Pajeri Nanas memang sedap dimakan bersama lauk pauk yang lain. Rasa masam-masam manis membuatkan sajian ini cukup berselera dinikmati bersama keluarga. Jom kita cuba resipi Pajeri Nanas Cara Negeri Sembilan yang dikongsikan oleh Azie Mat Junus Menurut wanita ini, resipi Pajeri Nanas tersebut diperolehi daripada arwah ibunya. Selamat mencuba!
RESIPI PAJERI NANAS CARA NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas 1o biji bawang kecil (merah) dimayang halus – beli online 10 biji bawang putih dimayang halus – beli online 2 inci halia dimayang halus – beli online 2 tangkai daun kari 3 sekawan (kayu manis, buah pelaga dan cengkih) Segenggam udang kering kasar – beli online 2 pek kecil serbuk kari – beli online 10 sudu besar cili kering kisar 2 sudu besar kerisik – beli online 2 kotak santan segera (kalau guna santan perah dalam 1 setengah biji kelapa) Air untuk yang guna santan kotak Garam Gula kelapa atau gula biasa Bahan perisa jika suka
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Bahan yang dihiris ditumis sampai sedikit garing. Udang kering pun tumis sekali.
2. Sudah garing masukkan campuran cili kisar dan rempah kari. Tumis lagi bagi pecah minyak.
3. Sambil itu masukkan gula kelapa. Garam dan gula tidak perlu banyak jika nanas jenis manis.
4. Biar sampai jadi begini.
5. Selepas itu masukkan nanas yang sudah dipotong tadi. Jangan masukkan air, api sederhana sahaja. Ini proses pecah air, tujuan agar air nanas keluar.
6. Kacau selalu tetapi tidak boleh kasar-kasar takut nanti berkerak bahagian bawah atau nanas patah-patah.
7. Apabila nanas sudah mula kecut, baru masukkan santan. Tidak perlu tambah air. Ini semua air daripada nanas.
Ads
8. Apabila sudah jadi seperti ini, barulah masukkan kerisek. Rasa pajeri ini macam ala-ala rendang.
9. Beginilah hasil kejadiannya. Bolehlah dihidangkan.
Hidangan Ayam Kicap ala 3 Budak Gemok ni memang popular. Enak dan kena dengan selera orang Malaysia. Ada pula Sambal Gesek padu, aneka ulam dan telur dadar, waduh…Sedap tak terkata. Menerusi perkongsian saudari Rozmaliza Omar, beliau telah berkongsi resipi Ayam Kicap ala 3 Budak Gemok dan Sambal Gesek yang boleh anda cuba. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM KICAP ALA 3 BUDAK GEMOK DAN SAMBAL GESEK
BAHAN A: 1/2 ekor ayam – dibersihkan, potong kecil dan gaul dengan garam serta serbuk kunyit. Goreng hingga garing.
BAHAN B: (TUMBUK/ KISAR SEDIKIT KASAR) 1 biji bawang besar – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini 3 biji cili api merah 5 biji cili api hijau 1/2 inci halia – hiris nipis dulu
CARA MEMASAK: 1. Gorengkan ayam hingga garing. Ketepikan seketika. 2. Tumbuk atau kisar sedikit kasar bahan-bahan B. 3. Gunakan minyak lebihan goreng ayam tadi dan tumis bahan-bahan tumbuk/kisar hingga kuning. 4. Masukkan bahan-bahan C. Garam letak bila perlu. Kacau 2-3 minit. Sesuaikan rasa. Sekiranya suka agak berkuah masukkan sedikit air. 5. Bila sudah cukup rasa, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul rata. Siap.
RESEPI SAMBAL GESEK
BAHAN-BAHAN: 15 biji cili api hijau (*) 15 biji cili api merah (*) 1 biji bawang holland size kecil (*) – potong kasar – beli online disini 3 ulas bawang putih (*) – potong kasar Garam dan gula secukup rasa 1 biji perahan limau nipis Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan-bahan yang bertanda (*). 2. Gorengkan hingga layu dan bawang sedikit kekuningan. 3. Bila sudah layu, angkat dan tumbuk/ kisar semuanya hingga 90% lumat.. 4. Perasakan dengan garam, gula & jus perahan limau nipis. Sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang.
Ubi kayu sejenis ubi yang sinonim dengan masyarakat Melayu kerana dari ubi kayu terhasilnya pelbagai jenis makanan yang ternyata sedap olahannya, terutama kuih muih tradisional yang diperbuat dari ubi kayu. Antara yang disukai ramai hingga sekarang adalah talam dan bingka ubi kayu. Bagaikan terasa kenyal tekstur dan lemak manis rasanya. Kalau korang nak cuba, berikut RASA kongsikan resipinya
BINGKA UBI KAYU BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
2 cawan air
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula kastor
1/2sudu teh garam halus
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
2. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
3. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
4. Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan. 5. Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
7. Sejukkan dan potong.
TALAM UBI BAHAN-BAHAN: A: LAPISAN BAWAH:
800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
300ml air
150ml santan pekat
250gram gula
Pewarna kuning
B: LAPISAN ATAS:
800ml air
320ml santan pekat
100gram tepung beras
80gram tepung ubi
80gram tepung gandum
2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
2. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
3. Sediakan loyang yang dialas dengan plastiK.
4. Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
5. Kukus selama 40 minit.
6. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
7. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
8. Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
9. Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.
Panas panas ni dapat makan puding dingin dari peti sejuk ni memang nyaman sangat kan. Ni dia puding buah naga @ dragon fruit yang mengancam selera dengan warna unggu yang cantik dan nampak begitu sedap.
Bahan-bahan utamanya adalah agar-agar, susu cair dan buah naga, kos minima tetapi kelazatannya memang maksimalah. Kalau tak suka manis, boleh aje kurangkan sedikit sukatan gulanya.
PUDING BUAH NAGA SUSU * Guna loyang 7 inci
BAHAN-BAHAN :
1 biji buah naga (isi merah)
1 paket agar-agar bertali 20 gram
750 mls susu cair
750 mls air kosong
1 cawan gula kastor (boleh kurangkan)
CARA MEMASAK : 1. Tuangkan air ke dalam periuk, dan masukkan agar-agar tali. Kacau sampai larut dengan api sederhana.
2. Masukkan susu cair, dan kemudian letak gula. Letakkan sedikit sedikit, kalau rasa dah manis okay aje, tak payah nak habiskan secawan tu. Ikut selera dan tahap kemanisan yang disukai.
3. Akhir sekali masukkan potongan buah naga. Tak payah lama, supaya buah naga tak hancur. Potongan naga tu cantik bila dah mengeras puding nanti.
. 4. Bila puding dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin
Berbaloi untuk dicuba nih, hidang lepas makan tengahari nanti tau.
Kredit : cuti_makan
via FB : Senangnya Masak
ANDA GEMAR MEMBELI BELAH CARA ONLINE. JOM LAYARI DI SINIUNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERLATAN DAPUR DAN RUMAH.