Sedapnya Nasi Kabuli Diraja Ni, Siap Lauk, Ulam & Sambal Sekali.

Share

Korang mesti jarang dengan Nasi Kabuli Diraja ni, menu ni khabarnya popular di Pekan, Pahang. Rasanya memang terbaik sedap dan untuknya masak nasi ni, ia siap pakej dengan ayam goreng, ulam dan sambal sekali. Jadi kalau masak nasi ni, korang tak perlu tambah lauk atau sayur lain lagi. Senangkan sesuai sangat untuk hidangan berbuka puasa.

NASI KABULI DIRAJA

BAHAN-BAHAN:

UNTUK AYAM GORENG:

  • 1 ekor ayam | belah 4 dan bersihkan
  • 2cm ayam
  • 2cm kunyit hidup
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN TUMIS:

  • 3cm halia  | titik
  • 2cm lengkuas | titik
  • 10 ulas bawang merah | hiris
  • 2 sudu makan ketumbar | kisar halus
  • 2 batang serai | titik
  • 1 sudu makan lada hitam | kisar halus
  • UNTUK NASI:
  • 4 cawan beras basmathi |rendam lebih kurang 20-30 minit
  • 1 helai daun pandan
  • Air rebusan ayam
  • Tambahkan sedikit garam.

BAHAN TAMBAHAN:

  • 1 batang timun | hiris serong
  • 1 biji tomato | hiris
  • Sambal belacan secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian perap sekejap.
  2. Ambil sedikit bahan hirisan simpan untuk menumis nasi.
  3. Panaskan minyaka tumis bahan hirisan dan titik hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan lada hitam dan ketumbar yang telah dikisar halus tadi,
  5. Tambahkan air dan masukkan ayam, biarkan mereneh hingga ayam masak.
  6. Keluarkan ayam dan tos. Simpan air rebusan untuk masak nasi.
  7. Untuk menumis nasi, panaskan minyak, tumis bahan hirisan, bersama daun pandan.
  8. Masukkan beras basmathi yang telah direndam dan tos tadi. Goreng seketika beras baru masukkan 3 cawan air rebusan ayam dan tambah 2 cawan air,
  9. Tambah garam dan tutup periuk, biarkan nasi masak seperti biasa.
  10. Sementara nasi masak, panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan.
  11. Setelah masak, masukkan nasi dalam pinggan, hidangkan bersama ayam goreng,ulam timun, tomato dan sambal belacan.

 

Published by
Norasida Myasin