani.
3. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Kemudian, tumis BAHAN TUMISAN sehingga wangi. Masukkan bawang besar. Tumis lagi.
4. Masukkan daging kambing yang telah diperap dengan rempah beriani. Kemudian masukkan air rebusan daging kambing tadi.
5. Kacau semua sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan kentang dan yogurt. Masak sehingga kentang empuk.
6. Selepas kentang empuk, masukkan tomato, daun ketumbar, cili merah dan cili hijau. Masukkan juga garam dan gula.
7. Biarkan masak seketika dan boleh tutup api.

Ads

Siap!

Sedapnya Makan Beriani Kambing, Dagingnya Lembut dan Menyelerakan
Beriani kambing sedap dimakan bersama nasi minyak.

Selamat mencuba!

Ads

Sumber: Hidayati Hana

Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI