Sedapnya, Olah Meatball Dalam Pelbagai Menu.

Share

Meat Ball atau bebola daging, masak apun sedap terpulang kepada cara olahan dan menu yang korang nak masak. Kalau korang buntu, berikut ada empat menu bebola daging yang mungkin boleh membantu korang mengolah menu baru atau paling senang kongsi cuba je menu yang RASA kongsikan ini.

**media[19591]**

BEBOLA DAGING SOS MENTEGA CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN N BEBOLA DAGING:

  • 300gm daging kisar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh serbuk pati daging
  • Sedikit hirisan daun parsli
  • 2 sudu makan tepung ubi kayu

BAHAN SOS:

  • 200ml susu segar
  • 3 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan keju parmesan
  • 1/2 biji bawang Holland | cincang halus
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 8 biji cili padi hiris halus
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • Sedikit garam dan gula

CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kisar dalam mangkuk kemudian campurkan dengan semua bahan lain.
2. Gaul rata hingga sebati, kemudian bentukkan seperti bola pingpong, ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, tumis daging hingga bertukar warna keperangan.
4. Angkat dan ketepikan.
5. Untuk menyediakan sos, panaskan mentega dalam kali, tumiskan bawang putih, Holland, cili padi.
6. Tumis hingga wangi, baru masukkan daun kari.
7. Kacau seketika, masukkan susu cair, kecilkan api dan terus kacau.
8. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
9. Setelah cukup rasa taburkan serbuk keju parmesan dan tuangka sos dalam pinggan berisi bebola daging tadi dan hidangkan panas-panas.

**media[19590]**

BEBOLA DAGING LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm bola daging segera
  • 1 biji bawang besar | hiris dadu
  • 6 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris
  • 4 sudu makan sos lada hitam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 1 kiub pati daging
  • 1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak menggunakan api sederhana, goreng bebola daging. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali lain. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan stok daging yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Kacau rata, masukkan pula sos lada hitam, tiram dan kicap pekata manis,
  5. Kecilkan api, gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam dan gula ikut keperluan.
  6. Masukkan bebola daging dan taburkan lada hitam yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
  7. Tutup api, dan tabur hirisan daun bawang dan ketumbar sebelum sedia dihidangkan.

**media[19592]**

BEBOLA DAGING SOS LADA HITAM & JINTAN
BAHAN-BAHAN UNTUK BEBOLA DAGING:

  • 300 gm daging cincang
  • ½ bawang besar –dicincang halus
  • 100 gm daun parsli-dicincang halus
  • 300 gm serbuk roti
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa ayam
  • 3 sudu besar minyak masak

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 1/2 biji bawang besar-dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 2 sudu makan serbuk kasar lada hitam
  • 100 gm sudu makan serbuk stok daging
  • 150 ml air
  • 2 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu kecil herba thyme
  • sudu makan mentega

CARA MASAK:

  1. Campurkan semua bahan bebola dalam mangkuk, kemudian gaul sebati. Kemudian rehatkan seketika lebih kurang dalam 5 minit.
  2. Kemudian bentukkan bebola sehingga adunan tadi habis.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. Goreng bebola dan sentiasa membalik-balikkan sehingga semua bahagian permukaan bebola bertukar warna coklat. Angkat dan tos.
  4. Untuk membuat sos, panaskan satu sudu makan mentega, tumis bawang merah dan putih.
  5. Setelah naik bau masukkan lada hitam dan jintan putih, stok daging dan air.
  6. Kacau sos menggunakan wisk untuk mengelakkan sos berketul dan kental sekata.
  7. Setelah sos pekat, tutup api.
  8. Toskan sos dalam bekas berisi bebola daging tadi.

**media[19589]**

KOFTA BEEF CURRY
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KOFTA:

  • 500gm daging cincang
  • 2 biji bawang besar | dadu halus
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • 1 sudu makan garam masala | untuk campuran kofta
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
  • Garam secukupnya

BAHAN KUAH:

  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2cm halia | kisar halus
  • 3 ulas bawang putih | kisar halus
  • 1/2 cawan yogurt
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1sudu teh serbuk cili
  • 1sudu teh serbuk cili
  • 1sudu teh garam masala
  • 1biji tomato | potong dadu kecil

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan daging cincang semua bahan kofta dalam mangkuk, gaul rata dan sebati.
  2. Bulat-bulatkan sebatian daging cincang dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng kofta hingga keperangan, kemudian tambahkan bawang putih dan halia kisar.
  4. Terus goreng lebih kurang dua minit lagi.
  5. Seterusnya, campurkan serbuk ketumbar, kunyit, jintan manis, cili dan garam masala, tambahkan sedikit air dan kacau rata. Ketepikan.
  6. Sementara itu panaskan minyak, tumiskan pes masala yang siap dicampurkan tadi.
  7. Tumis hingga pecah minyak, kemudian tambahkan dengan yogurt dan tomato yang telah dipotong dadu.
  8. Tambahkan satu cawan air suam dan perasakan dengan garam secukupnya.
  9. Akhir sekali masukkan kofta, kecilkan api dan biarkan mereneh lebih kurang 3-5 minit.
  10. Tutup api,kofta sedia dihidangkan bersama nasi putih dan roti.
Published by
webadmin