Sedapnya Nasi Goreng, Cepat Dimasak Sedap Di Makan. Pengemar Nasi Goreng Boleh Cuba!

Share

Orang Malaysia memang sinonim dengan  Nasi Goreng, sebab itulah  pelbagai menu nasi goreng yang sedap dan sesuai dengan selera tempatan tercipta. Antara  yang popular adalah  Nasi Goreng , mudah disediakan dan sedap. Untuk itu, berikut RASA kongsikan  enam menu nasi goreng yang boleh anda semua cuba.

 

NASI GORENG IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk nasi
  • 100gm  sudu ikan bilis halus
  • 3 ulas bawang merah | cincang halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 biji cili padi | hiris halus
  • 1/2  batang lobak merah | dadu halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan perencah Nasi Goreng Kampung
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN SAMPINGAN:

  • Keropok Nasi
  • Ikan bilis goreng
  • Telur dadar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
  3. Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
  4. Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
  6. Hidangkan nasi goreng dengan telur dadar dan ikan bilis goreng.

NASI GORENG TAHU DENGAN KACANG BUNCIS

BAHAN-BAHAN:

  • 3 mangkuk nasi
  • 100gm kacang buncis
  • 2 ketul tauhu | goreng sedikit
  • 4 ulas bawang merah | hiris nipis
  • 3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
  • 3 biji telur
  • 1 batang lobak merah | hiris
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 UNTUK HIASAN:

  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau.
  2. Kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
  3. Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
  4. Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.

NASI GORENG KOBOI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 mangkuk nasi putih
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu teh serbuk ikan bilis
  • Sedikit garam
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit daun bawang
  • Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Pecahkan telur, asingkan putih dengan kuning telur. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus, masukkan udang kering, gaul sehingga nampak kekuningan dan masukkan kuning telur. Gaul sedikit.
  3. Masukkan nasi, daun bawang, serbuk lada putih dan serbuk ikan bilis, gaul sehingga rata dan matikan api.
  4. Hidangkan bersama sambal belacan, telur dadar, hirisan timun dan daun salad. Sedia dinikmati.

NASI GORENG INDONESIA

BAHAN-BAHAN:

  • 3 mangkuk nasi putih
  • 4 biji telur
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 4 batang kacang buncis | potong kecil
  • 300gm isi dada ayam
  • 1 tangkai daun bawang | potong kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu makan kicap lemak manis
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu teh stok ayam
  • ½ sudu makan udang kering
  • 1 sudu makan bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar isi dada ayam, cili padi, cili merah,bawang putih, udang kering dan belacan. Ketepikan. panaskan kuali, masuk kan bahan yg di kisar tadi, hingga naik bau.
  2. Masukkan kacang buncis dan nasi tadi, gaul rata, kemudian masukkan stok ayam, garam dan kicap lemak manis. Gaul sekata.
  3. Matikan api dan masukkan hirisan daun bawang bersama bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama telur mata, sambal belacan dan sedikit hirisan timun.

NASI GORENG KAMBING

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk nasi
  • 4 batang kacang panjang | hiris halus
  • 5 biji cili padi merah  | hiris halus
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih | ketuk
  • 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN PERAPAN KAMBING:

  • 150gm daging kambing | potong dadu kecil
  • 2cm halia | kisar halus
  • 2 ulas bawang putih | kisar halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh air asam Jawa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
  3. Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  4. Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
  5. Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

 

Published by
Norasida Myasin