Siapa di sini suka makan sata? Lebih-lebih lagi bila berkunjung ke Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Pasti sata antara menu yang dicari.
Sata adalah sejenis makanan ringan yang diproses dari isi ikan. Kemudian dibalut dengan daun pisang dan dibakar. Lagi sedap bila dibakar menggunakan sabut kelapa. Memang naik aromanya.
Hasil perkongsian daripada Mazah Dollah ini, diharapkan dapat mengubati kerinduan buat perantau Pantai Timur yang tidak dapat balik ke kampung.
1. Bahan yang bertanda * dikisar. Atau boleh juga ditumbuk. Ketepikan. 2. Ikan yang direbus tadi dibuang tulang, kemudian tumbuk hingga hancur. 3. Kemudian, gaulkan isi ikan sekali dengan bahan kisar tadi dan kelapa. 4. Masukkan air asam jawa dan telur. Gaulkan.
5. Perasakan garam dan gula. Akhir sekali, gaulkan dengan daun kesum dan hirisan cili hidup.
Ads
6. Buang kelongsong guna daun pisang. Masukkan dalam sesudu besar penuh adunan. Tutup kemas dan cucuk dengan lidi atau pencucuk besi. Bakar sehingga masak.
*Nak guna ikan mentah pun boleh. Lepas siang, bersihkan. Kemudian ambil isi dan kisar guna mesin pengisar kering atau tumbuk guna lesung. *Kalau tak ada daun pisang, boleh buat guna kulit popia. Ha yang tu namanya popia satar. Kena goreng ye.
Telur selalu jadi lauk penyelamat kalau takda lauk atau kalau nak cepat. Apa yang lebih penting, telur sangat sedap dimasak apa saja menu dan sangat mudah disediakan. Sebab tulah menu telur ini menjadi kesukaan kanak-kanak dan orang bujang. Telur juga wajib ada dalam setiap dapur. Kalau hari teringin masak masak telur, nini dua menu telur paling sempoi dan sedap ye….
TELUR KICAP BAWANG & CILI POTONG BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
2 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
20 biji cili padi merah dan hijau | hiris
3cm halia | hiris halus memanjang
4 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh cuka
Sedikit air
Sedikit garam dan gula jika perlu
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng telur sebiji sebiji hingga habis.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumis bahan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan hirisan cili padi.
4. Kacau rata hingga bahan tumisan layu.
5. Masukkan sos tiram, kicap dan cuka. Kacau rata dan tambah sedikit air.
6. Jika belum masin, boleh tambah sedikit garam dan gula.
7. Setelah cukup masak. Tuangkan tumisan ini di atas telur goreng.
8. Telur Kicap Bawang dan Cili Potong sedia dihidangkan panas-panas.
.
KARI TELUR KENTANG BAHAN-BAHAN:
10 biji telur |rebus dan buang kulit
700ml santan
1/2 cawan air asam jawa
3 biji kentang | belah empat
2 biji cili hijau | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji tomato | belah enam
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
REMPAH PENUMIS :
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS HALUS:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.
2. Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili dan kunyit.
3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.
4. Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.
5. Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7, Setelah cukup rasa, tutup api dan kari telur sedia dihidangkan
Mee kuah ini seakan mee sup tapi ada kelainan dari segi rasa dan cara memasak. Cara membuat hidangan dari Pantai Timur ini memang ringkas namun sedap.
Tapi syaratnya selepas siap dmasak ia perlu dimakan terus. Ini kerana mee akan dimasak sekali dengan kuah. Jika dibiarkan lama, mee menyerap kuah. Cara membuatnya dikongsi oleh Mohamad Ridhuan Othman.
Cara buat mi kuah stail pantai timur
Bahan-bahan
Mee kuning – rendam seketika dengan air panas dan toskan
Lada hitam biji
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland- dihiris
Ayam – dihiris
Daging – dihiris
5-6 ekor udang
Sawi- dipotong
Kubis – dipotong
1 biji tomato -dibelah
Cili besar – dihiris halus
2 biji telur
Garam
Cara membuat:
1. Tumbuk kasar lada hitam kemudian tumbuk sekali bawang putih bersama lada hitam tadi.
2. Panaskan minyak, dan tumis lada hitam dan bawang putih yang ditumbuk tadi.
3. Bila tumisan naik bau, masukkan daging. Apabila daging separuh masak. Masukkan hirisan bawang holland.
4. Masukkan udang dan ayam kemudian tuang air dalam lesung serta masukkan dalam kuali (kuantiti air ikut cita rasa).
5. Bila kuah mendidih, masukkan mi kuning dan bahan sayur. Biarkan dalam seminit kemudian terus matikan api.
6. Tabur cili besar, masukkan dalam mangkuk dan terus hidangkan. Mi kuah ini sebaiknya dimakan selepas masak supaya mi tak kembang dan menyerap kuah.
7. Lagi sedap hidangkan dengan telur goyang. Cara membuatnya panaskan air, letak sedikit cuka dan pecah telur. Bila telur masak, angkat. Hidangkan bersama dengan mi.
Lauk yang sedap selalunya yang ringkas saja. Tak perlu gulai atau kari bagai, menu mudah seperti tumis timun ini saja sudah cukup untuk buat kita menambah nasi.
Lauk tumis timun ini hidang dengan ikan goreng dan sambal belacan dah cukup sedap. Jika tak pernah rasa keenakan tumis timun ini bolehlah cuba membuatnya.
Cara buat tumis timun yang ringkas
Bahan-bahan
Timun – dihiris
Bawang putih – ditumbuk
Ikan bilis – ditumbuk
Garam dan gula
Kiub ayam
Cara membuat:
1. Tumis bawang putih dan ikan bilis hingga garing kemudian letak sedikit air.
2. Masukkan timun bersama garam, gula dan kiub ayam. Kacau.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.