Sedapnya Nangka Goreng Buat Menu Minum Petang

Share

Sedapnya Nangka Goreng ni. Salah satu resipi minum petang yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Walaupun hidangan ini ringkas, rasanya memang sangat sedap dan membuka selera. Selalu buah nangka kita makan begitu sahaja tapi kali ini kita buat goreng.

Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk minum petang, bolehlah cuba resipi nangka goreng seperti yang dikongsikan oleh Nawar Azhar

ini.

BAHAN-BAHAN:

Isi buah nangka yang sudah masak (dipotong kecil-kecil, ketepikan)


Tepung beras*- BELI SINI
Tepung ubi*-BELI SINI
Gula pasir* (jika isi nangka sudah manis, tidak perlu tambah gula)-BELI SINI
Garam*-BELI SINI
Air*
Sedikit pewarna kuning (optional)

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan bahan-bahan bertanda.* Kacau sebati.

2. Adunan tidak cair sangat dan tidak pekat sangat.

3. Masukkan isi nangka yang sudah dipotong ke dalam adunan tepung. Gaul sebati.

4. Apabila minyak sudah panas, masukkan isi nangka tadi. Goreng sampai kekuningan.

5. Toskan minyak dan bolehlah diangkat. Hidangkan ketika masih panas.

INFO: ~tiada sukatan tepat untuk bahan-bahan di atas. Tepung beras kena lebihkan sedikit dari tepung ubi.
~nangka goreng sedap di makan masa panas-panas.

Sumber kredit: Nawar Azhar via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has