
Isi Kandungan
ToggleWaktu cuaca hujan ini antara menu yang popular adalah kulat sisir. Boleh digoreng, ditumis tapi jika dibuat masak lemak lebih enak. Gulai ini wajib dimasukkan ikan bilis dan akan jadi paling sedap jika dimasukkan sekali ikan masin. Nikmatnya tak terkata.
Resipi masak lemak kulat sisir dengan ikan masin
Bahan-bahan
Kulat sisir
1 biji bawang besar -ditumbuk kasar
7 tangkai cili padi -ditumbuk kasar
1 batang serai -dititik
Serbuk kunyit
1-2 asam keping
Ikan masin talang – dipotong kiub dan digoreng (ambil 6-7 ketul)
Segenggam ikan bilis -ditumbuk kasar
1 kotak santan segera
Cara memasak
1. Kulat sisir direndam setengah jam. Buang habuk-habuk kayu dan basuh hingga bersih.
2. Tumis bawang dan cili padi yang ditumbuk bersama serai hingga pecah minyak dan garing.
3. Masukkan serbuk kunyit dan asam keping, kacau.
4. Kemudian masukkan kulat sisir. Tuang air hingga menutupi sedikit paras kulat sisir.
5. Masukkan ikan masin bersama ikan bilis. Gaul sebati dan masak lebih kurang 15 minit.
6. Selepas itu masukkan santan, masak lebih kurang 2 minit dan tutup api. Sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Noor Laila Aniza Binti Zakaria
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sayur Memang Sedap Dimakan, Tetapi Pastikan Dicuci Bersih, Kalau Boleh Siat Dulu!

Isi Kandungan
Toggle

Namun demikian, sayuran-sayuran air atau sayuran lain yang banyak rongga dan lipatan sering kali terdapat ulat kecil-kecil yang boleh dilihat dan tidak terlihat ketika kita cuci. Seperti kangkung juga biasanya ada cacing dan telur lintah di balik daun atau juga di dalam batang kangkung. Bahkan juga terdapat pada sayuran lain seperti Brokoli, warna ulatnya pun hampir sama dengan warna bunga Brokolinya. Perlu diingatkan bahawa bintang ini liat untuk mati walaupun sudah dimasak. WASPADA YA MAK-MAK!

Tip cara membersihkan sayuran air supaya ianya betul-betul bersih?
- Untuk membersihkannya, sediakan garam 1 sudu makan kemudian masukkan ke dalam air dan rendam sayuran yang akan dimasak tersebut untuk beberapa saat. Biasanya binatang-binatan kecil yang melekat pada sayuran akan terlepas dan keluar dengan sendirinya karena air rendamannya masin.
- Setelah selesai rendaman dengan air garam, sayuran dicuci dan dibilas dengan air bersih.
RESEPI KANGKUNG BELACAN NYONYA

- kangkung / ong choy / bayam air / potong panjang 3 inci (450g)
- 3 biji cili merah (potong)
- 6 hingga 8 bawang merah atau 1 bawang sederhana (dikupas dan dipotong)
- 3 ulas bawang putih (dikupas)
- 1 sudu makan udang kering (dibasuh dan direndam selama 10 minit untuk melembutkan) (15g)
- ¾ inci kiub belacan (dibakar)
- 2 sudu besar minyak sayuran
- Garam secukup rasa
Cara-Caranya:
- Pastikan untuk membilas sayuran dengan bersih dan baik kerana ia boleh menjadi halus.
- Campurkan cili merah, bawang merah, bawang putih, udang kering, dan belacan dengan 2 hingga 3 sudu air menjadi pes.
- Dalam kuali besar atau kuali, minyak haba. Campurkan campuran dicampur selama 4 hingga 5 minit sehingga harum.
- Masukkan kangkung dan goreng pada api tinggi selama 2 hingga 3 minit sehingga sayur-sayuran layu sedikit. Tambah sedikit garam secukup rasa.
- Siap untuk dihidangkan.
Sumber resepi: www.rotinrice.com / google
Resipi Sayur Peria Sumbat, Guna Rencah Tumbuk Ni Memang Jadi Lebih Sedap

