Punten rasanya sedap dan selalu menjadi pilihan untuk menu sarapan pagi. Macam nasi lemak tapi bukan. Yang yang membezakannya ialah Punten dilenyek dan dijadikan berbentuk. Jom kita cuba resipi Punten seperti yang dikongsikan oleh Shanaszy Aisy ini.
BAHAN-BAHAN:
1:3 sukatan beras dan santannya.
2 pot beras
6 pot santannya. Guna sebiji kelapa.
Sedikit garam bagi rasa lemak-BELI SINI
Letak sikit kelapa parut (suka hati nak letak ke tak)
CARA MEMBUAT:
1. Cuci beras sampai bersih, lepas itu masuk santan, garam, kelapa parut. Masak macam masak nasi lemak, cuma lebihkan airnya.
2. Lepas itu bila sudah kering airnya, matikan api. Kacau dan kaup balikkan.
3. Ambil botol, sarung dengan plastik supaya mudah untuk menumbuk bagi lagi tekstur lumat. Botol apa-apa pun boleh. Guna botol sos tomato pun boleh. Boleh juga guna pelepah kelapa yang di repair bagi cantik dan guna sebagai alat menumbuk. Nampak lagi tradisional bukan?
4. Sudah lumat, kepal-kepalkan bentuk ikut suka. Kalau panas alas dengan plastik. Nak bentuk lebih cantik, guna acuan kuih pun boleh.
5. Boleh juga alas talam atau loyang dengan daun pisang. Selepas itu tuang sahaja dan ratakan. Kemudian, sejukkan. Apabila sudah sejuk barulah potong. Rupanya cantik bila dipotong ikut persegi!
Pasangan menu Punten ini tentulah sambal bilis.
RESIPI SAMBAL BILIS:
BAHAN-BAHAN:
Sengenggam cili api
7-8 biji bawang merah –BELI SINI
3-4 biji bawang putih- BELI SINI
2 genggam ikan bilis. Segenggam dikisar. Selebihnya nanti tabur dalam sambal masa dimasak nanti.
Sedikit belacan jika suka – BELI SINI
Garam dan gula secukup rasa
1-2 asam keping –BELI SINI
Masak semua bahan di atas. Bila sudah masak, sambal bilis bolehlah digandingkan dengan Punten tadi.
Sumber kredit: Shanaszy Aisy via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
BELI ONLINE MULTI-LAYER ROTATING KITCHEN RACK
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official