Hari ini, kita kongsikan resipi kari kepala ikan kerapu yang dimasak stail kampung.
Paling best, bila ada 3 ketul kepala ikan yang saiz besar dan segar lagi. Menerusi perkongsian resipi daripada saudara Mohd Rozmie ini, kari ikan ini sedap dimakan dengan nasi panas, ulam timun dan sambal belacan.
KARI KEPALA IKAN
BAHAN-BAHAN;
3 ketul kepala ikan kerapu 8 ulas bawang merah kecil | dimayang – beli online di sini 3 biji cili merah besar | belah tengah & potong dua 1 sudu teh halba campur 3 tangkai daun kari 5 sudu makan rempah kari ikan 2 sudu makan serbuk cili – beli online di sini 1 biji tomato | dipotong kasar 10 batang sayur bendi ½ cawan minyak masak ¼ cawan air asam jawa 100ml santan kotak – beli online di sini
1. Ada 3 ketul besar ikan kerapu ini saya belah dua. Dah alang-alang masak, kali ini saya nak hantar bagi mak mertua dan bapa mertua merasa kari kepala ikan ini.
Ads
2. Bancuh dengan sedikit air 5 sudu makan rempah kari ikan dan 2 sudu makan serbuk cili.
3. Sebelum minyak mula panas, masukkan dulu halba campur. Jangan masukkan masa minyak tengah panas, nanti meletup-letup halba dalam kuali. 4. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah yang telah dipotong mayang. Tumis sehingga bawang merah jadi layu. 5. Bila bawang merah sudah layu, masukkan cili potong dan pes bawang putih dan halia. Kacau sebati.
6. Kemudian masukkan tomato yang telah dipotong kasar. Masukkan daun kari. Kacau sebati sehingga tomato jadi layu. 7. Masukkan bancuhan rempah kacau sehingga rempah pecah minyak. Kena rajin kacau takut rempah jadi hangit.
8. Masukkan air lebihan rempah yang ada kat mangkuk tu. Tumis rempah sehingga pecah minyak. Tambah setengah cawan air, kacau lagi sehingga rempah masak. 9. Bila nampak kering tambah lagi sedikit air dan kacau lagi. Saya lakukan dua atau 3 kali supaya rempah betul-betul masak elok. Kalau rempah tak masak elok, nanti kari tak sedap.
Ads
10. Bila rempah sudah betul-betul masak elok, masukkan air asam jawa sedikit dahulu. Nanti jika kurang masam boleh tambah kemudian. 11. Lepas tu tambah secawan atau dua cawan air mengikut sukatan ikan yang dimasak.
12. Kemudian masukkan kepala ikan yang telah dicuci bersih tadi biarkan sehingga kari mereneh dan ikan masak. 13. Bila kari dah mula mereneh masukkan sedikit santan. Tak perlu santan banyak, nanti tak sedap kari. Saya masuk 100ml saja atau separuh kotak. 14. Perasakan dengan garam secukup rasa. Jika kurang masam boleh tambah sedikit lagi air asam. Jika perlu sedikit gula boleh jer tambah untuk seimbangkan rasa. 15. Akhir sekali masukkan kacang bendi dalam seminit camtu, dah boleh tutup api.
Sekali sekala, kita alihkan selera buat bentuk bahulu berbeza daripada biasa. Siapa ada perisa lemon lagi.
Perkongsian resipi daripada saudari Keroroyz Royz ini, pasti membuatkan anak-anak tertarik dan terus ngap ke dalam mulut!
CLASSIC FRENCH MADELEINES
(boleh hasilkan 24 biji)
Sumber @cookingsee
BAHAN-BAHAN:
60g tepung naik sendiri – beli online di sini 60g gula kastor (saya kurangkan kepada 50g) – beli online di sini 60g pure butter dicairkan (microwave 20sec) 60g telur / 1 biji telur gred A 2g baking powder – beli online di sini 1 sudu teh lemon zest (bahagian kuning kulit lemon sahaja diparut)
CARA-CARA:
1. Sapukan butter pada madeleine pan dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
2. Gaul lemon zest bersama gula dan ketepikan.
3. Di dalam mangkuk yang sesuai, pukul/whisk sedikit telur, tak perlu hingga kembang.
4. Masukkan gula dan lemon zest, whisk sebati.
5. Di dalam bekas lain, ayak tepung bersama baking powder ulang dua kali.
6. Campurkan tepung ke dalam adunan telur dan whisk hingga licin dan tidak berketul.
7. Masukkan butter yang telah dicairkan. Whisk hingga shiny dan glossy. Jika adunan menjadi seperti bertali semasa dituang, bermakna adunan sempurna sebaliknya jika berketul kira tak jadi/fail.
8. Tutup dengan cling wrap dan sejukkan dalam peti sejuk selama satu jam. 9. Selepas 1 jam, panaskan ketuhar pada suhu 180C. 10. Keluarkan madeleine pan dari peti sejuk dan ayakkan tepung naik sendiri di dalam setiap lubang pan. Terbalikkan dan ketuk loyang untuk keluarkan lebihan tepung.
11. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan kaup balik sedikit. Masukkan ke dalam pipping bag dan pipekan sebanyak 3/4 (90%) adunan ke dalam setiap lubang pan.
12. Bakar pada suhu 180C selama 12 minit sahaja. Untuk pan saiz kecil, 8-10minit sahaja. Madeleine kira menjadi jika bahagian atasnya nampak kembung/hump.
*nota: kira macam scone, bahan sikit tapi teknik kena betul. 50g gula pun saya rasa manis lagi. Wangi bau lemon dan macam rasa kek lemon juga, cuma bahagian luar rasa rangup sikit. Sedap makan pada hari yang sama dibuat.
Donut hijau lah pulak, cantik aje warnanya. Hijau bukan sebarang hijau, tapi enak dengan pati pandan .
Gebu gabas ada santan dan pandan. Kalau uli tangan guna air suam dan yang guna bread mixer boleh guna air sejuk dari peti ais. Uli elok-elok sampai doh lembut dan tak melekat di tangan. Nak lagi lembut masukkan sikit bread improver. Makan panas-panas dengan air kopi atau teh, memang nikmatlah.
DONUT PANDAN
Bahan A : 450gm high protein ( sya guna Japanese bread flour brand Meriah ) 50gm tepung gandum 3 sudu besar PATI PANDAN ( bole guna food colouring ) 4 sudu besar PATI SANTAN 100gm gula halus 50gm susu tepung 1/2 sudu besar baking powder 1 sudu besar instant yis
Bahan B : 3 biji KUNING TELUR 150- 200gm air dari peti sejuk **khas yg guna BREAD MAKER DAN MIXER** KALAU ULI DGN TANGAN GUNA AIR SUAM. dan stop bila doh lembut.
Bahan C: 50gm mentega atau marjerin 10gm CREAM SUPER ATAU BREAD IMPROVER /BREAD SOFTENER
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. GAUL rata Bahan A hingga sebati. 2. MASUK B dimulai dgn 3 biji kuning telur + air sikit demi sikit. Jangan isi sekali Gus . 3. MASUK C dan gaul rata . 4. Masuk garam gaul rata dan last akhir masukkan mentega/marjerin 5. Dan mixkan sampai jadi doh yg licin dan elastik. ( sya guna mixer dalm 30 minit lebih kurang)
6. OFF mixer dan uli tangan 3 minit. 7. Timbang 35gm Dan bulatkan sehingga habis adunan. 8. Tutup adunan dgn kain Selama 15minit. 9. Selepas 15 minit lubangkan adunan donut Dan tutup dgn kain sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 30 minit. 10. Panaskan minyak letak 2 sudu besar shortening dan goreng. Control api sekali balik aja tuk dptkan ring di donut.😀.API sederhana.
Tips Potong kecil kertas baking paper Dan letak donut atas baking paper senang utk diangkat supaya donut tak penyet.
Thailand memang terkenal sebagai surga makan yang lazat, gabungan rasa masam, manis dan pedas dalam kebanyakan menu jalanan. Memang patutlah kalau negara Thai ini dikatakan syurga makanan, korang yang tak berkesempatan ke Thai, Ini antara menu streatfoodnya yang popular Rasa kongsikan untuk korang semua cuba masak sendiri.
PAD GRA PROW (THAI BASIL BEEF)
BAHAN-BAHAN:
150gm daging | hiris nipis & gaul dengan 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
4 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan cili benggala
1/2 biji bawang besar | hiris
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh gula
1 sudu makan sos ikan
1 cawan daun selasih Thai
Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala.
3. Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
4, Tumis hingga wangi dan bawang layu.
5. Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
6. Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih.
7. Gaul lagi hingga daun selasih layu.
8. Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.
HOR MOK PLA (THAI CURRY FISH CUSTARD
BAHAN-BAHAN:
200 gram isi ikan tenggiri
1 sudu makan pes kari merah
150 gm santan
2 sudu teh sos ikan
1 sudu teh gula
1 biji telur
3-5 helai daun limau purut | hiris nipis
10-15 helai daun selasih Thai
1 biji cili merah |untuk hiasan
Daun pisang | untuk mangkuk
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan dalam bekas.
2. Kacau rata dan sebati.
3. Seterusnya masukkan hirisan daun selasih dan sedikit daun limau purut di tapak mangkuk daun pisang.
4. Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga 3/4 mangkuk.
5. Kukus selama 10-15 minit.
6. Sebelum hidang letak sedikit baki santan di atas permukaan Horm Mok Pla dan hias dengan sedikit hirisan daun limau purut dan cili merah di atasnya.
KAO MOK GAI (NASI BRIANI THAI)
BAHAN-BAHAN: REMPAH RATUS (DI KISAR):
2 sudu teh serbuk kari ayam/daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
NASI:
5 cawan beras basmathi | rendam 30 minit kemudian tos
4 sudu makan minyak sapi
4-5 ulas bawang merah | hiris
3 cm halia| hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3 batang akar ketumbar
2-3 sudu makan rempah Kao Mok Gai
200ml susu cair
1 ekor ayam | potong lapan
8 cawan air
garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji pelaga
4 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Cuci ayam dan toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dengan api perlahan.
4. Tumiskan bahan rampah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
5. Masukkan rempah Kao Mok Gai dan terus kaca, setelah garing masukkan akar ketumbar dan air.
6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Tutup api dan angkat ayam kemudian toskannya.
8. Gaulkan ayam dengan satu sudu remah Kao Mok Gai, sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan perapkan seketika.
9. Sementara itu sediakan nasi, Masukkan tujuh caawan air rebusan ayam dalam periuk elektrik bersama susu cair, apabila mendidih , perasakan dengan garam secukupnya sebelum dimasukkan beras yang teah ditoskan tadi.
10. Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa.
11. Sementara nasi masak, panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi menggunakan api sederhana.
12. Setelah garing angkat dan hidang bersama nasi Kao Mok Gai bersama hirisan timun, tomato dan sos cili Thai.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!