Pernah cuba makan Sayur Peria Sumbat? Sedap tau resipi perkongsian saudari Nursidah Muhd Amin ni. Bagi anda yang nak cuba makan sayur pahit ini tapi dalam versi yang lebih sedap, resipi ini tentunya yag terbaik. Mudah dimasak dan enak dimakan. Selamat mencuba!
CARA MASAK SAYUR PERIA SUMBAT
BAHAN-BAHAN:
2-3 biji peria – potong dalam 2-3 inci
1 biji bawang merah – tumbuk
1-2 ulas bawang putih – tumbuk
1 biji cili merah – tumbuk
1 batang serai
Sedikit air
Sedikit udang
Santan secukupnya – boleh guna santan kotak
Bawang merah secukupnya – jadikan bawang goreng
Minyak masak
BAHAN INTI SUMBAT (TUMBUK HALUS):
1 biji bawang merah – beli online disini
1-2 ulas bawang putih – beli online disini
Sehiris halia
Sedikit serai
1 biji cili merah
Sedikit cili padi
Sedikit serbuk kunyit – beli online disini
Sedikit isi udang
1-2 genggam kelapa parut separa muda – ambil putih sahaja
Sedikit tepung gandum – beli online disini
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit lada sulah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Potong peria dalam 2-3 inci. Buang empulurnya dan basuh bersih.
2. Untuk membuat inti sumbat, tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, sedikit serai, cili merah dan cili padi hingga halus. Letak juga sedikit serbuk kunyit.
3. Kemudian masukkan isi udang. Tumbuk lagi.
4. Masukkan kelapa parut. Sebaiknya guna kelapa yang separa muda. Ambil putihnya sahaja.
5. Bila sudah tumbuk semua bahan, masukkan ke dalam bekas. Tambahkan sedikit tepung gandum, garam, perasa, lada sulah dan sebagainya ikut cita rasa.
6. Inti akan jadi begini.
7. Sumbat inti secukupnya ke dalam peria. Ketepikan.
8. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah yang telah ditubuk. Masukkan juga serai. Tumis hingga wangi.
9. Bila sudah naik bau, masukkan sedikit air.
10. Masukkan juga udang. Boleh guna udang bersaiz kecil sahaja.
11. Bila air sudah mendidih, masukkan peria.
12. Setelah peria kelihatan setengah masak, masukkan santan. Boleh guna santan yang diperah atau santan kotak.
13. Teruskan merenih hingga peria masak.
14. Sediakan bawang goreng untuk dijadikan hiasan.
15. Masukkan bawang goreng ke dalam periuk peria tadi. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Nursidah Muhd Amin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kak Mas Kongsi Resipi Pajeri Nanas Sedap & Kuah Pekat Tanpa Guna Santan
Pizza Hawaian Chicken Homemade Paling Sedap. Buat Sendiri Guna Bahan Mudah
Resipi Daging Dendeng Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Kg Daging.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
4 Aneka Masakan Cina Sungguh Menyelerakan & Sedap.

Sekali sekala tukar selera masak sajian Cina memang sedap nih. Best kalau dapat makan lauk pauk yang dimasak stail depa. Cendawan, asparagus, akar teratai adalah sayuran yang sering menjadi bahan ramuan yang sungguh enak.
Dicampur makanan laut lagi lah bertambah lazat rasanya. Ni min kongsikan 4 hidangan Cina yang boleh meleleh air liur melihatnya.
1. SAUTÉED ASPARAGUS WITH SHIMEIJI MUSHROOM
BAHAN-BAHAN:
- 300gm asparagus | kupas kulit dan potong
- 20gm shimeiji mushroom
- 20gm lily bulb segar | asingkan lapisan demi lapisan
- 3gm bawang putih | kupas dan biar sebiji sebiji
- 3gm garam
- 3gm serbuk ayam
- 3gm gula
- 30gm minyak masak
CARA-MEMASAK
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng sehingga bawang putih bertukar kekuningan.
2. Masukkan asparagus, lily bulb dan cendawan Shimeiji. Goreng lagi sehingga kelopak lily bulb bertukar menjadi lut sinar.
3. Masukkan garam, gula dan serbuk ayam secukupnya dan teruskan menggoreng untuk seminit lagi.
4. Tutup api dan angkat.
5. Sedia dihidangkan.
Info chef: Lily bulb merupakan akar tangkai (rootstalk) bunga lily dan mirip seperti bawang putih. Di dalam perubatan Cina, ia dikatakan berkhasiat membantu mengurangkan batuk dan sakit tekak.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Rasa segar sayuran
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
2. SAUTÉED SCALLOPS WITH ASSORTED VEGETABLES & MACADAMIA NUTS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm Kekapis (scallop)
- 50gm Kacang Macadamia panggang
- 50gm Batang saderi| hiris
- 50gm Sweet Pea
- 10gm Lily Bulb | asingkan lapisan demi lapisan
- 50gm Lobak merah | hiris
- 50gm Halia | hiris
- 50gm Akar teratai | hiris
- 3gm Garam
- 3gm Serbuk ayam
- 3gm Gula
- 50gm Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan sweet pea, hirisan lobak merah, halia, saderi, lily Bulb, akar teratai dan kekapis. Kacau sekata kira-kira seminit.
2. Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Goreng kira-kira 30 saat.
3. Kemudian masukkan kacang macadamia dan teruskan menggoreng untuk 10 saat lagi. Tutup api dan hidangkan di dalam pinggan.
4. Sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Tekstur kekapis yang agak kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
3. DEEP FRIED SHIMEIJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK
BAHAN-BAHAN:
- 50gm Shimeiji Mushroom | bersihkan, asingkan setiap batang
- 40gm Serbuk kuning telur masin
- 20gm Serbuk Keju Parmesan
- 5gm Serbuk ayam
- 10gm Gula
- 100gm Planta
- 800gm Minyak masak
- 100gm Tepung gandum
- 60gm Air
CARA MEMASAK:
1. Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
2. Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
3. Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
4. Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
5. Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng.
6. Hidangkan ketika panas.
Info chef: Cara membuatnya seperti membuat cendawan goreng celup tepung.
Saiz hidangan: 2-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Sangat sedap
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan goreng
4. SZECHUAN BEEF
BAHAN-BAHAN
- 600gm Daging lembu Australia | bersihkan, potong dadu kira-kira 1.5cm besar
- 50gm Capsikum hijau | potong dadu 1.5cm lebar
- 50gm Capsikum merah | potong dadu 1.5cm lebar
- 50gm Capsikum kuning | potong dadu 1.5cm lebar
- 50gm Lobak merah | hiris nipis, bentukkan seperti bunga
- 20gm Cili kering | potong
- 30gm Spicy Hot Bean Sauce
- 20gm Sos tiram
- 10gm Serbuk ayam
- 4 sudu makan air
- 50gm Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
3. Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
4. Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
5. Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili padi.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Daging yang masih agak kenyal ketika dikunyah
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng