
Mi Kolok Sarawak ni kalau tengok resipi memang nampak rumit tapi bila makan memang berbaloi sedap dan gerenti puas hati. Jadi apa kata kita cuba masak sendiri. Kalau sudah biasa mesti mudah,
Cubalah ye..
Mi Kolok Daging Sarawak
Bahan-bahan:
- 3-4 gulung mi sanggul
- 1 sudu makan perencah sup
- 100gm daging
- 5 ulas bawang putih | dicincang
- 8 biji cili api
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4 sudu makan minyak masak
- 5 sudu teh kicap manis
- 1 sudu teh kicap pekat
- 2 biji limau kasturi | ambil jusnya
- 1 sudu teh sos ikan atau sos soya
- 1 sudu teh cuka
- Daun bawang & daun sup | dihiris
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
Cara Memasak Sup:
- Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
- Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
- Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
Cara Memasak Mi :
- Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
- Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
- Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
- Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
Cara Memasak Sambal:
- Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Simple Tapi Sedap, 5 Menu Panggang Berjus Boleh Buat BBQ

Nak buat BBQ kecil-kecil di rumah? Boleh je ya, tak perlu halaman yang luas, tempat memanggang atau menggril luas dan berbelanja besar.
Cukup sekadar di dapur atau meja makan, yang penting korang boleh menikmati BBQ santai bersama keluarga.
RASA kongsikan 5 resipi panggang yang mudah dan korang boleh cuba, simple tapi sedap.
DAGING BAKAR BBQ & SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging lembu | hiris nipis dan lebar
6 ulas bawang putih | cincang halus – beli online di sini
2cm inci halia |kisar – beli online di sini
2 sudu sudu makan sos tiram – beli online di sini
1 sudu makan kicap manis – beli online di sini
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh jintan manis – beli online di sini
1 sudu besar daun rosemary
½ sudu kecil garam
1 sudu teh gula – beli online di sini
BAHAN SOS LADA HITAM:
1 sudu makan mentega – beli online di sini
1 ulas bawang putih
1 sudu makan tepung gandum – beli online di sini
1 sudu makan serbuk lada hitam kasar
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap
1/2 kiub pati ayam
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging kemudian toskan airnya.
2. Masukkan daging dalam mangkuk, kemudian campurkan semua bahan lain.
3. Gaul rata dan masukkan dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurang 30 minit.
4. Sementara itu sediakan sos lada hitam.
5. Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih hingga keperangan dan masukkan tepung gandum, kacau rata dengan whisker.
6. Kemudian masukkan susu, kacau lahi dan masukkan pula serbuk lada hitam dan kiub pati daging.
7 Seterusnya masukkan kicap dan sos lada hitam. Kacau sebati di atas api kecil.
8. Setelah pekat tutup api. Ketepikan. Panaskan kuali pemanggang, kemudian letakkan sedikit mentega.
9. Panggang hirisan daging hingga masak. Setelah masak hidangkan bersama sos lada hitam.
KAMBING BBQ
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kambing | hiris kecil, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 sudu makan sos BBQ – beli online di sini
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu teh herba campur
Dapatkan Al-Muallim i-Zikir 3.0 dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing bersama bahan perapan dalam mangkuk.
2. Gaul rata, kemudian tutup mangkuk dengan plastik wrap.
3. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Kemudian sedia dan panaskan pemanggang.
5. Setelah cukup panas, panggang daging lebih kurang 10-15 minit.
6. Setelah masak anda boleh sajikan dengan sos lada hitam atau sos kegemaran anda.
FILLET IKAN DORY PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
500gm fillet ikan dory | dadu sederhana, bersih dan tos
1 sudu makan cuka – beli online di sini
1 sudu makan sos ikan – beli online di sini
1 sudu makan minyak zaitun – beli online di sini
1 sudu makan paprika
1 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia mudah | cincang halus
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain.
2. Gaul rata, kemudian tutup mangkuk dengan plastik wrap.
3. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
4. Sedia dan panaskan pemanggang,
5. Panggang fillet ikan lebih kurang 10-15 minit (semasa memanggang sentiasa balik-balikkannya).
6. Setelah masak, angkat dan hidangkan dengan sos yang sesuai.
KEBAB AYAM PANGGANG MADU
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong dadu
3 sudu makan madu
1 sudu makan paprika
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan yogurt
1 sudu teh herba campur
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia kisar
Sedikit hirisan cili benggala merah dan kuning
Tomato ceri secukupnya
Garam | jika perlu
Lidi pencucuk secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan lain.
2. Tutup mangkuk dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Keluarkan dari peti sejuk, kemudian cucu isi ayam berselang seli dengan cili benggala dan akhiri dengan tomato ceri.
4. Panaskan pemanggang, kemudian panggang lebih kurang 10-15 minit.
5. Sentiasa balik-balikkanya.
6. Kebab sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
SEAFOOD GRILL
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang | bersihkan
5 ekor sotong | bersihkan dan potong dadu
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia muda | kisar
1 sudu makan madu
1 sudu makan paprika
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan jus lemon
1 sudu teh herba campur
1 sudu teh serbuk lada sulah
Lidi pencucuk secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan udang dan sotong dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain.
2. Gaul rata, kemudian tutup permukaan mangkuk dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk.
3. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Cucuk udang dan sotong menggunakan lidi pencucuk. Lakukan hingga habis.
4. Panaskan pemanggang dan panggang lebih kurang 10-15 minit atau hingga masak.
5. Setelah masak bolehlah hidangkan dengan sos pencicah pilihan anda.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Nak Buat Mi Goreng Basah Paling Sedap? Macam Ni Rupanya Cara Masak Betul
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Sesekali Masak Sayur Menu Kampung, Sedap Sungguh.

Tidak lengkap hidangan tanpa sayur, dek kerana itu walapun sekadar kerabu atau ulam, sayur-sayuran wajib ada dalam menu. Apa kata anda cuba beberapa resipi istimewa sayur yang dimasak mengikut resipi lama untuk hidangan keluarga, ia pasti tidak mengecewakan.
GULAI LEMAK PUCUK SELOM DENGAN KEPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak daun selom | simpul dan celur seketika
- 300gm kepah
- 500ml santan
- 1 keping asam gelugor
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3cm kunyit hidup
- 10 biji cili padi
- 3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping.
2. Renehkan di atas api sederhana.
3. Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi.
4. Diikuti dengan kepah.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
KARI REBUNG MADURAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
- 500gm rebung madu | cuci bersih
- 200gm daging tetel | rebus & hiris kecil
- 1000ml santan
- 2 sudu makan air asam Jawa
- 3 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan pes cili kering
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
- 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
3. Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak.
5. Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel.
6. Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit.
7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
8. Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
PUCUK PAKU RAMPAI DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk paku | celur dan tos
- 200gm daging bakar | hiris nipis
- 250ml santan pekat
- 3 sudu makan kerisik
- 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
- 8 ulas bawang merah
- 1 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- 2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk.
2. Masukkan bersamanya bahan hirisan.
3. Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis.
4. Gaul rata, kemudian masukkan santan.
5. Gaul lagi sehingga cukup rasa.
6. Segera dihidangkan.
PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai
- 1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu
- 1 paket kecil tempe | potong dadu
- 1000ml santan
- 1 sudu makan ikan bilis
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 2cm halia muda | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe.
2. Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
3. Masukkan pucuk turi Kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
5. Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat selur keladi bersama isi
- 100 gm isi udang
- 2 sudu makan tempoyak
- 6 pucuk daun kesum
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
2. Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
3. Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
4. Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
5. Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
6. Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
7. Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
BETIK TUMIS SANTAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji betik muda | parut atau cincang isinya.
- 250ml santan
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 batang serai
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 8-10 biji cili padi
- Sedikit ikan bilis | kopek
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan betik yang telah diparut atau dicincang tadi.
3. Apabila betik layu, masukkan santan,
4. Biarkan mereneh, baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
Nak Sambut Hari Istimewa Insan Tersayang? Menu Ayam Bakar Mudah Ini Memang Pilihan Sempurna!

Nak kejutkan insan tersayang dengan masakan istimewa? Menu Ayam Bakar Bersama Buah Kurma, Lemon dan Zaitun ni antara yang boleh anda sediakan. Isi ayam yang lembut dan juicy yang dibakar sempurna. Memang layan habis!
AYAM BAKAR BERSAMA BUAH KURMA, LEMON DAN ZAITUN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam
- 2 biji lemon | dipotong 8
- 10 biji buah zaitun hijau
- 10 biji buah kurma
- 5 ulas bawang putih|diketuk
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 1 tangkai daun thyme
- 1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar ke 200C.
- Sapu garam, lada dan daun thymedi seluruh permukaan luar dan dalam ayam.
- Gaul buah kurma, buah zaitun, buah lemon, bawang putih dan masukkan separuh ke dalam kaviti ayam.
- Tabur lebihan buah di sekeliling luar ayam. Letak mentega di atas dada ayam.
- Bakar ayam selama 1 -1 ½ jam dan keluarkan dari ketuhar.
- Biarkan selama 15-30 minit sebelum dipotong.
Info chef: Panaskan ketuhar terlebih dahulu sebelum memanggang ayam.